CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1250|Reply: 2

[Dunia] Lamar kekasih di hadapan bakal mentua guna Power Point

   Close [Copy link]
Post time 28-9-2021 08:39 PM | Show all posts |Read mode

Yasher membentangkan mengenai perancangan selepas berumah tangga di hadapan bakal mentua dan kekasihnya. – Instagram

Lamar kekasih di hadapan bakal mentua guna Power Point

JAKARTA – Seorang lelaki mempunyai cara unik untuk melamar kekasihnya di hadapan kedua-dua bakal mentuanya, iaitu dengan menggunakan pembentangan Power Point, lapor portal berita Dream.co hari ini.

Menerusi satu video yang tular di Instagram, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Yasher Fadhli menggunakan perisian pembentangan popular itu bagi menjelaskan mengenai perancangan masa hadapannya.

Bagaikan seorang Ketua Pegawai Eksekutif, Yasher secara bersahaja dan yakin menerangkan mengenai pelan kehidupannya dan kekasihnya selepas berumah tangga.

“Kita bukan lagi dalam fasa untuk bertahan. Kebiasannya, kalau bercakap tentang kewangan, kita sering menyebut mengenai cara untuk bertahan, bagaimana untuk makan dan lokasi tempat tinggal.

“Rancangan kami sekarang adalah tentang cara-cara untuk bekerja keras,” katanya.

Di hadapan lelaki tersebut, kedua-dua bakal mentuanya bersama kekasihnya dilihat sedang mendengar pembentangan itu dengan teliti.

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen yang mengagumi cara digunakan Yasher bahkan ada yang meminta tips daripadanya.

“Sangat memberi inspirasi! Ini merupakan cara paling sesuai untuk menyampaikan pandangan yang berbeza kepada ibu bapa,” kata seorang netizen.

“Hebat sekali! Berapa jumlah slide keseluruhan?” kata seorang lagi. – Agensi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2021 08:46 PM | Show all posts
Luar biasa, pakai pendekatan pitch meeting
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 08:56 PM | Show all posts
Closed...bukan Isu semasa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.078764 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list