|
MARUDI: Sebanyak 17 rumah panjang di DUN Marudi telah menerima cek Program Baikpulih Rumah MRP-PPRMS (Fasa 2) Tahun 2021 keseluruhannya berjumlah RM449,750 di Pusat Khidmat ADUN N76 cawangan Beluru, di sini, semalam.
Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan ADUN Marudi, Datu Dr Penguang Manggil telah menyerahkan cek terbabit kepada:
1. RH Seman ak Rigie ( RM47,000)
2. RH Pengabang ak Janang (RM34,000)
3. Rumah Sesebuah, Kampung Benawa (RM30,000)
4. Rumah Sesebuah, Sg Biar (RM22,000)
5. RH Suga ak Ugom (RM33,000)
6. RH Ngumbang ak Tia (RM26,000)
7. RH James Ugil ak Mekun (RM42,000)
8. RH Tuggang ak Dunggat (RM16,000)
9. RH Keyai ak Kiaw (RM10,000)
10. Rumah Sesebuah, Kampung Muhibbah Lapok (RM20,000)
11. RH Engkamat Thong (RM8,000)
12. RH James ak Banggau (RM19,000)
13. RH George Ijus ak Jawa (RM57,750)
14. RH Lua ak Jadot (RM18,000)
15. RH Aji ak Nawek (RM25,000)
16. RH Ugak ak Kalang (RM24,000)
17. RH Kumbau (RM18,000)
"Program Baikpulih Rumah MRP-PPRMS merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk menaiktaraf kediaman penduduk berpendapatan rendah," katanya di laman facebooknya hari ini.
Beliau berharap bantuan ini dapat meringankan beban penghuni rumah panjang terbabit dan seterusnya memberikan keselesaan kepada mereka semua.
Disamping itu, Penguang di acara itu juga sempat menyampaikan cek MRP kepada PIBG SK Sg. Sebatu (RM10,000), JKKK Duri ak Atek (RM15,000), Biro Wanita RH Duri ak Atek (RM5,000), JKKK RH Niga (RM15,000 dan Biro Wanita RH Niga (RM5,000).
credit
|
|