CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2806|Reply: 14

Sesuai ke? Elizabeth Tan belakon dalam Gerak Khas Undercover

  [Copy link]
Post time 27-9-2021 08:38 PM | Show all posts |Read mode

ELIZABETH TAN

Tergantung, Elizabeth Tan akui jadi mangsa buli

PETALING JAYA – Ibarat digantung tidak bertali, Elizabeth Tan terpaksa menunda rakaman single baharu sehingga isu penamatan kontrak dengan Warner Music Malaysia yang sepatutnya berakhir secara rasmi Februari lalu masih belum mencapai kata putus.

Kecewa dengan masalah dalaman yang berlanjutan sejak lebih setahun lalu, Elizabeth berasakan dirinya seperti menjadi mangsa buli syarikat rakaman berkenaan, sementelah notis guaman yang dihantar juga tidak pernah mendapat sebarang maklum balas daripada Warner.

“Saya tak nak cakap buruk. Apa yang boleh saya katakan perasaan saya sekarang macam kena buli kerana Warner belum beri surat hitam putih mengatakan saya sudah ‘dilepaskan’.

“Selagi kemelut ini masih belum diselesaikan, saya tak boleh meneruskan pelbagai projek yang sudah dirancangkan termasuk menerbitkan lagu baharu yang sepatutnya sudah dirakamkan.

“Saya pun tak pasti mengapa perkara ini dilengah-lengahkan. Proses untuk keluar secara rasmi tampak sukar andai syarikat rakaman itu terus mendiamkan diri.

“Biarlah keadaan tenang dulu baharu saya masuk studio. Biarpun pihak peguam saya sudah menghantar surat kepada mereka, tetapi tidak dilayan. Jadi, saya tangguhkan dulu proses penghasilan single,” katanya.

Kali terakhir penyanyi yang mula meraih perhatian sebagai YouTuber itu tampil bersama lagu baharu adalah pada Disember 2019 menerusi single SHH ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.

Terdahulu, Elizabeth atau nama sebenarnya Elizabeth Tan Su Mei, 28, yang popular dengan lagu Knock Knock mengikat kontrak bersama Warner Music selama tiga tahun. Difahamkan kontrak tersebut tamat pada Februari 2021.

Susulan ketergantungan isu kontrak, penyanyi ygng selesa disapa Lizzy itu memberi laluan karier seninya terhadap lakonan. Sehingga kini, jadual penggambarannya sudah padat sehingga akhir tahun.


LIZZY bakal muncul sebagai pegawai polis yang dalam drama bersiri Gerak Khas Undercover.

Lebih istimewa, Lizzy juga teruja menunggu siaran drama bersiri terbaharu lakonannya membabitkan 30 episod, Gerak Khas Undercover yang akan memulakan siaran menerusi TV3 pada Jumaat ini.

Menerus siri terbaharu itu, Lizzy membawakan watak inspektor polis yang menjalankan tugas penyamaran.

“Sebenarnya saya seronok bawa aksi lasak. Ada lebam sedikit, tiada masalah pun sebab apabila kita teruja dengan hasil ditunjukkan, semua kesan itu berbaloi,” katanya lagi.

Selain Lizzy, naskhah berkenaan turut membariskan nama-nama besar seperti Erra Fazira, Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor dan Raja Afiq. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2021 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Cumanya harap dato ucop ubah la cara cakap pulis dalam GK..skema macam kempen PRU jer..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
aik..ingat gerak khas dah xde dah..kata hari tu dah the finale....ini apa pulak
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata finale,, ada lagi rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman filem hitam putih dulu mcm Jebak Maut dan Jurang Bahaya, ramai je pelakon Cina berlakon jadi polis atau penjahat. Lawa2 body ada cutting siap pakai bikini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 11:07 PM | Show all posts
Sesuailah bagi naik rating
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2021 03:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Heheh
Tak boleh lupa
Trumpet dan gelang undercover jadik fonen berdangdut di kelab malam
Bersama Mat Saleh dan mikel jeksen terbakar
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 03:43 AM From the mobile phone | Show all posts
sesuai gak sbb dia tinggi n ting tong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2021 05:14 AM From the mobile phone | Show all posts
tobobon replied at 27-9-2021 10:23 PM
aik..ingat gerak khas dah xde dah..kata hari tu dah the finale....ini apa pulak

Ala2 spin-off mungkin.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
bakalan menyeksi dalam uniform polis persis bideo klip heshe kah?

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Org dh zaman2 squid game dh ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 27-9-2021 09:02 PM
Cumanya harap dato ucop ubah la cara cakap pulis dalam GK..skema macam kempen PRU jer..

"Bagaimana siasatan kes tersebut?"

Potong nak tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Laku lagi ke dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 10:03 AM | Show all posts
beli la pistol mainan yg berat sikit.ni detektif wanita kurus kering amik pistol dari poket belakang seluar macam amik pen kilometrico aje
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 28-9-2021 09:22 AM
"Bagaimana siasatan kes tersebut?"

Potong nak tgk...

'orang awam hendaklah sentiasa bekerjasama dengan pihak pulis dalam mencegah jenayah' tuan helmi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.067692 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list