View: 1909|Reply: 7
|
Anak Monyet Dirantai, Dijual Terbuka Di Pasar Basah
[Copy link]
|
|
Jakarta- Pihak berkuasa Indonesia digesa untuk campur tangan selepas terdapat laporan bahawa sebilangan besar anak monyet ditemui dirantai pada leher dan dijual di pasar basah di Bali, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Jaringan Bantuan Haiwan Jakarta (JAAN) menegaskan, organisasi itu mendesak tindakan untuk menentang ‘jenayah hidupan liar yang serius’ kerana monyet berekor panjang yang dibawa dari pulau Sumatera itu telah dijual secara terbuka setiap bulan di Pasar Burung Satria, Denpasar.
Spesies tersebut diklasifikasikan sebagai spesies berisiko di peringkat antarabangsa dan belum mendapat perlindungan di Indonesia.
Organisasi itu mendakwa bahawa ramai pelancong dan pelanggan membeli monyet-monyet itu kerana kasihan, namun tidak mengetahui cara yang betul untuk memberikan rawatan kepada haiwan-haiwan tersebut.
Foto: JAAN
“Di Bali, kami melihat sebilangan besar haiwan primat dijual secara terbuka di Pasar Burung Satria.
“Semua laporan kami kepada pihak berkuasa yang meminta campur tangan tidak mendapat sebarang balasan,” demikian kata kenyataan yang dikeluarkan JAAN.
Sementara itu, Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) Badan Pemuliharaan Alam Sekitar Indonesia berkata, pihaknya berdepan kesukaran untuk mengawal aktiviti penjualan anak-anak monyet tersebut kerana spesies itu adalah kecil, jinak dan mudah disembunyikan.
“Individu yang melakukan perdagangan haiwan liar ini hanya boleh dituduh atas kesalahan penganiayaan haiwan di bawah Kod Jenayah (KUHP) bersama bukti yang jelas,” kata agensi itu.
Sejak dua bulan lalu, pihak berkuasa Indonesia telah merampas 36 ekor anak monyet yang sedang dibawa dari Jawa ke Bali. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Organisasi itu mendakwa bahawa ramai pelancong dan pelanggan membeli monyet-monyet itu kerana kasihan, namun tidak mengetahui cara yang betul untuk memberikan rawatan kepada haiwan-haiwan tersebut.
Beli disebabkan kesian ni menyebabkan bisnes ni akan jadi lebih laku and berterusan. |
|
|
|
|
|
|
|
monyet2 ni buat duit untuk golongan yg suka seksa haiwan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian harap tak ke tangan mereka yang tak bertanggungjawab menambah seksa buat mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Musti Frisk@ beli sekor tu |
|
|
|
|
|
|
|
ada terbaca org bunuh monyet sebab nak makan otaknya
|
|
|
|
|
|
|
|
kwn i sabahan ckp pernah mkn monyet masak kicap..sedap katanya..
sian la kalau beli pastu kena paksa panjat pokok kelapa |
|
|
|
|
|
|
| |
|