CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2010|Reply: 0

Jongkong emas Sepanyol Atocha yang tenggelam pada tahun 1622

[Copy link]
Post time 30-9-2021 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Jongkong emas yang dikeluarkan dari kapal harta karun Sepanyol Atocha yang tenggelam pada tahun 1622.

Dilaporkan oleh All That Is Interesting, Nuestra Senora de Atocha atau lebih dikenali sebagai Atocha adalah kapal armada Sepanyol yang tenggelam dengan harta karun terbesar dalam sejarah maritim.  

Pada tahun 2014, Guinness Book of World Records menetapkan Atocha sebagai kapal karam paling berharga yang pernah dijumpai.  Bangkai kapal tersebut dipercayai menyimpan sekitar 40 tan emas, perak dan 32 kilogram zamrud.  Selain emas dan permata, kapal Atocha berlayar dengan muatan tembaga, tembakau, dan serbuk pewarna biru indigo yang pada masa itu dianggap sebagai barang berharga.

Atocha dibina atas perintah Raja Philip IV pada tahun 1620. Sebelum tenggelam dalam badai dahsyat pada tahun 1622, kapal tersebut melakukan perjalanan ke pelabuhan milik Sepanyol , Porto Bello dan Cartagena untuk mengumpulkan muatan yang tak terhingga nilainya. Kapal tersebut belayar di lautan selama setahun, melakukan perjalanan dari dari Sepanyol ke Caribbean.



Pada tanggal 6 September 1622, Atocha melakukan perjalanan dari Havana ke Sepanyol bersama kapal Santa Margarita, Nuestra Senora del Rosario, dan dua kapal lain yang lebih kecil. Ketiganya  dilanda ribut besar. Atocha megalami kerosakkan yang teruk.  Kapal itu karam bersama dengan seluruh muatannya dan ratusan anak kapal di lautan Key West.  Hanya 5 orang yang dicatatkan selamat dari bencana itu.

Selama bertahun-tahun, kerajaan Sepanyol mengirimkan kapal ekspedisi untuk mencari muatan berharga Atocha. Mereka berhasil menemukan bangkai kapal Santa Margarita dan sebahagian besar muatannya. Namun kapal  Atocha yang menyimpan harta paling berharga  masih belum diketahui jejaknya.

Misteri kehilangan bangkai kapal Atocha mula terungkap ketika pemburu harta karun profesional, Mel Fisher berjaya menemui harta karun bernilai $ 400 juta dari sisa-sisa kapal Atocha pada tahun 1985. Fisher dan pemerintah Florida, Amerika Syarikat berebut untuk tuntutan harta itu selama lapan tahun.  Pada akhirnya Fisher berjaya memenangi kes itu.

Pada tahun 2011, syarikat Mel Fisher sekali lagi menemui salah satu harta karun Atocha, sebentuk cincin zamrud bernilai $ 500,000.  Tetapi struktur kapal yang paling banyak menyimpan harta karun masih tersembunyi di dasar lautan.  Hingga hari ini, para pemburu harta karun masih mencari lokasi harta karun yang selebihnya.



Sumber:https://www.facebook.com


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.231500 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list