View: 4354|Reply: 24
|
[Tempatan]
Sistem Jabatan Kastam, uCustoms sejak 2013. Lima kali extend. Kini status projek
[Copy link]
|
|
Audit reveals RM272.9mil failed Customs project, PAC wants MACC to investigate
By MARTIN CARVALHO
Tuesday, 28 Sep 2021
3:40 PM MYT
KUALA LUMPUR: Parliament's Public Accounts Committee (PAC) wants the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to investigate payments of RM272.9mil by the Customs Department for a failed project.
"The MACC should be more aggressive and view the issues raised in the Auditor-General's Report seriously.
"The PAC urges the MACC to immediately investigate all the issues which have been categorised as punitive under the report," PAC chairman Wong Kah Woh told reporters at a press conference in Parliament on Tuesday (Sept 28).
The call comes after the Auditor-General's (AG) Report 2019 (Series II) - which was tabled in the Dewan Rakyat on Tuesday - revealed that the payments were for the department's uCustoms online system, which is currently non-functioning.
Wong said the PAC will meet to discuss the findings of the AGs report next month to begin proceedings to haul up the appropriate departments for inquiry.
He added that this included the Finance Ministry and Customs Department with regard to the uCustoms project.
Wong said that any investigation by the MACC into the project would not jeopardise the PAC inquiry into the issue later this year.
The uCustoms system was to have been a fully integrated online system to handle goods clearances.
Meanwhile, Auditor-General Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, who was also present at the press conference, said the uCustoms project was proposed in October 2013 at an original cost of RM317.7mil.
"However, five extensions of time were given for the project since 2013 with the original cost ballooning to RM397.43mil.
"The audit found that RM272.9mil in payments were made for the project," he added.
Besides the uCustoms project, Nik Azman also said the audit found weaknesses in the project to supply raw water from Pahang to Selangor and the government integrated telecommunications system.
He said the three projects had resulted in wastage of some RM285mil.
He also drew attention to leakages amounting to RM29mil under the International Trade and Industry Ministry's car import permits handled by the Customs Department.
|
|
|
|
|
|
|
|
projek 2013...report audit keluar 2019..2021 bentang...
ringkasan:
dh bayar utk projek 272.9M
kos asal 317.7M..naik ke 397.43M(5 kali extend)...projek gagal....nak buat audit sekali lagi...mgkn tahun 2030 bentang....
.....burpppp...kenyangg |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by belilies at 28-9-2021 05:51 PM
Menarik kes ni. Kes sedari thn 2013, beratus juta gitu. Kenyang ular sawa.. dagang dot net ni sapa punya?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kalo bukan project ratos2 jota bukan namanya project gomen dek. Paling penting, project wojib gagal lepas kluaq bajet ratos jota. |
|
|
|
|
|
|
|
Direct tender,kroni keee apa ni |
|
|
|
|
|
|
|
parti ape ye yg mmerintah thn 2013 tu ye..iols x ingat sbb byk sgt btukar kjaan dan pm |
|
|
|
|
|
|
|
Kenyang sangat ni sampai melingkar panjangnya dr 2013 ke 2019.. melesia oh tanah airkuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
kelapaparut replied at 28-9-2021 07:25 PM
parti ape ye yg mmerintah thn 2013 tu ye..iols x ingat sbb byk sgt btukar kjaan dan pm
Dap yg perintah |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha
hahahahahahah
hahahahahhahahahahahahahahha
sambung ... bayarlah cukai utk bangunkan negara
puihh !! |
|
|
|
|
|
|
|
rindu zaman bibir pink |
|
|
|
|
|
|
|
Company lama sy dlu dapat project ni..mmg byk masalah dalaman..management failed.. apa2 pon semoga bertabah la brinfo staff yg masih kerja sana.. dgr nya dah 3 tahun masalah gaji ..tahun lepas sy cabut..tak sanggup nk hadap gaji berbulan lambat..delay berbulan2 xdpt gaji nak makan apa..masalahnya masih ada juga yg nak stay company tu...hmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Sistem uCustoms JKDM gagal disiapkan dalam tempoh 86 bulan
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
28 September 2021, 8:09 pm
PETALING JAYA : Sistem uCustoms oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi menggantikan Sistem Maklumat Kastam (SMK) gagal disiapkan dalam tempoh 86 bulan walaupun lima lanjutan tempoh masa (EOT) diberikan.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 2, sejumlah RM272.99 juta telah dibayar kepada pembekal dan Pejabat Pengurusan Projek manakala hanya satu Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) berjumlah RM55,660 telah dikenakan.
“Notis berkenaan LAD berjumlah RM3.94 juta telah dikeluarkan pada 31 Disember 2020 bagi EOT 3 dan EOT 4 kepada Syarikat 374044-H,” jelas laporan tersebut.
Laporan itu menambah, antara kelemahan yang perlu diberi perhatian adalah seperti kelewatan penyiapan komponen dan release pembangunan sistem uCustoms dan sebanyak 1,056 (27.2 peratus) daripada 3,876 deliverables sahaja yang telah diterima oleh JKDM.
“Hanya tiga daripada 70 modul utama yang berjaya disiapkan sepenuhnya dan beroperasi.
“Pemilihan pembekal yang tidak mengambil kira penilaian dan laporan yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal,” jelas laporan berkenaan. -UTUSAN ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
So panggil sprm kaut mereka Yang bertanggunjawab pegi amek vendor not as per technical committee recommendation lah.
Apa yg susah sgt? |
|
|
|
|
|
|
|
nak boleh keluar tender bukan mudah
kena pergi jawatankuasa teknikal ict, jawatankuasa pemandu ict level kementerian
lepas tu kena pegi plak jawatankuasa teknikal ict mampu
fuhhh
alih2 project gagal
3 level dah tu sepatutnya monitor projek |
|
|
|
|
|
|
|
Oh akhirnya fail jugak ye projek ni? Ke nak sambung lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
senangnya buat duit, kerja cam taik |
|
|
|
|
|
|
|
uCustoms: 13 baucar berjumlah RM64.89 juta tiada dokumen lengkap
BERNAMA
Kuala Lumpur: Sebanyak 13 baucar bayaran bagi pembangunan sistem uCustoms berjumlah RM64.89 juta tidak dapat disahkan kerana dokumen lengkap tidak dilampirkan, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2019 Siri 2.
Menurut laporan itu yang dikeluarkan hari ini, dokumen seperti minit mesyuarat JTPuC penting bagi menentukan kelulusan terhadap tuntutan bayaran dan ketiadaan dokumen sokongan yang lengkap boleh mengakibatkan pembayaran dibuat di luar skop atau perkhidmatan.
"Pendapat Audit memaklumkan pembayaran tidak dilaksanakan dengan teratur dan boleh berlaku pembayaran tidak wajar berjumlah RM64.89 juta kerana tidak disokong oleh dokumen berkaitan," menurut LKAN.
Berdasarkan laporan itu, semakan audit mendapati hanya 29 baucar berjumlah RM200.69 juta dapat disahkan kerana mempunyai dokumen sokongan yang lengkap.
Arahan Perbendaharaan 99 (a) menyatakan semua baucar atau baucar elektronik hendaklah disokong dengan dokumen sokongan yang lengkap bagi membolehkan baucar disemak tanpa merujuk kepada apa-apa dokumen selain daripada yang dilampirkan padanya.
Sementara itu, LKAN juga mendedahkan bahawa pembangunan sistem uCustoms gagal disiapkan dalam tempoh tujuh tahun dua bulan (86 bulan) setelah lima EOT (Kontrak Tambahan) diberikan.
Menurutnya, kajian kemungkinan tidak dijalankan sebelum projek sistem uCustoms dilaksanakan.
"Klausa 6(a) Kontrak Utama uCustoms menetapkan uCustoms perlu disiapkan dalam tempoh 24 bulan bermula 25 Oktober 2013 hingga 24 Oktober 2015.
"Klausa kontrak menetapkan pembangunan dan ujian aplikasi penggunaan, pelancaran dan pengurusan perubahan dilaksanakan ketika pembangunan sistem," menurut LKAN.
Laporan berkenaan menyatakan objektif pembangunan sistem uCustoms ialah untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan perkastaman dan institusi perdagangan yang berdaya saing serta memenuhi piawaian antarabangsa melalui gerbang tunggal sistem elektronik yang cepat, selamat, berintegriti dan mesra pelanggan.
"Sehingga 31 Disember 2020, sistem uCustoms gagal disiapkan dan seterusnya tidak dapat digunakan untuk operasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) oleh golongan sasar," menurut laporan itu.
Sehubungan itu, beberapa syor dikemukakan Audit kepada JKDM yang perlu menjalankan kajian menyeluruh keperluan sistem JKDM sebelum pembangunan sistem baharu dibangunkan.
Selain itu, menyenggara dan mengemas kini dokumen pembangunan sistem supaya pembangunan sistem pada masa hadapan dapat dibuat dengan cekap, teratur dan menyeluruh.
"Sistem hendaklah menjamin keselamatan data dan maklumat kerajaan terpelihara," menurut laporan berkenaan.
Disiarkan pada: September 28, 2021 @ 9:24pm
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaahha
Doomed to fail from the beginning |
|
|
|
|
|
|
|
SPRM siasat isu sistem uCUSTOMS yang gagal disiapkan
Dikemas kini 13 minit yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 8:04PM ·
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan berhubung isu sistem uCustoms bernilai RM397.43 juta yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) kerana gagal disiapkan sejak projek itu bermula pada Oktober 2013.
Ketua Pesuruhjayanya Azam Baki berkata beliau mengarahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya untuk mengetuai siasatan berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|