View: 9124|Reply: 46
|
Nam Ron tayang badan demi raih sejuta pengikut IG
[Copy link]
|
|
DUA keping gambar Nam Ron tidak berbaju dimuat naik pelakon itu dalam Instagram sebagai sindiran untuk menaikkan jumlah pengikut media sosial.
Berbaur sinikal, Nam Ron tayang badan demi raih sejuta pengikut IG
PETALING JAYA – Pelakon terkenal Nam Rom mengejutkan peminat apabila menayang badan demi meraih sejuta pengikut dalam akaun Instagramnya.
Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, 52, dipercayai memuat naik gambar berkenaan sebagai sindiran sinikal terhadap trend stesen televisyen yang memilih pelakon berdasarkan jumlah pengikut media sosial berbanding bakat lakonan.
“Menyahut cabaran stesen televisyen dan sesetengah penerbit yang mahukan sekurang-kurangnya sejuta pengikut dalam media sosial.
“Road to 1 million followers (Menuju ke satu juta pengikut). Foto bogel penuh akan disiarkan sekiranya sasaran tercapai sebelum 2022,” kata Nam Ron sinis.
Rata-rata peminat tidak mengambil serius tentang aksi ‘separuh bogel’ Nam Ron itu, sebaliknya ramai menyifatkannya sebagai bahan jenaka dan sindiran.
“Kelebihan lelaki, kami boleh tayang dada bogel dan tidak dikatakan lucah berbanding wanita,” tulisnya.
Setakat ini, Nam Ron yang juga pengarah filem One Two Jaga itu sudah menggenggam lima anugerah berprestij antaranya, Pelakon Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-29 menerusi filem Redha.
Pelakon yang sudah 32 tahun berkecimpung dalam dunia seni itu setakat ini memiliki 107,000 pengikut dalam Instagram.
Sebelum ini, isu yang sama pernah dibangkitkan oleh rakannya yang juga seorang pelakon berkaliber, Amerul Affendi pada tahun lalu.
Amerul meluahkan kekesalan apabila menyedari stesen televisyen tidak mahu mengambilnya berlakon selagi pengikut media sosial tidak mencecah angka 500,000 orang.
Selepas lantang bersuara tentang isu tersebut dan meluahkan kebimbangannya terhadap masa depan sebagai pelakon, jumlah pengikut Instagram Amerul menunjukkan peningkatan apabila kini dia memiliki 302,000 pengikut. – K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Terpaksalah demi kelangsungan hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Fattah x pernah tayang body pun. Follower juta2 jugak. Yg sebenarnya dah nampak kepam, personaliti tak menarik, kritis je memanjang, buat serabut otak jer follow spesis korang. Bagusla mengesahkan tahap kebodohan korang tu..lepas ni mohon togel terus. |
|
|
|
|
|
|
|
yg stesen tv nak followers sejuta tu utk watak hero ke atau semua pelakon dlm 1 drama, termasuk watak mak bapak? Kalu setakat syarat sejuta followers tu hanya utk watak hero, pelakon2 kepam takyah lah menggelabah..org ramai pun mesti la nak ‘eye candy’.. |
|
|
|
|
|
|
|
nyampah lah kekadang dgn pelakon2 kepam fefeeling gred A acah2 didiskriminasi ni..bukannya korang dinafikan job langsung pun..stail korang sesuai la utk drama@filem korang..kang org offer jadi bapak dlm drama2 megah holdings korang geli nak berlakon.. |
|
|
|
|
|
|
|
takut pollowers pulak pakat unfollow lepas nampak gambar ni |
|
|
|
|
|
|
|
Artis2 Malaysia ni xnak ke belajar psl skin care?.jg la kulit tu bg cantik mulus halus tulus..baru la penonton xsakit mata tgk dlm tv..drpd masing2 dok meroyan sana sini upgrade la penampilan tu. Rambut pon kene jg jugak..contohilah pelakon2 Korea..even watak nenek atuk kulit tetap cantik. Tp jgn pulak gi cucuk Botox..huduh nanti..nyesal seumur hidup..Xpon gi mintak nasihat bamtah mcm mane dia boleh upgrade diri dia |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih akak klik ternyata amat menyesal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ke yang rembesss nengok body daddeh2 nehh? |
|
|
|
|
|
|
|
sejenis perangai pelakon perasan dia gred A ...baik aku tengok pak kodi ke roy azman ke |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by trexxxxxi at 29-9-2021 02:31 AM
Kalau ai kendi macam atok ni takper laa jugak baloi gak shirtless
Eric Rutherford
Atau ni Will Willitts
Atau ni the best
Brad W.
Baru lerr melertsss ovari githuuuu khuens @Acikgomen
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
@Normabaru meh la hencap shekali sambil buat penilaian atoks ai kendi nehh
|
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 29-9-2021 12:42 AM
takut pollowers pulak pakat unfollow lepas nampak gambar ni
Nyesal xsuda nnt.pergi xkembali followers2 tuh.wahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
trexxxxxi replied at 29-9-2021 03:34 AM
@Normabaru meh la hencap shekali sambil buat penilaian atoks ai kendi nehh
Kaka masuk2 je terus mengucap pjg ingat tuhan dikkkk nasib la xde semak samun rambu ramba kt dade tuh..klu xmmpi ngeriiii kaka mlm ni.hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
trexxxxxi replied at 29-9-2021 01:28 AM
Kalau ai kendi macam atok ni takper laa jugak baloi gak shirtless
Eric Rutherford
Bahye toklaki ai kendi sangat oiiii
Sedangkan laki intan Saleh yg ade taik kude seketoi tang muka pun kena caras
|
|
|
|
|
|
|
|
Da tau retis, pelakon..kna la pndai jaga penampilan diri.da itu periuk nasinya..pastu nk bising2 fefeeling victim lak. Kalau bsandarkn bakat je pun xkemana. Tgk retis2 huliwud tu tua2 pun rajin lg jaga body.ni dah la merokok, xjaga mkn..malas bsenam plak tu |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaha okey acik gelak |
|
|
|
|
|
|
| |
|