View: 1387|Reply: 0
|
Sungai Tercemar Dengan Dadah Pengunjung Festival Muzik Kencing Merata
[Copy link]
|
|
Satu kajian mendapati tindakan pengunjung sebuah acara festival muzik di Somerset, England yang membuang air kecil merata-rata sepanjang festival itu berpotensi membahayakan hidupan liar di kawasan sekitar, lapor stesen penyiaran CNN semalam.
Kumpulan penyelidik dari Universiti Bangor mengenal pasti kandungan kokain dan metil enedioxymetamfetamin (MDMA) yang tinggi di Sungai Whitelake yang mengalir melalui Ladang Worthy, di mana cara Festival Glastonbury kebiasaannya diadakan dengan lebih 200,000 pengunjung.
Kajian mendapati, kepekatan dadah yang ditemui bertambah empat kali ganda selepas festival pada 2019, di mana kepekatan kokain mencapai tahap yang sebelum ini memberikan kesan kepada kitaran hidup belut Eropah yang diancam kepupusan.
Kredit foto: KTVZ
Profesor Sains Tanah Lempab di Universiti Bangor yang juga merupakan ketua penyelidik, Christian Dunn berkata, kadar dadah terlarang adalah cukup tinggi untuk diklasifikasikan sebagai memusnahkan persekitaran.
Menurutnya, kenaikan kadar dadah itu berpunca daripada sikap pengunjung festival terbabit yang berlaku lebih pantas dalam cuaca panas.
“Ini telah menguatkan lagi fakta bahawa menghentikan pembuangan air kencing secara terbuka amat penting.
“Ia bukan hanya untuk bahan tercemar tradisional tetapi juga untuk bahan tercemar sebegini,” kata Dunn.
Meskipun memuji kerja keras yang dilakukan oleh penganjur festival dalam menangani isu pembuangan air kecil secara terbuka, Dunn berkata, perlunya penyelidikan lanjut bagi mengenal pasti kesan dadah terlarang terhadap ekosistem.
“Kita perlu menunjukkan bahaya dadah ini kepada orang awam dan pengunjung festival serta memberitahu mereka bahawa ini adalah penyebab mengapa mereka tidak sepatutnya membuang air kecil di tempat awam,” katanya.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
| |
|