Penampilan penyanyi, Fieya Julia yang kini berhijab menjadi tumpuan dan penyanyi berasal dari Sarawak ini juga mempunyai sebab mengapa dia berhijab.
“Sebenarnya sebelum berhijab, Fieya selalu kemurungan, ada masalah dan rasa stres serta sedih tiba-tiba. Fieya rasa apa benda yang Fieya buat tak cukup.
Kredit foto: IG Fieya Julia
“Sebelum ini saya rasa banyak sangat gangguan dari segi macam-macam seperti tekanan bekerja. Bila tidak bertudung banyak perkara perlu dilakukan seperti nak kena dandan rambut la.
“Itu satu kebaikan juga bila berhijab tak perlu fikir itu semua. Fieya rasa sebelum ini ramai lelaki gatal yang DM (direct message), mereka ingat penampilan Fieya yang free hair tu mesti Fieya sporting.
“Dah nama orang gatal, kalau kita berhijab atau tak, bila mereka dah suka memang akan flirt juga.
“Fieya bersyukur sangat kerana mengambil keputusan untuk berhijab. Sebelum ini pernah berhijab tapi on off, sekarang kalau boleh nak kekal kerana selepas berhijab rasa lebih tenang saja. Sebenarnya dah lama ada niat untuk berhijab tapi over thinking,” katanya.
Ditanya sama ada dia akan memulakan perniagaan tudung selepas berhijab seperti yang dilakukan kebanyakan artis lain, jelas Fieya, dia belum terfikir lagi ke arah itu.
Jelasnya, sebelum bertudung, ramai yang memberinya tawaran untuk menjadi model produk tudung tetapi dia belum bersedia.
“Bila berhijab pun Fieya tak bersedia untuk jadi model mana-mana jenama tudung. Kalau sendiri berniaga mungkin ada perancangan.
"Sekarang ini banyak sangat artis jual tudung. Kalau Fieya ada bisnes nanti pun tak akan keluar produk tudung. Sejujurnya Fieya berhijab ini bukan sebab nak ada bisnes tapi nak ubah diri daripada sebelum ini,” katanya.
Sumber: Suara Merdeka |