CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11481|Reply: 52

[Tempatan] Antara dos penggalak dengan dos ketiga, keliru atau tidak?

   Close [Copy link]
Post time 25-9-2021 07:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by safriehalim at 25-9-2021 07:16 AM


'Jangan keliru dos ketiga, penggalak' - Khairy [METROTV]

Kuala Lumpur: Orang ramai diharap tidak keliru dengan istilah dos ketiga dan dos penggalak kerana terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, dos ketiga diberi kepada mereka yang mempunyai respon sistem imun tidak mencukupi dan memerlukan respon dos optimum.

Menurutnya, dos penggalak pula diberi kepada mereka yang cukup respon imun sistem tetapi tahapnya turun dalam beberapa bulan dan perlu mendapatkan suntikan berikutnya sebagai perangsang bagi meningkatkan keberkesanannya.

"Ada perbezaan dos ketiga dan penggalak. Sekarang ini kita tengah bangunkan garis panduan dos ketiga dan akan beri ia terlebih dahulu.

"Kemudian, barulah dos penggalak bermula bulan depan apabila mendapat panduan klinikal daripada pakar dan membuat pendaftaran dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

"Hari ini, kita sudah hantar dan berharap akan lulus secepat mungkin," katanya ketika sidang media khas, hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata, pemberian dos ketiga akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun, warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang.

Beliau berkata, dos ketiga itu dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19 kerana dos kedua tidak mencukupi untuk meningkatkan tindak balas imuniti terhadap wabak.

"Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini dan akan dibentangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV)  yang akan datang," katanya


Suraya Roslan dan Redzuan Muharam
am@hmetro.com.my



Single Polls, Total Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2021 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiba-tiba rasa ada perkaitan pula dengan maksud tersirat dalam cerita Squid Game.

Kisah manusia yang mengambil kesempatan pada org yg dalam kesusahan utk memuaskan nafsu pihak tertentu.

Mereka cipta permainan yang membawa maut dengan alasan untuk menyelamatkan hidup mereka yang tersepit.

Mereka cipta peraturan tanpa memikirkan kekejaman dan penindasan yang telah berlaku.

Akhirnya pemain juga yg disalahkan kerana mereka sendiri yang bersetuju untuk meneruskan permainan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 08:12 AM | Show all posts
Squid game = Russian roulette
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Panggil 'Overdose' je lah senang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2021 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
KJ nyatakan sebelum ini hanya golongan berisiko yang akan terima dos penggalak tetapi sekarang ini telah berubah pula.

Golongan rentan tersebut perlu menerima dos ketiga dan bukannya dos penggalak.

Manakala individu lain yang telah lengkap menerima dua dos vaksin akan menerima dos penggalak.

Walhal yang FDA (USA) luluskan beberapa hari lepas ialah  suntikan penggalak untuk golongan berisiko tinggi.

Kenapa diubah?

Sebab kerajaan nak pastikan semua rakyat Malaysia ambil lebih daripada 2 suntikan vaksin.

Hakikatnya, dos ketiga atau penggalak, kedua-duanya tetap suntikan yang ketiga.

Hebatkan dia punya putar belit?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 04:45 PM | Show all posts
Penting sangatkah ianya dibezakan untuk orang awam. Ianya tetap  juga suntikan ketiga.  Orang awam ramai sahaja tak faham pasal detail2 ni semua kalau latarbelakang pasal vaksin ni tak faham..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2021 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 25-9-2021 08:45 AM
Penting sangatkah ianya dibezakan untuk orang awam. Ianya tetap  juga suntikan ketiga.  Orang awam r ...

Kan.. fungsi vaksin pun tak paham, pandemik pun tak paham… social distancing pun tercari-cari kamus.
Flat earth paham la sebab otak masing2 flat jugak
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ibarat gambir sarawak dgn viagra kewww kelirunya?

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2021 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
stingerhercules replied at 25-9-2021 05:46 PM
Ibarat gambir sarawak dgn viagra kewww kelirunya?

Kahkahkahkahkahkah

Dekat bod TNSE masing-masing berterima kasih kepada vaksin kerana pakat stim.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 06:53 PM | Show all posts
x faham sangat dgn dos penggalak apa semua ni, tp bila tgk kt dubai sana... depa dh suntik sampai 4 dos x de pulak nk kecoh2... jd carly buat  x tau aje la....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 07:29 PM | Show all posts
ninja9 replied at 25-9-2021 04:45 PM
Penting sangatkah ianya dibezakan untuk orang awam. Ianya tetap  juga suntikan ketiga.  Orang awam r ...

i paham camtu je senang ... next jab, kali ketiga ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dos ketiga kirakn kene amik la kan ,pastu amik booster then dos ke empat ,pastu booster again lagi la cucuk smpai lunyai
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
i vote for no 2..keliru la kita mcmni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 08:48 PM | Show all posts
sabah vaksin pun slow mcm babi...SJR daerah bilalah buka....

saya cadangkan pg cari & tangkap yg tak mau vaksin....masa kelonggaran & berlembut sudah berlalu....

org dah start cakap pasal 3rd dos....Sabah punya kadar vaksin slow mcm sial...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 11:03 PM | Show all posts
Edited by manzilla at 25-9-2021 11:04 PM
carly_lah replied at 25-9-2021 06:53 PM
x faham sangat dgn dos penggalak apa semua ni, tp bila tgk kt dubai sana... depa dh suntik sampai 4  ...

Dalam filem-filem mat salleh, tok Arab memang satu umat yang pandir. Saya terbayangkan sekumpulan ayam yang dicucuk dengan penuh kedamaian.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 11:05 PM | Show all posts
Simunggu replied at 25-9-2021 08:48 PM
sabah vaksin pun slow mcm babi...SJR daerah bilalah buka....

saya cadangkan pg cari & tangkap yg  ...

Mengaku sajalah vaksin sudah tidak menjadi. Janganlah malu-malu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah macam PKP, PKPD, PKPK semua tu la yaaa. Tak le iols ingat istilahnya. Yg iols tau semua kena korentin.
Yg ini gitu la jugak nanti. Deme suruh cucuk iols cucuk. Kot tak syoru miss pulak
Apa pun tinggal pesan siap2 kat anak2 mana la nak tahu kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm yeleee
Mehh iol dah bagi lengan dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Putarrrr lagi Halim...  Kita putaaarrr!
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 02:21 AM | Show all posts
--selagi kita tak nampak org 2 dos vaksin masuk icu selagi tu kita rasa tak perlu
--kat icu ada kes yg double vax tengok tarikh vax bulan 3, lepas 6 bulan merosot dah antibodi
--doktoryg kena covid bulan 9 describe covid as near death bukannya normal flu
--soon akan banyak lagi  double vaxxed tapi suffer serious covid mcm mana yg berlaku kat uk singapore dan israel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.069585 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list