CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1605|Reply: 3

[Tempatan] Tak adil hadkan lesen memandu warga emas, kemalangan babit pemandu mabuk n ganja

[Copy link]
Post time 28-9-2021 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tak adil hadkan lesen memandu warga emas, kemalangan babit pemandu mabuk lebih bimbang, kata aktivis

Cadangan untuk mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas perlu dikaji semula, kata aktivis sosial.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Lee Lam Thye berkata tidak adil untuk melaksanakan cadangan itu kerana masih ramai dalam kalangan kumpulan itu sihat dan aktif untuk memandu.

“Saya rasa tak adil untuk hadkan warga emas berusia 70 tahun ke atas dari memandu memandangkan ramai dalam kalangan mereka masih sihat, aktif dan tak ada masalah untuk memandu,” katanya, dengan menambah kemalangan dikatakan membabitkan warga emas memandu di lorong motosikal mungkin hanya kes terpencil.

Beliau bagaimanapun bersetuju sekiranya, had itu dikhususkan kepada warga emas yang tidak sihat atau menghidap penyakit yang boleh mendatangkan risiko semasa memandu.

“Kalau untuk mencegah warga emas yang tak sihat atau ada penyakit dari memandu ini logik, tapi tak boleh (had) kepada semua warga emas.
Contoh Dr Mahathir Mohamad sudah lebih 90 tahun tapi masih boleh memandu, jadi saya rasa kita tak boleh guna soal umur menentukan sesuatu tindakan, tetapi melihat tahap kesihatan seseorang itu lebih penting.

Kita perlu beri kebebasan kepada mereka, malah kalau keluarga mereka berpendapat tak selamat untuk ahli keluarga warga emas memandu itu terpulang, biar anggota keluarga menasihati,” katanya kepada FMT.

Dalam pada itu, bagi mengurangkan risiko kemalangan, Lam Thye mencadangkan satu ketetapan dibuat dengan mengenakan syarat kepada pemandu warga emas untuk menunjukkan laporan pemeriksaan kesihatan doktor setiap kali proses pembaharuan lesen memandu.

Mungkin boleh disarankan meminta pihak doktor menyediakan satu surat bahawa mereka sihat dan boleh memandu. Itu cadangan lebih baik, nampak lebih praktikal dan wajar bagi melindungi mereka. Jangan terus buat keputusan hadkan pengeluaran lesen.

“…dan apa lebih penting warga emas yang dibenar memandu perlu ada kawalan kendiri, kalau mereka tak sihat, ada masalah penyakit, mereka tak patut memandu,” katanya.

Kemalangan babit warga emas kecil berbanding kesalahan arak, telefon bimbit

Lam Thye berpandangan kes kemalangan membabitkan warga emas terlalu kecil berbanding kes disebabkan pemandu dibawah pengaruh alkohol, dadah dan penggunaan telefon bimbit.

“Kita boleh lihat ramai pemandu kereta, motosikal menggunakan telefon bimbit semasa memandu, risiko ini lebih tinggi berlaku kemalangan jalan raya” katanya yang berharap kes sedemikian mendapat lebih perhatian daripada pihak berkuasa.

Beliau berkata, pihaknya tidak menentang niat baik anggota polis melindungi nyawa pengguna jalan raya dan segala usaha itu dihargai.

Saya bukan menentang polis, cuma saya mengatakan polis harus berhati-hati apabila membuat keputusan, kesungguhan polis ingin menjaga keselamatan ia sesuatu yang kita hargai, tapi dalam kes had lesen warga emas ini saya rasa tak adil nak sekat warga emas sihat memandu.

“Kalau boleh sebelum sesuatu keputusan dimuktamad, perlu mengadakan perbincangan dan mendengar pandangan golongan warga emas dahulu,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Azisman Alias mencadangkan kerajaan mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas susulan banyak faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya, termasuk kesihatan golongan itu
FMT

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2021 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tun Mahathir tu pun cuma contoh terpencil je. tak releven dgn keadaan kesihatan org lain yg berusia 70 ke atas.. aku setuju je yg dah berusia ni, surrender je lesen kalau taraf kesihatan tak bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan juga, sebelum JPJ bagi lesen kepada pemohon lesen, patut kena ada satu cara menilai kesihatan pemohon.. misalnya, pemohon yg ada sejarah sawan..ada 2 kes in real life yg kawan2 aku pernah cerita pasal pemandu kena sawan masa driving..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 12:46 PM | Show all posts
AKu rase ok je kalau nk cek mata. Tp kesian le jgk.
Abah aku next year 70 dah.
Seksa la jgk nk kene gi JPJ yang selalunye penuh dan x berapa efisien.

OT sikit, bulu tahi lalat tu mmg x leh potong ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.078228 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list