CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21720|Reply: 124

Story terkini Mas Anizan? kekal Awet Muda!

  [Copy link]
Post time 25-9-2021 09:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Raline at 25-9-2021 09:40 AM

Tak Makan Usia, Dari Dulu Sampai Sekarang MAS ANIZAN Kekal Awet Muda!



Awal pagi itu seperti yang direncana, kelibat personaliti popular pada era 90an ini sudah kelihatan di perkarangan Kompleks Karangkraf. Bertemankan tas tangan mewah Louis Vuitton di genggaman bersama padanan celana denim dan blaus bercorak polka dot biru muda serta selendang Arzu berona senada, Mas Anizan hadir dalam gaya yang cukup versatil.


Dari kejauhan terlihat susuk tubuh b3kas penyanyi dan aktres ini persis seperti gadis perawan. Senyuman manis yang terukir tatkala menyambut salam penulis menampakkan sisi mesra pemilik nama sebenar Mas Anizan Mohd Shahid.





Sungguhpun sudah mencecah usia 40an kecantikan Mas Anizan masih terserlah. Kejelitaan dan kemulusan kulit beliau bukan hanya mencuri perhatian penulis malah turut diakui jurusolek, Tiar Zainal yang menata rias wajah Mas sepanjang sesi fotografi untuk penghias muka depan Nona November 2015 itu berlangsung.


“Alhamdulillah, syukur di atas kurniaan dan pinjaman yang telah diberikan. Semua wanita di luar sana pasti turut sama sukakan kepada kecantikan. Begitu juga saya. Tetapi tidaklah terlalu cerewet.


Untuk menjaga kecantikan wajah, saya hanya mengamalkan pemakaian produk kulit yang asas seperti cleanser, toner, serum, moisturizer dan eye cream. Selain itu, tidur yang cukup juga adalah amat penting.






Bersama anak perempuannya, Mas Aliza

Kecantikan tidak hanya tertumpu kepada penjagaan wajah sebaiknya penjagaan bad4n juga harus dijadikan keutamaan. Selepas melahirkan Ariana, saya sudah jarang mengunjungi spa kecantikan. Sebaliknya lebih selesa untuk memanjakan diri ala spa di rumah. Aktiviti bersenam pula lebih banyak dilakukan di gym rumah apabila ada masa terluang.”



Dirisik apakah petua tradisi yang diamalkan sehingga ke hari ini, selebriti bermata bundar ini lantas membuka bicara. “Dari segi amalan tradisional, saya mengamalkan minuman jus pegaga yang dibuat sendiri di rumah.


Hanya cuci bersih daun tersebut dan kisarkan menjadi minuman. Tidak perlu tambah gula. Inilah minuman yang saya amalkan dari dahulu lagi selain turut mengambil multi vitamin sebagai suplemen tambahan.”













Mungkin ramai yang tidak mengetahui, kehebatan Mas Anizan tidak hanya ketika berada di pentas lakonan. Sebaliknya beliau juga cukup berbakat dalam urusan memasak. Sungguhpun mempunyai pembantu rumah, namun seboleh-bolehnya Mas akan menyediakan hidangan untuk keluarga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bahkan, memasak juga merupakan antara hobi yang akan dilakukan Mas sekiranya punya masa terluang.


“Sejak berkahwin, saya memang gemar memasak dan suka mencuba pelbagai jenis masakan yang berbeza setiap hari. Kalau ada masa senggang, saya akan baking bersama anak-anak. Masa itu,  gamatlah satu dapur. Pernah satu ketika, sajian yang dibuat tidak seperti yang diinginkan. Mungkin kerana kami leka berbual hingga terlupa tentang masakan tersebut.


Selalunya, setiap minggu menjadi rutin kami anak-beranak untuk keluar bersama. Tidak kiralah sama ada pergi menonton wayang atau beriadah asalkan aktiviti kekeluargaan itu ada. Paling tidak pun, saya akan luangkan masa bersama adik-beradik dan kenalan rapat serta anak-anak,” cerita Mas yang mahir menyediakan masakan asam pedas dan bubur lambuk kesukaan suami tercinta.



sumber: NONA



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2021 09:39 AM | Show all posts
Mas Anizan lepaskan Baby


Mas Anizan (kanan) bersama mempelai dan ahli keluarganya. Foto Ihsan Mas Anizan

KUALA LUMPUR: Selepas dua kali ditunda berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anak sulung pelakon era 1990-an, Mas Anizan Mohamed Shahid, iaitu Mas Aliza Ali, selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati di Pejabat Agama Islam Daerah Shah Alam, Jumaat lalu.

Dengan sekali lafaz, Mas Aliza sah bergelar isteri kepada juruterbang, Faruq Azran.

Berkongsi kegembiraan, Mas Anizan, berkata perancangan acara nikah dibuat seminggu sebelum majlis berlangsung.

"Selepas majlis akad nikah dibenarkan di Selangor sejak 1 Julai lalu, saya mula memikirkan cara untuk mempercepatkan majlis ini.

"Namun, hanya tiga orang dibenarkan hadir iaitu pengantin lelaki dan wanita serta anak kedua saya, Mohd Masli Daniel Ali sebagai wali.




Mas Anizan yakin menantunya, Faruq dapat menjaga Baby dengan baik. Foto Ihsan Mas Anizan
"Saya hanya menunggu dalam kereta kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya kepada BH Online.

Mas Anizan berkata, mengikut perancangan, majlis pertunangan dan pernikahan dirancang pada 21 Mac lalu.

"Kemudian kami menganjak majlis itu kepada 12 Jun lalu. Akhirnya, hanya majlis nikah dapat dilakukan.



"Kita utamakan akad nikah, majlis resepsi menyusul apabila segala-galanya reda dan kita dibenarkan menganjurkan acara keraian," katanya.

Mas Anizan berkata, hanya cincin dan gelang tangan menjadi tanda termeterainya pernikahan mempelai. Busana disediakan oleh pereka fesyen, Man Kajang Bridal Boutique.

"Selepas majlis pernikahan, pasangan pengantin pulang ke rumah untuk mengabadikan foto kenangan. Pelamin bunga telur ringkas disediakan.

"Tidak mengapalah, asalkan sudah sah ikatan suami isteri. Dengan keadaan semasa dan serba-serbi ada kekangan, kita tidak dapat buat apa-apa," katanya.

Ditanya perasaan melepaskan anak sulungnya yang disapa Baby membina keluarga sendiri, pelakon kelahiran Teluk Intan, Perak itu mengaku bercampur baur.

"Sedih ada, bahagia dan gembira pun bertandang. Sedih kerana saya sudah sah menyerahkan tanggungjawab sebagai ibu kepada menantu. Namun, saya yakin Faruq dapat menjaga Baby dengan baik.

"Paling menyeronokkan apabila bertambah ahli keluarga baharu. Insya-Allah, selepas lebih setahun mereka berkenalan, saya yakin Faruq boleh membahagiakan Baby," katanya.

Selain Mas Aliza dan Mohd Masli Daniel, Mas Anizan juga memiliki seorang lagi anak iaitu Ariana Marissa.

Sumber:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya lahai...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke dia ni madu sharifah haslinda?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak kenal..berapa umurnya. Tapi cantiknya..jelita
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 10:27 AM | Show all posts
iolss konpius antara dia dgn mak mail jani. yg ada anak tunang/nikah dgn anak dr masitah tu dia ke mail jani?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2021 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ijoy dulu menonggeng teruk mas anizan kawin dgn Ali bapoo
Member tgh becinta kottttt tibahhhhhh awek kena rampas buta2
Tapi perancangan Allah tu lebih indah. Tgk ijoy lebih serasi sekufu dgn shiera
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
dia ni lawa kan..... tp kat dlm tv nmpk dah mcm mak mak.. tp awet muda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2021 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
maaf nk ckp. dia lg lawa dr ank dia. baka kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
dah tgk pic dia mase muda. sawo matang orgnya.. skarang da putih. myb ade suntik vit c utk cerah. tp bila da cerah muka dia mcm vie shanti. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 10:51 AM | Show all posts
So apa gosipnya? Takat nk citer dia awet muda, petua yg diamalkan, dh berlambak artikel mcm ni. Klu pecah lobang dia kawin dgn laki org tu baru gosip
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 25-9-2021 10:30 AM
Ijoy dulu menonggeng teruk mas anizan kawin dgn Ali bapoo
Member tgh becinta kottttt tibahhhhhh awe ...

Kalau sheol kawin dgn ijoy, mungkin sampai skrg duk kna terjerit2 tetonggeng2 kat skrin..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Article atas tu 2015
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Anaknya yg bongsu tu ads iras mamak2 sket
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
mzsnam replied at 25-9-2021 10:42 AM
dah tgk pic dia mase muda. sawo matang orgnya.. skarang da putih. myb ade suntik vit c utk cerah. tp ...

Tak semestinya cucuk vitamin c. Boleh jd skincare routine dh lebih baik.
Atau penjagaan makanan. I selalu tgk dlm group diet, org yg jaga makan, stop gula memang kulit jd lebih cerah dr sebelum.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Lula2 replied at 25-9-2021 11:04 AM
Tak semestinya cucuk vitamin c. Boleh jd skincare routine dh lebih baik.
Atau penjagaan makanan.  ...

Betul tu..jaga makan, eksersais n tido..plus skincare yang bagus..iols pun start serious jaga kulit dalam 6 tahun lepas tp ramai ckp kulit iols glowing padahal deme lagi cerah dari iols.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2021 11:19 AM | Show all posts
Cantiknya mas anizan ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 25-9-2021 11:43 AM

dia ni ke yg posing atas keta sport
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa dia kawin dgn ali bapoo dl, serius geli aku tgk, xpadan lgsg
Ye la zaman tu aku pun budak2 mana nak tau konsep jodoh
Tp katanya arwah laki yg dl tu baik & sabar sgt dgn dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 25-9-2021 11:41 AM
dia ni ke yg posing atas keta sport

Orang tua2 dulu kata masa dia ngan joy oren kantoi ada gambar topi german.. Xtau la apa maksud topi german tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.073096 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list