Kanak-kanak berusia lapan tahun hampir botak selepas mencabut rambutnya sendiri kerana tertekan akibat pelaksanaan perintah berkurung Covid-19.
Amelia Mansie mula mencabut bulu matanya April lalu, selepas mengalami tekanan akibat perintah berkurung kali pertama.
Menurut ibunya, Jemma, selepas itu dia mula mencabut rambutnya sendiri, lapor Daily Mail.
Katanya, kanak-kanak itu bertindak sedemikian kerana tidak dapat bertemu rakan dan ahli keluarga lain seperti keadaan biasa.
Jelasnya, anaknya itu akhirnya didiagnosis dengan trikotilomania yang mempengaruhi seorang dari 50 orang pada satu-satu masa.
Individu yang mengalami gangguan tersebut mempunyai dorongan kuat untuk mencabut rambut mereka sendiri.
Gangguan itu mirip dengan gangguan obsesif kompulsif (OCD) yang berpunca akibat tekanan, kecemasan atau trauma.
Amelia kini hanya memiliki beberapa helai rambut panjang di bahagian belakang kepalanya.
Amelia sebelum mula mencabut rambutnya
Disebabkan itu, dia terpaksa memakai rambut palsu ketika keluar rumah.
Sumber: Utusan |