View: 4227|Reply: 25
|
Harith Zazman Tak Takut Peminat Lari Lepas Berkahwin
[Copy link]
|
|
Golongan selebriti sering kali dimomokkan dengan kata-kata peminat dan penyokong akan 'lari' selepas mereka berkahwin.
Namun, itu semua adalah kerja Tuhan dan tidak ada sesiapa mampu mengandaikan sekiranya perkara itu benar-benar menjadi umpama satu 'sumpahan' atau sekadar kata-kata kosong.
Bagi penyanyi, Harith Zazman, 27, dia juga tidak menafikan pernah berdepan kata-kata sebegitu. Namun, hatinya kuat mempertahankan bahawa rezeki adalah daripada Allah.
Foto: IG
"Saya pernah dengar juga kata-kata itu. Saya sentiasa percaya bahawa rezeki seseorang itu datangnya daripada Allah. Seandainya apa yang diperkatakan itu benar berlaku, saya terima seadanya.
"Saya tegaskan, kehadiran saya dalam industri muzik adalah untuk menonjolkan karya saya. Seni muzik saya. Kalau orang suka, terima kasih. Seandainya ada yang tak suka, tak mengapa," katanya.
Berkongsi mengenai kehidupannya selepas bertukar status menjadi suami kepada pasangannya, Nuramalina Ghakashah, Harith mengakui kehidupannya kini lebih bahagia.
"Kehidupan saya sekarang sangat bahagia dan menyeronokkan. Saya rasa ada banyak perkara baharu yang dapat saya belajar bersama isteri saya.
"Kami saling belajar mengenai bagaimana untuk saling melengkapi antara satu sama lain dan cuba menjadi pasangan yang terbaik buat diri masing-masing. Selain itu, saya juga banyak merujuk kepada ibu bapa kami mengenai ilmu dalam rumah tangga," katanya.
Ditanya mengenai cahaya mata, pasangan ini belum merancang mengenainya.
"Setakat ini, kami pun belum merancang apa-apa mengenai kehadiran cahaya mata dan sebagainya memandangkan kami pun baharu sebulan berumah tangga," katanya.
Terbaharu, Harith bakal hadir dengan single solo pertamanya berjudul Shut Up.
"Jika sebelum ini, saya dikenali menerusi lagu Cute nyanyian bersama Loca B dan MFMF, jadi kali ini saya nak sajikan satu sisi berbeza yang lebih 'garang'.
"Mungkin muziknya masih mengekalkan identiti muzik saya, tapi akan ada kelainan yang bakal ditampilkan.
"Insya-Allah, 1 Oktober ini video lirik lagu Shut Up dilancarkan secara rasmi dan selepas itu, baru kami akan hasilkan video muzik dan sekali lagi tampilkan isteri saya sebagai model," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmmm... mcm tak berapa kenal..
next |
|
|
|
|
|
|
|
Yaawwwwwnnnnnn
Irrelevant. Next |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum ko kawin pun, ramai sangat ke peminat ko? |
|
|
|
|
|
|
|
ada peminat ke pon in the first place? setakat lagu sampah you mmg sangat liuk tu pasti pendengar malu nak mengaku secara terbuka minat lagu tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by slyfynx at 29-9-2021 10:53 AM
Jap, ade peminat ke, nk lari pun?
Siapa beliau ni?
Edit : Oh, penyanyi lagu sampah cute tu ke?
Lagu kedua katenye shut up. Leh je nyanyi depan cermin. Suh diri sendiri shut up
|
|
|
|
|
|
|
|
sorry dik.. lagu ko tu,sikit pun xminat nak dengar.. geli hakuu{:nose |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm bnyk2 lagu,lagu ni paling geli aku dgr seumur idup |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa kau???? siapaa??? Keluarrrrr!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
kau siapa siakkkkk???
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada peminat ke sebelum ni? Orang tak heran pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak..skang ni kau ade peminat ke tak?
Majoriti tak kenal kau dik oiii!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Nak lari ke mana dik.
Kenal ko pun tak
|
|
|
|
|
|
|
|
whoayusss
ader peminat ke ko dik |
|
|
|
|
|
|
|
Memanglah peminat tak lari sbb peminat pon tak wujud |
|
|
|
|
|
|
| |
|