CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11783|Reply: 88

Gigih sangat si CAPRUT NI nk buka aib orang apasal? Jangan buat kerja Tuhan la

[Copy link]
Post time 26-9-2021 10:32 AM | Show all posts |Read mode

CAPRICE

Sudah terang nampak ‘burung’ masih ada yang kata ‘deepfake’

PETALING JAYA – Aktivis kemanusiaan sensasi, Caprice mempertahankan tindakannya mengajuk aksi lucah dan tidak senonoh seorang lelaki mirip pendakwah bebas popular tanah air.

Getus Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli 33, apa yang dilakukannya individu terbabit jauh lebih melampau berbanding tindakannya yang hanya ingin menegakkan kebenaran.

“Menganjing (mengajuk) benda paling minimum yang saya buat. Apa yang melampau apabila seorang ulama, seorang ustaz yang sepatutnya menyebarkan ajaran Islam telefon seorang gadis dan melayangkan aksi ciuman.

“Melampau apabila sesorang menghantar mesej kepada seorang wanita tanya ‘hang punya suami ada sebelah atau tidak’. Itu melampau tapi adakah kalian cakap tentangnya?,” ujar Caprice menerusi beberapa muat naik video dalam Instastory.

Caprice yang juga berprofesi penyanyi rap itu turut memberi analogi bahawa suatu ketika dahulu, seorang ahli politik negara dimasukkan ke dalam penjara walaupun bukti tidak kukuh.

Katanya, sudah terang lagi bersuluh video yang kian tersebar dalam kalangan orang ramai itu bukan bersifat palsu atau ‘deepfake’.

“Kalian tahu apa yang gila, dulu ada seorang ahli politik masuk penjara sebab dituduh main buntut. Video tak jelas, buntut pun tak nampak tapi boleh masuk penjara.

“Yang ini, sudah terang kalian boleh nampak burung (alat sulit) namun masih ada yang kata benda ini ‘deepfak’e. Malaysia, sejak bila (bahagian) burung pun boleh ‘deepfake’,” tegas pelantun lagu Lenglui itu.

Deepfake ialah teknik pemalsuan atau bahantara yang menggantikan rupa atau wajah seseorang dalam media audiovisual sedia ada (baik gambar atau video) dengan rupa orang yang lain menggunakan rangkaian neural buatan.

Dalam pada itu, Caprice menasihatkan, dunia sekarang sedang berada pada fasa akhir zaman dan tidak semua perkara yang berlandaskan fizikal seorang sahaja atau boleh dilihat dengan mata kasar. Katanya, semua itu sudah tertulis dalam al-Quran dan hadis.

“Kalau kalian baca al-Quran dan hadis, orang yang betul tak nampak betul dan orang yang tak betul nampak betul. Selamat datang ke akhir zaman.

“Kalau kalian tak faham Inggeris, saya faham tapi sekurang-kurangnya tolonglah faham al-Quran dan hadis.

“Dan, kalau kalian tak tetap tak faham, jangan buat saya lukiskan untuk anda semua. Kalau kalian nak saya lukis, saya boleh buat. Jangan cabar saya, saya boleh lukis (untuk beri gambaran keadaan sebenar yang berlaku),” katanya serius namun penuh sarkastik.

Terdahulu, Situasi dan konflik bertambah tegang apabila seorang pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menerusi siaran Telegramnya mendedahkan rakaman suara, video dan tangkap layar perbualan lucah, dikatakan milik seorang pendakwah yang popular dengan sikap dermawan itu.

Pada 20 Ogos lalu, Polis Diraja Malaysia mula membuka siasatan terhadap seorang pendakwah itu atas tuduhan melakukan gangguan seksual.

Kemudian, pada 21 September, Kosmo! Online melaporkan bahawa Caprice yang baru sahaja pulang ke Malaysia selepas dua bulan berada di Jordan dan Mesir telah ‘mengisyitiharkan perang terhadap mereka yang berselindung di sebalik kesucian agama termasuk golongan pedofilia.– K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2021 10:32 AM | Show all posts
Deepfake: Adakah Ini Maksud Fitnah Akhir Zaman?


Daripada Tsauban r.a, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Hampir tiba satu waktu di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka.”

Ada tiga jenis fitnah akhir zaman, iaitu:

  • Fitnah al-Ahlas: kekacauan sebab rampasan harta dan pengorbanan nyawa.
  • Fitnah al- Sarra’: perebutan harta dunia sehingga umat berpecah-belah
  • Fitnah al-Duhaima: penipuan maklumat sehingga susah untuk membezakan yang mana benar dan yang mana salah.


Dalam isu kali ini, kita membincangkan kesan teknologi Deepfake dalam masyarakat, dan apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW tentang fitnah akhir zaman.

Apa Itu Teknologi Deepfake?
Teknologi Deepfake ini adalah satu teknologi memanipulasi media, dalam menganalisis pergerakan wajah dalam video. Perkataan deepfake ini berasal dari ‘deep learning’ dan ‘fake’. Deep learning ialah teknologi yang dicipta untuk mempelajari pergerakan secara artificial neural networks.



Antara teknologi deepfake yang telah digunakan secara bermanfaat ialah seperti dalam filem Star Wars, The Rise of Skywalker, dengan mewujudkan semula watak Princess Leia lakonan Carrie Fisher. Carrie Fisher telah meninggal dunia pada tahun 2016, tetapi wataknya dihidupkan semula dengan menggunakan teknologi deepfake.

Selain itu juga, iklan Standard Chartered yang memaparkan pengurus bola sepak Liverpool FC pada era 1970an, Bob Paisley juga menggunakan teknologi yang sama.

Deepfake ini bergantung kepada neural network yang diberi nama autoencoder. Autoencoder ini ialah teknologi dari artificial neural network yang mengesan data pergerakan dalam video. Autoencoder ini adalah teknologi yang turut digunakan dalam facial recognition dan membaca pergerakan mulut.

Walaupun ia berguna untuk pembelajaran atau bidang pengiklanan, namun jika teknologi ini jatuh ke tangan yang salah, ia boleh digunakan sebagai penyebaran fitnah yang mungkin mengaibkan orang lain.

Terdapat banyak video lvcah deepfake yang melibatkan bintang popular, seperti bintang K-pop atau artis popular, yang boleh menyebabkan maruah seseorang boleh dihancurkan dalam sekelip mata sahaja.

Video lvcah deepfake ini mula menjadi popular di Reddit pada sekitar tahun 2017, dengan pelbagai bintang K-pop yang digunakan wajahnya untuk aksi lvcah, disebarkan dalam laman web tersebut.

Walaupun dalam laman web tersebut memberitahu yang video tersebut adalah palsu dan dari teknologi deepfake, namun terdapat kebimbangan bahawa teknologi ini jatuh ke tangan orang lain untuk tujuan ugvtan dan pemalsuan maklumat.

Rasulullah saw. memperingatkan kita jauh-jauh hari tentang hal ini.

عن عبدِ الله بن عُمَرَ قال: كُنَّا قُعُوداً عندَ النَّبيِّ – صلى الله عليه وسلم – فَذَكَرَ الفِتَنَ، فأَكثَرَ حتَّى ذَكَرَ فِتْنَةَ الأَحْلاسِ، فقالَ قائِلٌ: وما فِتْنَةُ الأَحْلاسِ؟ قال: “هيَ هَرَبٌ وحَرْبٌ، ثمَّ فِتْنَةُ السَّرَّاءِ دَخَنُها منْ تحتِ قَدَمَيْ رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ بيتي، يَزْعُمُ أنَّهُ منِّي وليسَ منِّي، إنَّما أَوْليائي المُتَّقُونَ، ثمَّ يَصْطَلِحُ النَّاسُ على رَجُلٍ كوَرِكٍ على ضلَعٍ، ثمَّ فِتْنَةُ الدُّهَيْماءِ لا تَدَع أَحَدًا مِنْ هذهِ الأُمَّةِ إلا لطَمَتْهُ لَطْمةً، فإذا قيلَ: انقضَتْ تمادَتْ، يُصْبحُ الرَّجُلُ فيها مُؤْمِناً ويُمْسِي كافِراً، حتَّى يَصيرَ النَّاسُ إلى فُسْطاطَيْنِ: فُسطاطِ إِيْمانٍ لا نِفاقَ فيهِ، وفُسْطاطِ نِفاقٍ لا إِيْمانَ فيهِ، فإذا كانَ ذلكُمْ فانتظِرُوا الدَّجَّالَ مِنْ يَوْمِهِ أوْ مِنْ غَدِه”.

Dari Abdullah bin Umar yang berkata, “Kami duduk di samping Rasulullah S.A.W. Baginda menceritakan tentang banyak kekacauan sampai pada cerita tentang kekacauan al-Ahlas. Seorang sahabat bertanya, ‘Apa maksud kekacauan Al-Ahlas?’ Rasulullah S.A.W. bersabda, ‘Pengusiran dan perampasan. Lalu fitnah kebencian yang sumbernya dari seorang laki-laki dari keluargaku yang mengira dirinya dari golonganku padahal palsu, lalu orang-orang mengangkat seorang pemimpin yang tidak layak. Lalu kekacauan duhaima’ (samar) yang tak meninggalkan seorang pun terkecuali akan diganggu oleh kekacauan tersebut. Ketika dikatakan, ‘Kekacauan itu telah selesai’, sebenarnya kekacauan itu masih terjadi. Seorang lelaki mukmin pada waktu malam, tetapi menjadi kafir di siang hari, sampai umat manusia menjadi dua golongan; golongan iman tanpa kemunafikan di dalamnya dan golongan munafik tanpa keimanan di dalamnya. Ketika tanda-tanda itu terjadi, tunggulah Dajjal pada hari itu atau esok harinya.’” (HR. Ahmad)

Dalam dunia teknologi semakin berkembang pesat, harus diingat manusia dan hasad dengki masih lagi sukar dipisahkan. Dan dengan ada teknologi yang semakin canggih, semua ini tidak bererti sekiranya pegangan agama dan sikap yang murni tidak dipupuk dalam hati sanubari umat.

Allahualam.


Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2021 10:33 AM | Show all posts
babie la manusia mc dia ni, dari dulu menyemak je! semua isu kau nk petik, semua isu kau nk ulas?

ko tgk artis lain ada sibuk ke hal org lain?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2021 10:34 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Deepthroat video xde kew?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 11:04 AM | Show all posts
biarlah dia, bila dia kecoh ramai sedar kebenaran.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2021 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekadar caprut kelumumur di baju je tu. Dust off je.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam uols lah Raline oi, segala cerita retis uols tulis dekat thread, cerita picisan yang patut menepi pun uols ketengahkan. Tiber kena pasal setat kesayangan uols, uols dan2 ittuew jugalah kata aib bagai. Topinasi memang ulas segala isu, tapi tak padanlah kalau uols carutkan heols sebab uols pun buat benda yang sama. The pot calling the kettle black sangat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kantoi dan2 deepfake. Kat hollywood tu sikit punya payah dorg nak recreate balik scene arwah Paul Walker guna 8 high tech cameras...pelakon muka lebih kurang & CGI teknik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 12:43 PM | Show all posts
tak pernah aku geli tgk lelaki mulut mcm tu. seram
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
AnnaSendin replied at 26-9-2021 12:27 PM
Macam uols lah Raline oi, segala cerita retis uols tulis dekat thread, cerita picisan yang patut men ...

Kan noks. Geli geleman baca.hari2 ko bukak thread psl aib artis xpe lak. Bila idola sndiri kene ehh tau lak istilah aib.

Nk komen psl aib create la MN baru..mcm la org xtau ko byk MN
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Releks2 dah la topinasi ooi. Jd professional please
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
AnnaSendin replied at 26-9-2021 12:27 PM
Macam uols lah Raline oi, segala cerita retis uols tulis dekat thread, cerita picisan yang patut men ...

Duh..sakitnya tuh di sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2021 06:41 PM | Show all posts
AnnaSendin replied at 26-9-2021 12:27 PM
Macam uols lah Raline oi, segala cerita retis uols tulis dekat thread, cerita picisan yang patut men ...

amboi semudah itu je jatuh hukum...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2021 06:46 PM | Show all posts
maxim replied at 26-9-2021 01:45 PM
Kan noks. Geli geleman baca.hari2 ko bukak thread psl aib artis xpe lak. Bila idola sndiri kene eh ...

bru nmpak kan...org KAPIR pun x sibuk2 nk jatuh kn org islam... hari ni org ISLAM jugalah yg nk jatuhkan org islam..... ish ish dasyat...forumer dlm ni komen acah suci.... masuk benang lain mencaput jugak
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 26-9-2021 06:46 PM
bru nmpak kan...org KAPIR pun x sibuk2 nk jatuh kn org islam... hari ni org ISLAM jugalah yg nk ja ...

dapat apa ni kemain membekap orang tu.... orang tu bukan rasul or nabi... pendakwah bebas je pun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Cap sudah jadi terlebih pdrm dari pdrm. Terlebih hakim dari hakim. Bagus cap.. Bagus. Tahu cap, hati mu tak kan senang selagi kau tak tgk dia dijatuhkan. Jadinya cap, apa bezanya kau dgn dia? Adakah dgn segala meroyan di social media menunjukkan kau suci cap.? Kalau dia salah cap dan kau ada bukti, bagi je lah kat polis. Biar dia org buat kerja. Jgn memandai mandai cap. Ko sebar2 kan benda ni kat social media ko kena ingat siapa yg tgk bukti bukti kat social media. Bebudak kecik pun blh tgk cap. Mcm ni ke nak jadi contoh umat islam. Hai.. Jijiklah tgk perangai sorang2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 07:10 PM | Show all posts
Dewa u je ke satu2 nya makhluk kat dunia ni yg ada aib
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuh raline penyokong kpd kelucahan
Usop wosim rupanya. ...semoga punai ko tk berfungsi 3hari raline
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku bkn peminat topi
Tapi aku faham knpa topi beria
Sbb aku pn ada rasa yg sama perasaan yg sama
Bila rasa di khianti

Jujur aku ckp aku mmg nk sgt wosimah tersungkur ..naluri aku dr awl membenarkn ia adlh 1 yg tk kena pada figura ni...
Time tu aku naif gak ttg kekayaan dia
Lps dr gaza bru aku sedar ada sheshuatu..
.sblm tu rasa mcm tk best dh

Tp tak tau kejahatan apa dia buat.

Cuma meluat nk mampus psl dia dgn rexonaeyebag

Tu pnca aku meluat.  Beria nau  tyg bahagia dn mewah..sdgkn islam dh kabor jgn tayang mewah dn sedekah dia buat gak

So buat masa ni aku bg sokongan penuh kat topi..

Aku tau dia bengkek dendam ...
Jd tk salah ke dia kalau dia turut beria ria nk jatuhkan wosimah...

Mujur aku tk pnh kutuk topi dr awal bila dia buat pendedahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.115118 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list