CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15122|Reply: 111

[Tempatan] Edisi org kaya nasihat org kaya:Iqbal Campak Duit Depan Wartawan, Saiful Nang ta

  [Copy link]
Post time 27-9-2021 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Perkongsian dari Saiful Nang ini berjaya mendapat 7.8k perkongsian, 3.6k komen dan 15k tanda suka selepas 23 jam di muat naik

KAYA ITU AURAT DIK — Salam Dik, Abang memang suka anak-anak bangsa jadi kaya, berjaya dan pemurah. Abang cuma nak share pengalaman Abg sendiri mungkin boleh jadi pelajaran juga.

1. Abg pernah lalui zaman “baru nak kaya” dan perasaan dia memang orang tak kaya tak akan faham. Perasaan dia macam semua benda nak beli dan tunjuk. Masa itu Abg fikir, kalau abg ada apa yang orang lain tak ada, orang akan pandang abg dengan satu penghormatan.

2. Abg dapat kemasyhuran tu. Abg dapat ramai kawan baharu yang merapat tapi sekadar banyaknya lalat menghurung taik dik. Bukan semua tapi ramai. Mereka datang untuk ambil apa kita ada dan tinggalkan telur yang menjadi ulat. Abg semak masa tu. Hari-hari kena kerja mengibas lalat.

3. Abg mula belajar yang kekayaan ialah aurat. Orang tertentu sahaja wajar tahu kita kaya seperti isteri dan ibu bapa kita. Orang lain tu kalau rapat-rapat tu, mereka sekadar tahu kita berada dan bila makan selalu kita yang bayarkan semua bil cukuplah. Yang mana tahu berapa harga jam kau, mereka tahulah. Yang tak tahu, tak mention pun tak mengapa. Dalam kehidupan orang kaya sebenar, peringkat teratas kekayaan ialah “self actualization” — nak mudah faham, jenis beli painting mahal-mahal masa auction dan menang lukisan Piet Mondrian harga 80 juta tapi tak announce dalam newspaper. Itu self actualization namanya. Biasanya, mereka melayani feeling of having it, not the feeling of showing it.

4. Kekayaan kita ni macam aurat. Bila orang tahu, ramai orang datang yang biasanya bukan berniat baik. Abang bagi tips ye, abg tak lama hidup tayang kekayaan sebelum abg mula masuk gua dan buat hal sendiri dan mengamalkan polisi gi-mam kepada apa yang orang lain nak cakap. Hidup aman sikit, Abg nak bawak Honda Cup pun orang tak kisah dah. Jam tangan abg dari Shopee pun orang tak kisah dah. Hidup abg aman. Ini zaman dah tutup aurat kekayaan. Baru hidup aman dari macam-macam gangguan. Bukan gangguan LHDN, itu biasa kalau kau dah berani tayang pasti kau dah declare income.

Cuma yang datang berteritip ni jenis-jenis yang tak jujur. Macam aurat perempuan juga dik. Ada yang cantik bergetah, langsing dan mantap tapi pakaiannya tertutup dan hanya suami dan keluarga sahaja nampak cantiknya. Kurang fitnahnya. Kalau ada yang memperisterikan dia pun, atas dasar akhlak bukan kerana cup dia saiz D. Tapi biasa yang tak cantik mana yang buka macam-macam dan yang tinggal tertutup pun dia ketatkan dan jarangkan, yang kecil pun dipush-upkan sebab nak belanja semua orang.

Mekap juga tebal-tebal kerana semulajadinya tak lah secantik yang dipapar. Kau tahu Abg nak cakap apa kan? Kena buka aurat tu, kalau tutup-tutup nanti kononnya lambat berjodoh. Memang ramai yang hurung, banyak mata melihat tapi matanya melihat seperti lalat menghurung najis. Yang dihurung akan semakin rosak dan akhirnya yang menghurung pula akan tinggalkan macam tu sahaja.

5. Akhir sekali, orang melihat kekayaan sebenar dari kebijaksanaan. Bila bercakap nadanya rendah tapi kebijaksanaannya tinggi walaupun hanya memakai sandal Asadi RM11 dari Tesco. Dik, kau kena tahu kenapa Superman, Batman, Spiderman semua pakai topeng? Kerana kalau tak pakai topeng nanti mereka famous. Bila mereka famous, ramai kerumun macam lalat yang akhirnya bila kau dah tak ada apa-apa, lalat ni akan tinggalkan kau begitu sahaja dengan telur lalat yang akan bertukar menjadi ulat taik.

6. Ini bonus, kalau kaya berlagak kaya itu NORMAL. Kalau miskin berlagak kaya itu BAHAYA. Jika kaya berlagak miskin itu BIJAKSANA. Abg pergi ofis di wisma abg di Bangi dulu pun pakai jeans dan t-shirt. Sementara nak tunggu orang datang appointment nak jumpa abg, pergi kejap menyapu di koridor. Ambil penyapu, sapu sikit. Masa tu abg nampak staff abg semua sibuk-sibuk ada job, abg je lah menyapu. Abg bersihkan kejap, sebab ada orang nak datang. Tengah bersihkan ada orang berlagak datang pakai baju suit macam kau lah dik. Masuk-masuk ke koridor yang abg sapu, abg bagi salam dia tak jawab terus dia tanya “Saya ada appointment dengan En. Saiful Nang. Kasar dia jawab dik. Bila tanya kenapa nak jumpa Saiful Nang, dia angkuh menjawab “itu urusan saya dengan dia, mana boss kamu?”.

Kebaikan juga, bila orang tak kenal kita siapa, kita boleh kenal akhlak orang yang bakal kita nak bekerja bersama. Abg tak payah cerita lanjut apa jadi pada orang tu ye. Dia datang nak propose usahasama dengan kami, tapi perangainya tidak menghormati janitor, maka jangan harap dia boleh hormati orang lain juga. Tapi kalau Abg jenis pakai Breitling, Rolex dan suit RM7k sepasang, mesti dia cakap lain nadanya sekalipun abg betul-betul janitor.

Ada masa kita tunjuk kita siapa, ada masa kita jadi orang biasa-biasa itu lebih bahagia. Kau trigger orang kecam kau nak kahwin orang kaya sebab nak kekayaannya lalu kau tunjuk kekayaan kau pula. Kau dah tewas dengan netizen Mahasuci dik. Kau lambak duit selori pun mereka tetap akan cakap kau scammer, kau ni Macau scam ke, kau ni money laundry lah, jual ICE, jual perempuan, main kuda dan macam-macam. No point layan, kau rasa nak kahwin, kau kahwin jer lah. Tahu-tahu jer dah announce kau kahwin kemudian amalkan polisi gi-mam kepada apa orang nak cakap. Sebaliknya, buktikan jer. Siti Nurhaliza pun kahwin DK pun kena kecam seluruh tanahair, tapi dia buktikan perkahwinan dia steady sampai sekarang kerana beliau mengamalkan polisi gi-mam tadi.

Abg taknak komen kenapa kau punya citarasa pada suit, jam, kucing semua sangat tinggi tapi serenjang pula citarasa jodoh kau pilih DSV, yang tu pilihan peribadi. Cinta tak kenal siapa kata orang. Pandai-pandailah kau handle ye dik.

Last word abg.

Kaya ni premium

Benda premium tak ada di pasar malam yang ramai orang tengok. Sebab tu kau pun tak beli jam ratus ribu tu di Jaya Jusco tapi masuk kedai yang ada pintu tertutup yang akan dibuka kalau kau pakai kasut dan

kemeja berkolar.

Kalau kaya ditayang-tayang sebenarnya itulah miskin.
Kau miskin perhatian sampai kau perlu mengemis perhatian orang dengan menjajanya murah-murah.

Semoga bahagia

SAIFUL NANG

Orang biasa-biasa pakai sandal jenama Amporlo.

Nama jer macam Italian, tapi cap ayam

Kredit : Fb Saiful Nang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2021 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
pjgnya karangan..saiful nang ni lelaki ke??
cunning nya si iqbal ni kat mata i..heols ni mmg bethol nk kawen tokbidah ke sbb duit..mmg kaya ke dia ni siap janji nk bg sejuta kt ank tiri..
kalau bethol kaya sgt cari la perempuan muda..xcaya langsung lah sbb cinta sbb tokbidah tu xcantik dan tua..lagi satu perangai pun xbehave..hrp kaya jah...kat porem ni ada perempuan muda yg cantik tapi xkaya la..awk tamo ke iqbal..
done kutuk tokbidah
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Iqbal ni memang kaya ke? Apa ek income dia sampai boleh campak2 duit macamtu, jam dia rm400k plus je.....kaya betul
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:16 AM | Show all posts
kena la tunjuk kaya, sebab nak lakukan produk yang tak apa-apa tu..nak menarik orang ramai yang nak cepat kaya kan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:20 AM | Show all posts
edayildiz replied at 27-9-2021 09:04 AM
pjgnya karangan..saiful nang ni lelaki ke??
cunning nya si iqbal ni kat mata i..heols ni mmg bethol ...

kau je la caras si kebal tu.samo2 sek kito gak
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
satgi nk 'google'...richest man in Malaysia...ada x nama dia....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2021 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 27-9-2021 09:04 AM
pjgnya karangan..saiful nang ni lelaki ke??
cunning nya si iqbal ni kat mata i..heols ni mmg bethol ...

Saiful nang ni photographer tp suka menyibuk bagi pendapat semua benda (mcm caprice/sharnaaz). Antara kontroversi saiful ialah bila claim mekah banyak pelacur tp netizen condemn dia balik pegi mekah cari pelacur buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:28 AM | Show all posts
Skuau replied at 27-9-2021 09:24 AM
satgi nk 'google'...richest man in Malaysia...ada x nama dia....

Richest man in serambi pun x mampoo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2021 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tupai at 27-9-2021 09:31 AM

MO bisnes timbang kilo...founder mmg kena acah2 kaya tunjuk duit berikat2...beli brg semua pakai cash... dh lapok la iqbal oiii....org bebetul kaya xde nye perangai hazabedah cam kau ni...Bill Gates tu kaya raya dh bertahun2 dgn legit business xde pulak die tunjuk duit berlonggok2 & dok mention rega brg die pakai dr head to toe tp tetap satu dunia tau die kaya raya
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Iqbal kalo nk menayang kaya pon x heran.. sekufu dengan Vida yang sama perangai.. penayang kronik jugak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:31 AM | Show all posts
saiful nang? ok next lolz
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:39 AM | Show all posts
Abg taknak komen kenapa kau punya citarasa pada suit, jam, kucing semua sangat tinggi tapi serenjang pula citarasa jodoh kau pilih DSV, yang tu pilihan peribadi.


nak tergelak aku baca huhuhu...entah kete kebal ni, x de taste lansung
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigih aku baca karangan sampai abis.
Lama xdgr nama dia, dulu famous antara photographer terbaik n kepoyoan
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
JohnyEnglish replied at 27-9-2021 09:28 AM
Richest man in serambi pun x mampoo


baru dh 'google' yg top 50 jer....no 1...Robert Kuok...no 50...Kong Pak Lim.....xde pulok nama dia....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Make sense
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak heran la kalau kaya from cuci2...takat Jual perfume boleh kaya melampau..elokla sekufu ngan pempuan mereng tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2021 09:59 AM | Show all posts
Skuau replied at 27-9-2021 09:51 AM
baru dh 'google' yg top 50 jer....no 1...Robert Kuok...no 50...Kong Pak Lim.....xde pulok nama d ...

Cina kaya ade bisnes bilion2 blh gak melayu tumpang kje.yg ni tak tau la bisnes ape
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 10:03 AM | Show all posts
meols nampak sekarang mmg ramai pun spesis si kebal dekat ig. tunjuk duit berkepuk2. tunjuk beli kete mahal. sesaje ootd depan rumah sambil show off kete sebenonye.

even ada yg menjual produk supplement pun gigih nau nunjuk income kat ig, sambil show off pegi booking ip13, or show off nunjuk beli ipad satu set.

meols pelik utk apa? mmg bangsa meleis ni pantang nampak org kaya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 27-9-2021 09:04 AM
pjgnya karangan..saiful nang ni lelaki ke??
cunning nya si iqbal ni kat mata i..heols ni mmg bethol ...

Kan kalobdia ngorat aku pun lgggg ok..cantik tinggi kurus cuma semekinlaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
wanawina replied at 27-9-2021 10:03 AM
meols nampak sekarang mmg ramai pun spesis si kebal dekat ig. tunjuk duit berkepuk2. tunjuk beli ket ...

Kan.. So cheap menunjuk kaya mcm tu. Nmpk sgt baru nk kaya tak abis2 tabur duit mcmtu. Org suka show off ni meols mmg doa diorg hire security guard la... Kalau ada org niat jahat takla mati dikerjakan nnt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.085262 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list