CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1261|Reply: 0

[Tempatan] 23 struktur haram dalam Hutan Simpan Bukit Lagong diroboh

[Copy link]
Post time 28-9-2021 08:59 PM | Show all posts |Read mode
23 struktur haram dalam Hutan Simpan Bukit Lagong diroboh


Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) merobohkan 23 struktur binaan dibina secara haram di Hutan Simpan Bukit Lagong di sini, menerusi Ops Lagong selama dua hari, bermula hari ini. - Foto Nor Azizah Mokhtar

GOMBAK: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) merobohkan 23 struktur binaan dibina secara haram di Hutan Simpan Bukit Lagong di sini, menerusi Ops Lagong selama dua hari, bermula hari ini.

Antara struktur binaan yang dirobohkan termasuk pondok dan bangsal kayu, rumah kayu, kolam ikan, reban ayam, kandang kambing dan lembu serta sebuah rumah batu dua tingkat.

Kebanyakan struktur binaan itu didirikan di hutan simpan yang diceroboh untuk dijadikan dusun buah-buahan, tanaman kontan, kolam penternakan ikan serta kandang ternakan lembu, kambing dan ayam.

Ops Lagong diketuai Ketua Operasi, Mohd Shahril Abd Rashid dilakukan di kawasan hutan simpan yang dikesan diceroboh seluas kira-kira 14 hektar daripada keseluruhan Hutan Simpan Bukit Lagong yang berkeluasan 3,624.10 hektar.

https://assets.bharian.com.my/im ... oboh_1632827017.jpg
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) merobohkan 23 struktur binaan dibina secara haram di Hutan Simpan Bukit Lagong di sini, menerusi Ops Lagong selama dua hari, bermula hari ini. - Foto BERNAMA
Timbalan Pengarah Operasi Hutan JPNS, Norddin Noor, berkata pelbagai notis sudah diberikan secara berkala sejak lima tahu lalu meminta penceroboh menghentikan aktiviti mereka di hutan simpan terbabit.

"Kawasan ini didapati diteroka secara haram, sesetengahnya dianggarkan dilakukan sejak 20 tahun lalu, berdasarkan usia pokok yang ditanam dan terbaharu dikesan berlaku pada tahun ini dan tahun lalu.

"Aktiviti mereka (penceroboh) adalah menebang pokok hutan untuk mendirikan kebun, menanam pokok durian dan tanaman kontan," katanya pada sidang media di lokasi, hari ini.

Norddin berkata, sebanyak 23 struktur binaan akan dirobohkan dengan 13 dirobohkan hari ini, dan selebihnya akan disambung esok.

"Kita percaya terdapat 50 hingga 60 individu terbabit dalam aktiviti pencerobohan di hutan simpan ini, namun buat masa ini kita masih mengesan pihak yang bertanggung jawab.

"Kita minta mereka berhenti daripada terus menceroboh kerana perbuatan itu adalah satu kesalahan hutan mengikut Enakmen (Pemakaian) Akta Hutan 1985 dibawah Seksyen 32 dan Seksyen 81.

"Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM100,000 atau penjara tidak kurang daripada enam bulan," katanya.

Mengulas lanjut, Norddin berkata, anggaran pencerobohan dianggarkan berlaku sejak 20 tahun lalu berdasarkan saiz pokok yang ditanam seperti pokok durian di kawasan yang diteroka.

"Pada peringkat awal (pewartaan hutan simpan), timbul masalah daripada segi persempadanan kerana ia masih tidak jelas.

"Bagaimanapun, persempadanan sudah dikenal pasti dan ada kebun dan dusun yang diteroka itu didapati masuk di dalam kawasan hutan simpan, justeru tindakan perlu diambil.

"Kita juga mahu memastikan tiada sebarang penempatan didirikan di kawasan hutan kerana tidak mahu ia menjadi seperti kawasan setinggan," katanya.

Katanya, pihak ada menerima lebih 100 permohonan daripada orang ramai untuk melakukan penerokaan namun aktiviti sedemikian adalah dilarang dan tiada sebarang kebenaran diberi.

Ops Lagong dijalankan secara bersepadu bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Majlis Perbandaran Selayang(MPS), Pejabat Daerah dan Tanah Gombak dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Gombak dengan kekuatan 75 pegawai dan anggota.

Sumber:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.149534 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list