CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Sistem Jabatan Kastam, uCustoms sejak 2013. Lima kali extend. Kini status projek

  [Copy link]
 Author| Post time 29-9-2021 09:36 PM | Show all posts
SPRM siasat sistem kastam RM397 juta gagal disiapkan
Bernama
Diterbitkan:  Sep 29, 2021 9:23 PM
⋅
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan berhubung isu sistem uCustoms bernilai RM397.43 juta yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) kerana gagal disiapkan sejak projek itu bermula pada Oktober 2013.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Azam Baki berkata beliau telah mengarahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya untuk mengetuai siasatan berkenaan.

“Siasatan adalah menjurus kepada sebarang perlakuan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya kepada Bernama hari ini.

LKAN 2019 Siri 2 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam mendedahkan sistem uCustoms oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi menggantikan Sistem Maklumat Kastam (SMK) gagal disiapkan dalam tempoh 86 bulan walaupun lima lanjutan tempoh masa (EOT) diberikan.

Menurut laporan audit itu, sejumlah RM272.99 juta telah dibayar kepada pembekal dan Pejabat Pengurusan Projek manakala hanya satu Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) berjumlah RM55,660 telah dikenakan.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh menggesa SPRM melakukan siasatan segera terhadap sistem uCustoms yang gagal disiapkan itu tetapi pembayaran telah dibuat.

Menurut Wong, ia merupakan salah satu daripada 25 isu dalam LKAN 2019 Siri 2 yang bersifat tindakan pembaziran atau punitif.

Azam berkata SPRM telah mendapatkan dokumen-dokumen mengenai sistem uCUSTOMS daripada JKDM hari ini bagi membantu siasatan isu berkenaan.

"Setakat ini, belum ada mana-mana individu yang dipanggil bagi membantu siasatan isu sistem uCUSTOMS ini,” katanya.

Azam berkata SPRM juga akan mendapat penerangan daripada pihak Jabatan Audit Negara berhubung isu itu.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2021 10:58 PM | Show all posts
on paper scope segala mala semua bubuh kasik cantik
nnt kontrak x lepas plak nk sign
so siapa sign voucher untuk released bayaran tu?
kalau kata pengarah bhgn kew
dia dapat arahan daripada sapa plak?
sapa pmo projek ni?
kena menjawab lah sapa bagi kebenaran untuk release payment walaupun dokumen tak lengkap
change request tu sapa plak monitor the record?
mesti ada approval for change request
projek x dak commitee kah?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
olen replied at 28-9-2021 12:00 PM
Company lama sy dlu dapat project ni..mmg byk masalah dalaman..management failed.. apa2 pon semoga b ...

Companu sy pun masuk sekejap keluar balik. Kitorang panggil projek sakit. Tak sangka bertahun belalu masih sama. Mismanage dari awal. Kalau kerja IT ni keluarje la kalau gaji tak masuk waktu sepatutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 12-1-2022 06:52 PM
wafeloren replied at 30-9-2021 01:42 PM
Companu sy pun masuk sekejap keluar balik. Kitorang panggil projek sakit. Tak sangka bertahun bela ...


..........
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 28-9-2021 06:04 PM
projek Dnex ke

Ucustom ni project Brilliance Solutions, untuk gantikan project NSW by Dnex.

Tapi sebab project Ucustom ni tak jalan, contract Dnex untuk NSW diperbaharui.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.523627 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list