CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4421|Reply: 21

Caprice sakit hati diejek acah acah ‘speaking’

  [Copy link]
Post time 28-9-2021 08:36 PM | Show all posts |Read mode

CAPRICE

Caprice sakit hati diejek acah acah ‘speaking’

PETALING JAYA – Aktivis kemanusiaan sensasi, Caprice tampil mempertahankan tindakannya dikatakan sengaja cuba menjatuhkan atau memburukkan reputasi pendakwah bebas  yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Kata pemilik nama lengkap, Ariz Ramli itu, menerusi satu sesi soal jawab (Q&A) dalam Instastory, untuk mendapatkan keadilan, individu yang terlibat perlu didedahkan.

“Dengar sini, apabila berjuang untuk mendapatkan keadilan, seseorang itu perlu jatuh.

“Tetapi, sebagai seorang Muslim, kita ada tanggungjawab, apabila dia jatuh (sudah didedahkan), kita kena ubatkan dia ke jalan Allaha. Insya-Allah,” katanya.

Caprice memberi jawapan tersebut ketika menjawab pertanyaan daripada seorang netizen berbunyi ‘Adakah seronok menjatuhkan dia?’.

Dalam pada itu, dalam satu pertanyaan lain yang dilontarkan netizen lain, Caprice memaklumkan, ejekan ‘acah acah’ bercakap dalam bahasa Inggeris merupakan antara perkara paling menyakitkan hati datang dari bibir kebanyakan orang tentangnya.

“Saya dah lima tahun bagi ceramah, masuk TV, buat konten, tapi baru-baru ini satu Malaysia kecam cakap saya acah-acah ‘speaking’, pelat. Itu semua agak menyakitkan hati,” ujarnya.

Tuturnya lagi, dia sudah penat hidup berasa tidak selamat hingga terpaksa mengupah bodyguard (pengawal) apabila berada di luar rumah selepas isu Gaza, Palestin meletus lebih dua bulan lalu.

“Saya cuma nak hidup saya kembali. Saya nak masuk KLCC tanpa bawa bodyguard. Saya tahu bukan satu perkara yang mudah. Benda ini luar biasa.

“Kalau kalian tanya saya sekarang, saya marah. Yang kata saya acah acah ‘speaking’, itu fitnah. Yang kata saya upah orang untuk buat semua kerja ini, fitnah,” katanya.

Terdahulu, konflik antara Caprice dengan pendakwah itu mula bercambah semasa sama-sama menjayakan misi kemanusiaan Gaza, Palestin. Terbaharu, satu Malaysia sedang menunggu kesahihan dakwaan kes gangguan seksual membabitkan penceramah terbabit yang masih dalam siasatan pihak berkuasa. – K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2021 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
TT minat kepris ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2021 08:57 PM | Show all posts

xkn la bkk benang je terus minat?

selama ni aku buka benang pasal mayat pocong setan iblis, xkn aku peminat dorang juga?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 28-9-2021 08:57 PM
xkn la bkk benang je terus minat?

selama ni aku buka benang pasal mayat pocong setan ibli ...

Tt mengambil tahu tentang kepris lah ni.

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 09:18 PM | Show all posts
kau lalu sebelah aku
or duduk semeja dgn aku pn
belum tentu aku kenal kau siapa dik

alahai budak  baru nak kenal dunia ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah knp ek, si kepris ni amek alih takhta nilopa ke ape?saban hari ada je benang pasal heols kat bod gosip nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2021 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Ehhhhh dont dish it if you can take it lorrr
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 02:15 AM | Show all posts
Kesah yg dikhabar tentang dia ni berapa kali nak diulang siar  Sengaja diduarulang/recycle ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2021 02:18 AM | Show all posts
Edited by nolya at 29-9-2021 02:24 AM
Raline replied at 28-9-2021 08:57 PM
xkn la bkk benang je terus minat?

selama ni aku buka benang pasal mayat pocong setan ibli ...

Pemberitaan awak ni spt sengaja pukul anak tapi sebenarnya nak sindir menantu kan? Sayang kesahnya tak bermutu lah.  Ingatkan ada cite ttng inisiatif nak teruskan perjuangan jarak jauh untuk Palestine ke atau berusaha cari jalan untuk gi ke Gaza lagi, ini tak.... balek2 cite yg membosankan sampaikan cakap melayu bertelorkan amerikan pun jadi isu. Murahan sekali storinya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
TT, lepas tak duit makan bulan ni dgn bukak byk2 threads dlm Cari ni? Kalau tak cukup gak, dah cuba ambik kat gerobok rezeki ke, gantung bendera putih ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2021 08:32 AM | Show all posts
che-cikL replied at 29-9-2021 07:30 AM
TT, lepas tak duit makan bulan ni dgn bukak byk2 threads dlm Cari ni? Kalau tak cukup gak, dah cuba  ...

i kja ambank hoookkaaayyyyy basic je dah 5800 ke ko nk loan dr aku nokkkkk?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 08:37 AM | Show all posts
layaklah kena kutuk.. haku yg ddk luar ni pun x ada berangan cam kau slang bagai
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 08:39 AM | Show all posts
tudiaaaa.... nak rasa bebas, masuk KLCC tanpa bodyguard...
self claim ker camna tu???

KLCC jer kot... hahahahhahahaaha.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ai kesian pulak baca kecaman terhadap TT
Ai simpan kutukan untuk next thread jela
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 09:11 AM | Show all posts
trexxxxxi replied at 29-9-2021 09:08 AM
Ai kesian pulak baca kecaman terhadap TT
Ai simpan kutukan untuk next thread jela

ai sanjung tindakan uols, so ai pon simpan dulu agegegege
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 29-9-2021 08:32 AM
i kja ambank hoookkaaayyyyy basic je dah 5800  ke ko nk loan dr aku nokkkkk?

Your basic pay today was my basic pay more than a decade ago dekkkk oiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2021 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by LadyCarefree at 29-9-2021 02:23 PM
Raline replied at 29-9-2021 07:32 AM
i kja ambank hoookkaaayyyyy basic je dah 5800  ke ko nk loan dr aku nokkkkk?


Dok KL ke? Cukup ke? 5800 tu maksudnya ko muda belia lagi la.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Topiknasikbasi ni dah 33 kot. Balik msia umur 12. Xkan acah xreti BM. Pelat konon. Bodigad konon. Lawak sungguh. Apa je pon dia revealkan selama ni? Takde apa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Acah speaking tu bukan insult bro. Dalam banyak2 itu pulak yang dia terasa. Adoi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
trexxxxxi replied at 29-9-2021 09:08 AM
Ai kesian pulak baca kecaman terhadap TT
Ai simpan kutukan untuk next thread jela

Hhahhhahha... Masih ada simpati dihati u sis

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.351172 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list