CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15318|Reply: 73

Nama Fadlan Panas Dek Gosip Cinta Tiga Segi

  [Copy link]
Post time 27-9-2021 03:15 PM | Show all posts |Read mode
Figura kacak bernama Fadlan Hazim, 29, tidak perlu diperkenalkan kepada pencinta drama tempatan. Bersilih ganti wajahnya menghiasi kaca televisyen (TV) menemani penonton pada slot tayangan petang mahupun malam.


Kini, drama lakonannya berlumba-lumba ditayangkan daripada drama Shah Alam 40000 hingga Kekasih Hati Mr Bodyguard.


Jadi, tidak hairan nama Fadlan boleh membolosi empat pencalonan awal bagi kategori utama, Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi dan dua kategori online iaitu Watak Antagonis Popular dan dua pencalonan menerusi Gandingan Serasi Drama Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.






Foto: IG


Namanya mungkin tidak segah Budak Baru Nak Up (BBNU), namun Fadlan tetap berjaya mengekalkan momentum, malah menjadi pilihan ramai produser.


Namun, nama Fadlan menjadi bualan apabila timbul gosip mengatakan hubungannya dengan gadis berbangsa Tiong Hua, Julie Ann Kang yang terjalin sejak di bangku sekolah sudah berakhir.


Dan, nama pelakon baharu, Anna Jobling pula dikaitkan menjalinkan hubungan istimewa disebabkan mereka bergandingan menerusi drama Shah Alam 40000.


Mengulas status hubungannya dan Julie, sejauh mana kebenaran Anna menjadi orang ketiga, Fadlan berkata, dia minta maaf tidak boleh memberikan komen berunsur peribadi.









"Saya lebih selesa jika berkongsi soal kerjaya dan projek terbaharu. Segala berkaitan soal peribadi juga tidak akan dikongsikan dalam laman sosial lagi.


"Jujurnya, saya dan Julie sudah bersahabat sejak sekolah lagi, jika dihitung sudah 16 tahun lalu.


"Jadi, kami akan kekal bersahabat sampai bila-bila. Lagi pun, keluarga kami saling mengenali," katanya kepada BH Online.


Mengenai hubungan dengan Anna, Fadlan juga enggan mengulasnya.




  



"Soal ini juga saya minta maaf, saya tidak boleh menjawabnya. Cuma, apa yang boleh saya kongsi, Anna seorang pendatang baharu yang sangat serius dengan kerjaya.


"Anna tidak seperti pelakon baharu lain yang hanya ingin mengejar glamor dan keluar TV. Sebaliknya, Anna memang ingin berjaya. Dia memiliki sikap ingin tahu dan berjaya. Saya memang puji sikap Anna.


"Sehingga kini, kami masih rapat. Jujurnya, bekerjasama dengan Anna menjadi pilihan terbaik antara heroin yang pernah bergandingan dengan saya, selama ini," katanya.




  



Bekas anggota kumpulan VIP itu berkata, dia lega apabila kebenaran meneruskan aktiviti penggambaran diberikan.


"Jujurnya, saya memang tiada sumber pendapatan apabila hampir lima bulan tidak bekerja.


"Kini, saya sedang menyiapkan drama Kekasih Hati Mr Bodyguard yang siarannya tergantung disebabkan Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).


"Alhamdulillah, tawaran lakonan sentiasa tidak putus sama ada watak utama atau sekadar pembantu," katanya.


  



Mengulas berjaya membolosi empat pencalonan ABPBH 34, Fadlan berkata, dia terkejut apabila mengetahui namanya menembusi empat pencalonan.


"Sebagai pelakon senior, nama saya sudah semakin jarang dicalonkan. Kali terakhir, menerusi Watak Antagonis Popular pada 2018.


"Saya anggap kerja kuat berbaloi apabila berjaya dicalonkan dalam ABPBH 34. Setiap kali menerima tawaran tidak kira projek kecil atau besar, saya berusaha melakukan sehabis baik.


"Sudah tentunya saya lega kerana kerja keras dihargai. Ini membuatkan saya ingin bekerja dengan lebih kuat dan melakukan lebih baik lagi.


"Impian, saya percaya mana-mana pelakon pasti mengharapkan kemenangan. Namun, saya tidak terburu-buru mengejar trofi, mungkin apabila nama sudah kukuh dalam bidang lakonan," katanya.




  





  



Pelakon yang menempa populariti menerusi drama Papa Ricky dan Seribu Rindu itu berkata, dia tidak melihat pencalonannya memberi cabaran apabila bersaing dengan bintang BBNU.


"Saya sudah bersaing dengan ramai selebriti termasuklah bintang artis BBNU yang datang silih berganti sejak 2010. Untuk memastikan terus relevan, saya cuba tidak berada di takuk sama dan mencuba pelbagai watak sama ada antagonis, aksi mahupun komedi.


"Nak kata berpuas hati dengan pencapaian, rasanya masih banyak perkara yang perlu saya belajar. Saya mahu menjadi lebih bagus dan bersyukur kerana mampu bertahan lebih 10 tahun dalam industri," katanya. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2021 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni lagi handsome dari syafiq kyle,fattah amin,ben amir tp syg nama x menjadi sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Belakon x da aura....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
dejure replied at 27-9-2021 07:23 AM
Dia ni lagi handsome dari syafiq kyle,fattah amin,ben amir tp syg nama x menjadi sangat.

Dia ni xde le sehensem mana...baru ni tgk drama shah alam 40,000 tu...muka dia sejibik muka ex boiperen si uqasha tu...apa nama...hefny kalu tak silap...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf, whoisyuhhhhhhh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi klau dkt ig kemain hensem. Dlm tv , biasa sgt2. Mmg xtoleh 2 kali klau tgk kt tv
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
dejure replied at 27-9-2021 03:23 PM
Dia ni lagi handsome dari syafiq kyle,fattah amin,ben amir tp syg nama x menjadi sangat.

Hensem apo gitu dlm gmbar ig jah hensem. Tgk kt tv marhaen sgt mukanya tp ye lah, beauty in the eyes of the beholder khuen
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak.dolla replied at 27-9-2021 03:42 PM
Dia ni xde le sehensem mana...baru ni tgk drama shah alam 40,000 tu...muka dia sejibik muka ex boi ...

Uols ckp baru perasan. Mcm sejenis muka penyek mcm tu. I tgk mcm sorang lg pelakon yg ada parut tu. Xingat nama tp berlakon best. Selalu pegang watak psiko. Hefny tu hensem sikit dari dia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2021 04:03 PM | Show all posts
Tiada pesona la ini orang.. Hambar gila tengok dalam tv..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 04:04 PM | Show all posts
up balik mamat ni .. dulu belakon dlm papa rikki kan ? pastu tenggelam jap ..
tp skrg mmg pusing kot chenel mana pun, ada dia ..
belakon ok la tak kayu ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 04:15 PM | Show all posts
dejure replied at 27-9-2021 03:23 PM
Dia ni lagi handsome dari syafiq kyle,fattah amin,ben amir tp syg nama x menjadi sangat.

Lagi hensem dari fattah amin? Lagi hensem dari puriz tu boleh lah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 04:16 PM | Show all posts
dia hensem tapi bila tengok dia berlakon dalam drama.  rasa nak lempar tv keluar rumah
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
julie ada iras seo ye ji nak2 mulut, taik lalat
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 27-9-2021 08:00 AM
Uols ckp baru perasan. Mcm sejenis muka penyek mcm tu. I tgk mcm sorang lg pelakon yg ada parut tu ...

Betul...hefny hensem lg dr dia ni...pelakon bwrparut tu siapo? Syazwan zulkifli ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
dia senang cinlok kot dgn heroin. dgn janna pn pernah ada gosip rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
minah_selekeh replied at 27-9-2021 08:03 AM
Tiada pesona la ini orang.. Hambar gila tengok dalam tv..

Betul...tiada pesona dan tarak aura...badan dia mcm badan org dah kawin...dulu ingatkan dia dah kawin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2021 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak.dolla replied at 27-9-2021 04:35 PM
Betul...hefny hensem lg dr dia ni...pelakon bwrparut tu siapo? Syazwan zulkifli ke?

Bukan. I xingat la nama dia. Last drama dia pon i xingat sbb dah lama sgt x tgk tv
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 27-9-2021 05:07 PM
Bukan. I xingat la nama dia. Last drama dia pon i xingat sbb dah lama sgt x tgk tv

Jay Iswazir ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tetek perempuan tu macam cacat?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 07:17 PM | Show all posts
anony-mous replied at 27-9-2021 05:07 PM
Bukan. I xingat la nama dia. Last drama dia pon i xingat sbb dah lama sgt x tgk tv

Kaka tolong googlekan...telemovie AKU NAZMI...Jay Iswazir...Ayda Jebat dan Cyst watak bisu...hat nie ka org yg you maksudkan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.075564 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list