Saat belum wujudnya kecanggihan teknologi Internet sehingga ada penstriman jalur lebar seperti sekarang, peminat hiburan terhibur menyaksikan siri kepolisan gerak khas arahan Datuk Yusof Haslam.
Biarpun didakwa skripnya menggunakan ayat baku serta tidak real, namun inilah yang menjadi identiti drama bersiri ini.
Malahan, ramai juga yang menghafal dialog yang dituturkan watak dan ianya membuatkan netizen terhibur.
Foto : Twitter
Bagi netizen, ianya adalah hiburan di kala mereka masih bersekolah atau pun ketika masa muda. Jadi, ianya mengimbas kembali kenangan.
Foto : FB
Biarpun sudah tamat tetapi Yusoff turut memberi klu bahawa jenama Gerak Khas masih relevan, netizen turut mencadangkan agar diubah sedikit konsep seperti ada polis baik dan polis jahat demi memberi warna pada drama ini.
Apa kenangan anda dengan Gerak Khas? - CARI
|