Kerap minum minuman tenaga setiap hari menyebabkan seorang gadis di Switzerland dimasukkan ke hospital selepas pengsan di sekolah kerana menderita sakit jantung.
Gadis berusia 17 tahun itu, Mascha K dilaporkan minum 12 tin minuman tenaga setiap hari ketika dia mula bekerja, lapor Daily Star.
Kredit foto: Newsflash
"Ia bermula dengan sebatang rokok dan minuman tenaga setiap pagi, kemudian sewaktu rehat, selepas bekerja dan pada waktu petang ketika bersama rakan-rakan sekerja," kata Mascha.
Mascha mendakwa dia telah mengurangkan jumlah pengambilan minuman itu kepada satu atau dua tin sehari tetapi mengakui dia akan berasa kurang bersemangat jika tidak minum minuman tersebut.
"Anda hanya menyedari anda minum terlalu banyak ketika ia sudah terlambat," ujarnya.
Pada 15 September lalu, Mascha yang bekerja sebagai perantis sektor kesihatan pengsan lalu rakannya terpaksa menghubungi teksi dan membawa gadis itu ke hospital.
Doktor menasihati Mascha agar mengurangkan pengambilan minuman tersebut dan kesihatannya mungkin terjejas semula sekiranya masih 'berdegil'.
Sewaktu dirawat di hospital, Mascha memuat naik klip video di Tiktok bersama-sama gambar minuman tenaga dengan kapsyen berbunyi, "Jangan minum terlalu banyak."
sekali sekala ambik ok kot.. tapi kekadang tu bila jadi routine tu yang sedar tak sedar ambik lebih dari portion selamat. Kalau drive long distance mcm pergi bercuti ada gak ambik livita or red bull setin. Tapi gi bercuti drive jarak jauh jarang banget.. maybe sekali atau 2 kali seatun so ok lah. Tapi kalau kerja kita mmg drive jarak jauh almost daily dan almost daily jugak pekena livita or red bull sampai bertin2 tu yang datang problem tu.
Post time 29-9-2021 03:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dulu masa duk tanah jawi den rajin gak minum air redbull ni especially time driving..tapi yg buat den terkenang sampai skrg citer sal minuman ni bini den a.k.a awek den masa tu bengang sal kalau beli redbull mesti kat stesen minyak shell..pasal petronas jual mahal 20sen..shell jual rm1.80..nak save duit syiling nak kumpul wat beli gitar kapok kat kedai alat muzik nilai selangor hajjah lops..sampai skrg gitar tu msh elok den bawak balik ke tanah jawu ni..panjang pulak ot den..tapi kat jawu borneo ni den dah jarang dah minum..skrg lagi sedap layan kopi o kosong takdak gula cap kapal terbang yitfoh tenom..lagi kuat power dia dari segala redbull n 3in1 tu..