CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2021|Reply: 7

[Tempatan] KKM kesan 472 lagi varian Delta, Beta

  [Copy link]
Post time 26-9-2021 12:18 AM | Show all posts |Read mode
KKM kesan 472 lagi varian Delta
Mohammad Arif Nizam -
25 September 2021

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 475 kes Covid-19 membabitkan varian membimbangkan (VOC) yang kesemuanya varian Delta dan varian Beta

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 472 kes dikesan membabitkan varian Delta manakala tiga lagi adalah kes varian Beta.

Menurutnya, varian itu dikesan hasil kajian berterusan dilakukan Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Institut Genom Malaysia (MGI) dan Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Jelas beliau, kajian itu turut membabitkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) dan Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC).
“IHCM-UNIMAS mengenal pasti sebanyak 302 kes yang kesemuanya adalah VOC varian Delta, manakala MGI mengesan 63 kes iaitu 61 kes varian Delta dan dua kes varian Beta.

Noor Hisham menambah, jumlah kumulatif kes yang dikategorikan sebagai VOC dan varian mempunyai kepentingan (VOI) adalah sebanyak 1,860 kes.

Beliau berkata, daripada jumlah yang dikesan itu, 1,840 kes adalah VOC, manakala 20 kes adalah VOI.

Secara keseluruhan, katanya, sehingga kini terdapat 1,612 kes varian Delta, 214 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha yang berada dalam kategori VOC, manakala bagi VOI terdapat sebanyak 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta. – MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2021 12:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 02:57 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 26-9-2021 12:47 AM

Haiyooo pulak dah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 03:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 dos tambahan saja... Kemudian datang dos penggalak untuk semua kita.

Ayuh marilah kita menyokong usaha karajaan untuk mentntang covid19
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 03:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nampak dua perkara:
1: kanak-kanak, sila bersedia untuk dijadikan eksperimen.
2: dos penggalak yang dah tak berapa nak galak dah. Suram ajo.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 05:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada lagi ka org ambik kisah pasai covid ni? Dah dekat 2y kot. Xnampak apa perubahan pun dari kerajaan. Skg ni org tengah struggle nak bina hidup balik. Lantak situ la covid.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2021 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak.seiring betul dgn opening segala sektor dan rentas negeri yg akan dilaksanakan dan data penurunan yg ditunjukkan sedangkan diKATAKAN VARIAN DELTA NI MENULAR 15 SAAT SAJA....so akak confuse....sudahlah lautan manusia memenuhi segala ceruk kawasan riadah..shopping mall..semua...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2021 11:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.077029 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list