Post time 2-10-2021 09:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Purina replied at 1-10-2021 05:46 PM
Kalau rumah i mcm mana pulak ek..selalu dgr tengah malam rumah atas tarik perabot or tong gas kuat g ...
Aku pnh bc forum ni gak rasanya.bunyi tu sbnarnya dtg dr rmh kita sendiri walaupun kita dgr mcm dr atas.aku pn pnh kena mcm tu.heret perabot tak siap2 walaupun dh beberapa jam.geram aku nk call owner rmh.nasib x call.padahal rmh tu mmg ada org duduk dan diorang mmg x alih ape2 pun.mmg x logik pun klu diorang alih sbb diorang budak2 bujang ja.ape sgt la brg diorang ade.dh tu tgh2 mlm mcm pkl 2,3 pg gitu.mmg x logik
Post time 2-10-2021 10:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku pn nk share gak tp x seram la sgt.citer ni wktu skolah rendah lg.klu bebudak zaman tu kan diorang ade main mcm2 kan.contohnya musim main badminton semua main badmnton,musim guli semua main guli.pastu masa tu musim main batu seremban plk.biasa la main kat beranda rmh.rmh papan gitu.ada satu hari tu lps main smpan tpt biasa (luar rmh).skali mlm tu ade plk yg main batu tu.lama okey dia msin.mmg mcm manusia main tp xde suara la.smpai skrg aku teringat lg.
Sorry x seram,x pandai nk olah crita mcm damerung
Post time 4-10-2021 02:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku takut hantu bila dekat Malaysia je hehe. Dekat tempat aku sekarang ni, rumah sebelah church and kubur lama tapi tak takut pulak, siap bawak anak pergi bergambar dekat kubur sebab sekarang musim bunga, cantik cantik atas kubur haha
Cerita masa aku jadi tour leader, bawa group matsaleh travel southeast Asia. Masa kami dekat Cameron Highlands, ada program night trekking dekat hutan mana entah. Boleh tetiba dengar suara merdu nyanyi tengah hutan, tapi aku je yang dengar. Group tu tak dengar pun.
Balik hotel dalam pukul 9.30malam, aku rasa macam ada benda ikut. Aku pulak duduk bilik tour guide, kat hujung block(selalu nya bilik tour guide bilik berhantu). Sebelum aku menapak ke bilik, aku singgah bar, order vodka neat then bawa go bilik.
Pastu sampai bilik aku cakap, jangan kacau aku. Banyak lagi hari aku nk kena survive bawa malaun ni sampai akhir destinasi, Singapore. Vodka tu untuk hang. Pegi main jauh jauh.
Aku tak sanggup nak mandi malam sebab sejuk (kalau ikut hati nak mandi la lepas balik hutan). Pastu aku amek bantal, tutup muka and tidur and ready to continue trip the next day Koh koh koh
Post time 5-10-2021 05:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Memandangkan aku x boleh tido.. Aku nak citer...
Semua org tau.. Aku selalu ternampak makhluk tak guna tu dan biasa rumah aku dok mesti ada benda pelik2..
Kali pertama mai rumah anak opah.. Aku dah nampak benda pelik.. Cuma aku ingatkan tu la org tua yg aku diupah utk jaga..rupanya bukan... Masa mula2 aku dah ckp kat anak opah..yg opah ada gangguan.. Tapi biasa la depa nafikan (masa tu depa takut aku x mo kerja)
Waktu siang ok... Cuma waktu mlm.. Aku suka bangun pukul 1-2 am utk minum air... Masa aku minum tu.. Dari ekor mata aku nampak benda tu lalu lalang.. Aku lantakkan saja.. Janji x kacau aku dan opah...
Kira2 4 bulan (lepas posa jadi) opah mengamuk.. Dia nak balik tgh2 mlm.. Tak tau nak balik mana.. Dan masa tu la.. Anak dan cucu opah bgtau depa kena ganggu... Opah pulak.. Dia takut dok seorg.. Kalau aku ckp nak mandi dia akan tanya brp lama.. Dan x suka dengar org mengaji al quran.. Mcm biasa.. Aku buka rukyah dan ada ustaz dijemput dtg utk pagar lain rumah ni.
Selepas selesai sesi tu....opah ok 2-3 minggu... Tenang.. Tapi selepas tu dia buat perangai balik.. Cuma bezanya kali ni.. Bila dia buat perangai.. Aku cabar nak tgk apa yg menganggu.. Opah akan dok diam dan mlm tu lena.. 3-4 minggu lepas.. Opah buat perangai lagi teruk.. Dia nak keluar tgh2 mlm.. Dia cari alasan nak bergaduh dan menjerit...dan opkos x mo mandi (benda tu benci kot aku sbb aku bagi mandi opah dgn air sejuk) bila aku paksa juga dia mandi.. Opah tanya aku dgn smirk.. Aku pernah ka jumpa hantu ? Aku mcm biasa jawab merepek.. Kali ketiga aku nampak dah yg tanya tu bukan opah.. Jadi aku ckp.. Pernah.. Dan pelindung aku adalah Allah swt.. Terus opah diam...
Fast forward.. Khamis mlm Jumaat baru ni.. Aku nak terlelap.. Masa dlm keadaan lelap.. Aku betul2 rasa org kat belakang aku.. Bgn check x ada.. Bila aku terlelap lagi sekali.. Aku betul2 rasa kuku panjang cekak tengkuk aku... Terkejut aku.. Dan tindakan refleks aku adalah aku sikukan.. Opkos la kena angin.. Jadi aku malas nak fikir banyak.. Aku buka mp4 al baqarah dsn tido.. Cuma kejap2 aku akan terjaga.. Sbb aku boleh rasa something yg kat luar tingkap cari jln nak masuk.. Esk pagi lepas siap bagi opah segak dan makan.. Aku sembang2 dgn cucu dan anak opah.. Sekali depa juga kena kacau mlm tu.. ..
Skrg rumah ada bau busuk.. Kalau ikut aku buat kat dapur rumah arwah tok Sharifah dulu.. Aku mop dgn air panas + cuka.
Oh.. Anak opah ada klinik sendiri.. Aku lalu klinik depa masa nak ke mana entah.. Mmg nampak dilindungi, mcm ada benda besar dok lindung klinik tu.. So aku ada chit chat tanya napa klinik mcm kena tutup.. Baru la aku tau yg rupanya klinik depa kena buatan org... Aku rasa yg ganggu opah adalah yg dihantar.. Sebab opah paling lemah...
Mlm ni aku x tido sbb dok tgg benda apa yg dok kacau opah sangat