CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4113|Reply: 7

[DRAMA MELAYU] Jenama Gerak Khas masih relevan

[Copy link]
Post time 27-9-2021 08:34 PM | Show all posts |Read mode
Jenama Gerak Khas masih relevan


Datuk Yusof Haslam


Kuala Lumpur:  Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam memilih masih mengekalkan nama Gerak Khas untuk drama terbaharu terbitannya berjudul Gerak Khas Undercover yang mula ditayangkan Jumaat ini, jam 10.30 malam di TV3.

Yusof, 67, yang ditemui pada sesi sidang media drama itu secara virtual berkata, jenama Gerak Khas wajar dikekalkan kerana sudah begitu kukuh dan sangat dekat serta dikenali penonton sehingga berjaya diterbitkan selama 23 tahun.

"Pada awal penerbitan Gerak Khas dulu, seingat saya Erra Fazira masih sangat muda lagi. Sekarang, banyak sudah berubah. Apapun selepas tayangan Gerak Khas Finale di TV3 berakhir, permintaan untuk drama ini tetap ada dalam kalangan penonton. Cuma, seiring dengan peredaran zaman saya fikir perlu dihasilkan dengan suntikan nafas baharu.



"Justeru, mewujudkan kelainan dari segi jalan cerita, lagu tema juga ditukar baharu termasuk menggandingkan beberapa pelakon lama Gerak Khas terdahulu dengan muka 'polis baharu' yang dipilih kerana kesesuaian mereka untuk watak masing-masing, ia cukup membezakan karya Gerak Khas Undercover ini.

"Lagi pula idea untuk menghasilkan drama ini pun dicetuskan oleh anak saya, Syafiq Yusof yang mempunyai banyak idea baharu untuk jalan cerita yang nak diketengahkan. Saya jamin, ia tidak sama dan sangat berbeza daripada drama yang lalu," katanya kepada Harian Metro.

Yusof berkata untuk menghasilkan drama 30 episod ini juga, ia membabitkan ramai pengarah berkaliber yang dilihat cukup berbakat dan mahir dalam menghasilkan drama bercorak kepolisan dan padat aksi pertarungan.

"Apapun penggambaran drama Gerak Khas Undercover ini sudah dijalankan lebih dua bulan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan pada 1 Jun lalu. Alhamdulillah, setakat ini enam episod penuh dan boleh tayang sudah disiapkan.

"Selebihnya, sekitar lapan episod lagi hampir siap dan memerlukan ditambahbaik mana-mana babak yang lompang akibat PKP yang tiba-tiba dilaksana dan kita semua warga seni terpaksa berehat 'shooting' selama empat bulan," katanya.

Yusof memaklumkan drama Gerak Khas Undercover memerlukan tempoh beberapa bulan untuk menyiapkan penggambaran bagi episod lain yang tergendala sebelum ini.

"Empat bulan tak 'shooting', saya tengok ada beberapa pelakon yang badan mereka semakin berisi. Jadi, nampaknya kena 'kecilkan' semula mana yang perlu bagi memastikan konti atau kesinambungan tak lari daripada episod sebelumnya.

Kesinambungan ini bukan hanya ditekankan pada jalan cerita, pakaian dan 'props', tetapi bentuk badan pelakon juga perlu diambil kira. Kalau sebelum ini kecil, tak bolehlah sekarang nampak terlalu berisi ," katanya lagi.

Sehubungan itu, antara barisan pelakon drama Gerak Khas Undercover ialah Erra Fazira, Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Salina Saibi, Elizabeth Tan, Raja Afiq dan ramai lagi.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2021 03:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhhhh bertahan sungguh gerak khas ni dari zaman iol sekolah rendah!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2021 09:41 AM | Show all posts
nakkomenjugak replied at 28-9-2021 03:37 AM
Fuhhhhh bertahan sungguh gerak khas ni dari zaman iol sekolah rendah!

tua dah ko ekkkkk 4 series ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 28-9-2021 09:41 AM
tua dah ko ekkkkk 4 series ke?

Aipp aippp awassss yachhh iol masih remaja purba
Iol baru nak masuk 3 series
Sampai hati uolssss


Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeah
Kes selesai apabila semua dalam department turun
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tv2 ada jugak gerak khas versi india..semua pulis dan penjenayah india...ajaibnya latar tempat adalah malaysia.
Kaval ke apa nama drama.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2021 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 28-9-2021 03:50 PM
Tv2 ada jugak gerak khas versi india..semua pulis dan penjenayah india...ajaibnya latar tempat adala ...

Ada gak drama versi sprm kat tv2. Semua staf sprm berbangsa cina dan cakap mandarin.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb opah daku penonton tegar tv rtm, sume drama Yusof Haslam dia follow. Si capek, sembilu. Ni x tau dah tukar channel nnt, follow ke x. Lama x balik kg.. Sedihhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.064319 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list