CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1850|Reply: 12

[Tempatan] Najib cadang GST diperkenal semula, tapi betul ke Najib x bayar cukai?

[Copy link]
Post time 28-9-2021 08:47 PM | Show all posts |Read mode
Najib cadang GST diperkenal semula


Najib mencadangkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura diteruskan semula. - Foto NSTP /ROHANIS SHUKRI

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melaksanakan semula sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) selepas negara pulih daripada kesan COVID-19.

Datuk Seri Najib Razak (BN-PEKAN) berkata, GST mampu membantu kerajaan mencapai matlamat mengurangkan jurang pendapatan, menarik pelaburan dan mengukuhkan kekuatan fiskal kerajaan.

Katanya, GST ialah cukai penggunaan ataupun 'consumption tax' bermaksud lebih tinggi perbelanjaan seseorang, lebih tinggi jumlah bayaran cukai berkenaan.

"Dengan GST, golongan kaya dan berkemampuan yang akan berbelanja lebih, akan membayar lebih GST.

"GST juga akan menyasarkan ekonomi gelap dengan saiznya sebesar RM300 bilion setahun yang sebelum ini terlepas dari membayar apa-apa cukai.

"Dengan GST, saiz ekonomi gelap dapat dikuncupkan, yakni dianggarkan dari 25 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 10 peratus," katanya ketika berbahas Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat.

Najib berkata, kutipan hasil GST boleh diagihkan kepada golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan kumpulan berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40) dalam bentuk bantuan tunai rakyat yang jauh lebih besar, berbanding nilai GST yang dibayar mereka.

Beliau turut mencadangkan Malaysia menarik semula perhatian dan minat dunia, selain usaha membina semula hubungan antarabangsa dengan ekonomi besar yang terkesan, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Katanya, visi, misi dan projek seperti projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang bakal menghubungkan dua ekonomi terbesar ASEAN perlu disambung semula mengikut konsep dan perancangan asal.

"Di samping memberi nafas baru kepada koridor selatan Semenanjung seperti Iskandar Malaysia, Batu Pahat, Muar, Melaka, Seremban dan sebagainya.

"Semasa pembinaan projek HSR dijangka mewujudkan 70,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung.

"Selepas projek HSR siap beroperasi, ia mampu memberi keuntungan ekonomi sekitar USD1.6 bilion setahun mengikut kaji selidik Institut Pembangunan Ekonomi Jepun dengan syarat landasan perlu dihubungkan dengan Singapura.

"Menggantikan projek HSR dari Singapura ke Kuala Lumpur kepada KLIA ke Johor Bahru akan menjadikan projek ini tidak 'viable' atau berdaya maju dan akhirnya merugikan negara apabila terpaksa membayar subsidi berbilion," katanya.

Beliau menegaskan mengembalikan semula projek HSR kepada perancangan asal juga dapat menghidupkan semula projek Bandar Malaysia yang bernilai RM140 bilion dari segi nilai pembangunan kasar (GDV).

"Saya mencadangkan tanggungjawab dan pemilikan projek pembangunan diberikan kepada tabung seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

"Kedua-dua badan ini terbukti dapat bekerjasama dengan baik sehingga menjayakan pembangunan projek Battersea di London.

"Projek ini juga boleh dijayakan secara usahasama dengan pelabur Singapura memandangkan HSR berhubung dengan negara itu, jika KWSP dan PNB berpendapat ia memberi kelebihan," katanya.

Beliau berkata, Bandar Malaysia boleh dijenamakan semula sebagai Bandar ASEAN supaya meletakkan Malaysia menjadi pusat kepada ASEAN dalam usaha menarik perhatian komuniti antarabangsa.

Najib turut mencadangkan konsep 'Pandang ke Borneo' bagi pembangunan Sabah dan Sarawak dalam RMK-12 dengan pertumbuhan ekonomi yang diunjur lebih tinggi, berbanding purata Malaysia.

Turut dicadangkan semakan semula RMK-12 setahun selepas pelaksanaannya supaya ia lebih tepat dan berdasarkan kepada keadaan sebenar semasa negara.

"Ini kerana hakikatnya, kita sudah terlewat setahun membentangkan RMK-12 yang merangkumi tempoh tahun 2021 hingga 2025, memandangkan kita kini sudah sampai ke penghujung tahun 2021," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2021 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by xy_daen at 28-9-2021 09:28 PM

Boleh laksanakan semula GST. Buat rate berbeza ikut jenis barang. Barangan perlu macam makanan 0-3%, barangan mewah 6-10%, baru lah rakyat tak sakit hati. Lepas tu bagi kemudahan macam2 kepada rakyat, tunjukkan duit GST tu belanja camne.. Jangan bagi ruang kepada pembangkang untuk cari salah kerajaan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tamak haloba nye manusia! Ko senirik anak branak tak baya cukai ada hati nak suggest gst balik.. tu ha kes ucustom dr 2013 beratus juta pojek masa ko jadik pm
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
gst peniaga x bleh tipu. tu yg puak2 tu takot.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn replied at 28-9-2021 10:32 PM
gst peniaga x bleh tipu. tu yg puak2 tu takot.

Kesian rakyat, duit yg sepatutnya dinikmati Oleh rakyat , disapu Oleh peniaga2 yg Tamak Dari keuntungan perniagaan Dan menipu  mengelak cukai Dari sistem cukai lama yg byk kelemahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2021 08:33 AM | Show all posts
belilies replied at 28-9-2021 09:52 PM
Tamak haloba nye manusia! Ko senirik anak branak tak baya cukai ada hati nak suggest gst balik.. tu  ...

tu yang aku tertanya2 juga tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2021 08:35 AM | Show all posts
Aku pun sokong GST diperkenalkan semula.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 08:52 AM | Show all posts
insulin replied at 29-9-2021 08:35 AM
Aku pun sokong GST diperkenalkan semula.

Aku pun setuju
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2021 08:54 AM | Show all posts
xy_daen replied at 28-9-2021 09:27 PM
Boleh laksanakan semula GST. Buat rate berbeza ikut jenis barang. Barangan perlu macam makanan 0-3%, ...

ada kemungkinan peniaga akan manipulasi rate tu sama macam duti import dan cukai eksais. better fix satu rate yg sesuai cth 4-5%. brg kegunaan 0%
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 09:07 AM | Show all posts
Aku sokong sgt gst nih... byk peniaga terlepas bayar cukai kalau ikut sistem sekarang nih, sistem boleh manipulate
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku sokong betul benda ni. Sb dengan gst, peniaga tak boleh lari dari cukai dan peniaga tak dapat tipu pembeli...taklah derang suka hati naikkan barang
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 09:25 AM | Show all posts
ghee hin dan hai san mula berpeluh
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya setuju.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.065321 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list