CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2300|Reply: 13

[Tempatan] [Video] MASITAH (PMYT) selesai BERTAUBAT

  [Copy link]
Post time 27-9-2021 08:59 PM | Show all posts |Read mode
Pengasas PMYT mengaku bertaubat [METROTV]



Shah Alam: "Saya insaf bahawa tiada jalan pintas ke syurga melainkan dengan keyakinan akidah Islam dan melaksanakan kebaikan amal makruf nahi mungkar dengan cara baik dan bijaksana berlandaskan prinsip-prinsip pelaksanaannya," kata Pengasas Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) Masitah Ab Jalar.

Wanita berusia 38 tahun itu hari ini tampil mengaku bertaubat (Istitabah) dan kembali kepada ajaran Islam dan mengucap dua kalimah syahadah.

Pada majlis di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Shah Alam hari ini, dia membuat pengakuan itu di hadapan empat saksi utama serta mengakui kekhilafan dirinya yang mengeluarkan satu kenyataan yang bertentangan dengan hukum syarak.

Katanya, dia mengakui bahawa dia sudah menyatakan kepada umum bahawa berdasarkan mimpinya dia diberitahu Allah SWT bahawa dirinya mengetahui tentang sesuatu peristiwa yang bakal berlaku.

"Saya menyatakan kepada umum bahawa di dalam dan berdasarkan mimpi, bahawa saya telah diberitahu cara kematian saya, abang kandung saya dan anak saya.

"Saya menyatakan berdasarkan mimpi bahawa saya akan menyelamatkan mereka yang melakukan perbuatan ahli neraka atau ahli maksiat dari dimasukkan ke neraka di hari pembalasan nanti," katanya.

Masitah berkata, dia sedar bahawa kenyataannya itu menyebabkan kegusaran awam, kekeliruan, kecemasan dan boleh menyebabkan kecenderungan kepada ganggu gugat, keamanan dan ketenteraman awam.

"Saya menginsafi dan berjanji dengan diri saya bahawa saya tidak akan mengulangi apa juga cara yang boleh membawa kepada keadaan yang dinyatakan.

"Dengan ini saya bertaubat, kembali ke pangkal jalan, mengamalkan ajaran Islam berdasarkan sumber pengetahuan dan ilmu yang benar.

"Saya insaf bahawa tiada jalan pintas ke syurga melainkan dengan keyakinan akidah Islam dan melaksanakan kebaikan amal makruf nahi mungkar dengan cara baik dan bijaksana berlandaskan prinsip-prinsip pelaksanaannya.

"Justeru saya meminta dan menyeru kepada semua pihak atau mana-mana individu yang mendengar, mengikuti dan mempercayai penyertaan tentang mimpi saya agar segera menghentikan apa-apa bentuk kepercayaan atau keyakinan berdasarkan kenyataan saya itu dan kembalik kepada Islam," katanya pada majlis berkenaan.

Hadir sama Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Dr Ahmad Shahir Makhtar dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad sebagai saksi utama dan Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Mohd Ansarullah Hashim.

Dia turut menyeru kepada semua pihak agar apa juga yang berlaitan kepercayaan agama Islam supaya merujuk kepada guru yang betul atau berhubung terus pihak berkuasa agama seperti Jakim, Jabatan Mufti serta jabatan agama Islam negeri masing-masing.

Dengan pengakuan itu, bermakna Masitah, ahli keluarga dan pengikut kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Bermula 29 Ogos lalu, laporan ekslusif Harian Metro melaporkan, seorang wanita berusia 39 tahun yang menggunakan gelaran Sittah Annur didakwa mula mengembangkan ajaran PMYT yang dipercayai bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Ramalan termasuk Perang Dunia Ketiga kononnya berlaku di Sabah sebelum dia memimpin pasukannya untuk mencari Imam Mahdi bagi melawan musuh mengundang reaksi badan bukan kerajaan (NGO) dan agamawan mengenai isu itu

Mesyuarat Khas Muzakarah Kebangsaan Mengenai Hal-hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang bersidang pada 15 September lalu memfatwakan PMYT sebagai haram dan mempersembahkan keputusan itu kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustaffa Billah Shah untuk pewartaan.


MASITAH pada majlis pengisytiharan taubat. FOTO Amirudin Sahib


Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2021 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
X boleh buat dlm satu thread yg sama ke kisah siti nur kakak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tipahketipung at 27-9-2021 01:48 PM

Muka kekwat giler… mentang2 dah jejalan di neraka..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 27-9-2021 09:13 PM
X boleh buat dlm satu thread yg sama ke kisah siti nur kakak ni...

Siti nur kakak aka Kamben


Hahaha
Kak noor lawok

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 27-9-2021 09:52 PM
Siti nur kakak aka Kamben



Hehe tau x pe.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2021 10:27 PM | Show all posts
aku syak dia ni saja buat CONTENT YOUTUBE....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-9-2021 10:28 PM | Show all posts
noor2 replied at 27-9-2021 09:13 PM
X boleh buat dlm satu thread yg sama ke kisah siti nur kakak ni...

kata tokey berita baru update, bkk baru
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 03:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Heheheh
I smell a stunt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2021 03:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by edayildiz at 28-9-2021 03:59 AM

satu nak puji sora kakak ni sedap..tp syg salah guna..cuba masuk hafazan ke..jd cikgu ke..sora lantang kalau jd cikgu mmg faham..sheols ada arau pendidik
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 04:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Anti klimak betol.buat letih je hakak kaki dok kire bile acik chezi meletop okehhh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 04:53 AM | Show all posts
Macam kimak je Ummah seekor nie
Mimpi konon..
Bangsat tol perangai..
yang mengikutnya sampai korek lobang dan masuk gua lagilaaa bangsat
BODOH
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
tipahketipung replied at 27-9-2021 09:38 PM
Muka kekwat giler… mentang2 dah jejalan di neraka..

Hahahaha........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2021 09:42 AM | Show all posts
noor2 replied at 27-9-2021 09:13 PM
X boleh buat dlm satu thread yg sama ke kisah siti nur kakak ni...

pg tnya tokey
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 09:51 AM | Show all posts
Alhamdulillah kembali ke jalan yg diredhai Allah.

Bagaimanalah keadaan pengikut2 dia tu? Siapalah yg akan memberi tunjuk ajar dan penerangan kpd mereka ? Adakah mereka juga turut mengucap syahadah semula?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.437996 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list