Kena Goreng Dulu Baru Sardin Lagi Sedap, Siap Dengan Tips Elak Ikan Meletup-Letup
Siapa suka makan sardin? Satu lauk ni pun dah cukup makan dengan nasi putih. Memang cukup berselera! Tapi ramai tak tahu, kena goreng dulu ikan sardin baru sardin lagi sedap!
Tapi risau ikan sardin meletup-letup bila digoreng? Jangan risau, ada tips untuk menggelak ia berlaku. Kalau nak tahu tipsnya, jom lihat resipi sardin di bawah.
Cara Masak Sardin Lagi Sedap
Bahan-bahan:
Ikan sardin
Cili kisar (optional)
Setengah sudu gula
Bahan tumis:
Sebiji bawang besar dihiris nipis
3 biji bawang putih dihiris nipis
Beberapa ulas cili padi
Cara-cara:
1. Asingkan sardin dengan kuah. (jangan buang kuah)
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali menggunakan api kecil. Masukkan ikan ketika minyak belum betul-betul panas supaya ikan tidak meletup-letup. Tutup dengan penutup kuali. Tak perlu terbalikkan dengan kerap, 1 kali sahaja cukup.
3. Guna minyak sedikit sahaja.
4. Angkat ikan ke dalam pinggan. Ketepikan.
5. Dengan menggunakan minyak lebihan tadi, goreng bahan tumis sehingga naik bau.
6. Masukkan cili kisar. Masak sehingga sedikit garing. Masukkan juga setengah sudu gula.
7. Masukkan kuah ikan sardin yang diasingkan tadi.
8. Kemudian masukkan ikan sardin yang digoreng tadi.