CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 955|Reply: 0

[Sarawak] Sistem 'GPS Reading' untuk Tanah Perkuburan Islam Sarikei

[Copy link]
Post time 26-9-2021 01:53 PM | Show all posts |Read mode
SARIKEI: Peruntukan sebanyak RM2 juta telah diluluskan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk menembok kawasan Tanah Perkuburan Islam Sarikei baharu.

Adun Kuala Rajang Datu Len Talif Salleh berkata, tanah perkuburan itu kelak akan dilengkapkan dengan sistem 'GPS Reading' dimanfaatkan oleh generasi yang akan datang untuk mengesan dan mengenal pasti lokasi tapak perkuburan nenek moyang mereka kelak.

Beliau berharap agar kerja-kerja ini dapat disiapkan dengan segera memandangkan tapak perkuburan Islam yang lama kini hampir penuh.

"Orang ramai terutama mereka yang beragama Islam dinasihatkan agar bersabar kerana pihak yang telah dilantik menyiapkan dengan segera tanah perkuburan Islam baharu tersebut," katanya.

Beliau berkata, dia telah melawat status terkini kerja membina rumah wakaf di kawasan Tanah Perkuburan Islam Sarikei.

Beliau berkata, kontraktor yang dilantik, kerja-kerja piling sudah bermula 2 Julai lepas dan pembinaan dijangka siap dalam masa dua bulan.

"Kerja-kerja asas lain seperti jalan utama ke tapak tanah, penembukan tanah seluas 2.5 ekar sudah siap sepenuhnya.

"Dalam masa terdekat kerja-kerja membuat jalan berturap di atas tapak tanah perkuburan, membina tempat letak kereta, 'spot turfing' dan 'landscape' asas serta perparitan akan menyusul selepas ini," katanya.

Beliau berkata, tanah perkuburan ini juga di lengkapi dengan 'lighting' menggunakan solar power dan bekalan air daripada JBALB.

"Sekiranya ada idea yang baik dan pratik dan teguran yang membina untuk penambahbaikan apa yang dirancang sila kemukakan menerusi saluran yang disediakan," katanya.

Menurutnya, kesemua kerja dijangka akan siap pada 0ktober 2021 dan Tanah Perkuburan Islam Baru ini dapat diguna pakai selepas di serah milik kepada Jabatan Majlis Islam Sarikei pada bulan yang sama.

Sama-sama kita berdoa semoga perancangan dan perlaksanaan kerja-kerja ini berjalan dengan lancar.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.048809 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list