Drama Korea Squid Game berada di landasan tepat untuk menjadi kandungan paling popular di Netflix ketika ini.
Bagaimanapun, drama siri mengandungi sembilan episod itu dijangka tidak akan disambung lagi selepas ini kerana penulis dan pengarahnya, Hwang Dong-hyuk berkata, dia tidak bersedia dari segi mental untuk mencipta sekuel drama berkenaan.
Kredit foto: IMDb
Hwang yang terkenal sebagai pengarah bagi filem hebat seperti My Father (2007) dan Silenced (2011) berkata, dia mengambil masa enam bulan untuk menulis dan menulis semula dua episod pertama Squid Game.
Katanya dalam satu temu bual dengan majalah Variety, dia tiada perancangan kukuh untuk Squid Game 2.
“Memikirkan tentangnya sahaja, sudah cukup memenatkan.
“Tetapi, sekiranya saya mahu melakukannya, pastinya saya tidak akan melakukannya seorang diri. Saya akan mempertimbangkan untuk menggunakan ruang penulis dan beberapa pengarah berpengalaman untuk menjayakannya,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Netflix, Ted Sarandos berkata, Squid Game mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi kandungan paling popular yang dimiliki platform penstriman atas talian itu.
Ketika ini, Squid Game adalah kandungan bukan berbahasa Inggeris paling popular di dunia mengalahkan siri aksi jenayah Sepanyol, Money Heist dan siri dari Perancis, Lupin.
Post time 1-10-2021 03:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
overhype sgt la. ak tgk gitu2 je fast forward. x sesuai dgn jiwa ak. sbb dia hukum org yg salah dia x salah besar mana (mcm Ali, yg lain tu jenis hutang2). pastu ada scene investor omputih pki topeng2 haiwan. ala menyampahnye la. mcm seronok tgk org mati. euw, dhla boroi2.
Post time 1-10-2021 03:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Overhype sbb crita ni dri SKorea, sbb tu smua org minat. Cubalh jln crita sma tpi produce dri negeri lain, msti org x pandang sngt. Pstu dlm crita ni ada Gong Yoo, so mkin lh ramai yg brpusu2 nak tngok. Kat Brunei ni pun sma, rmai yg jump into bandwagon.
Post time 1-10-2021 07:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
KamikuP replied at 1-10-2021 04:33 PM
jADI SAPA yg menang meolls tak tengok lagi.. takpe citer je sini me dont mind
meh aku cite. peserta 456 menang tapi dia tak belanja duit tu, sanggup hidup macam gelandangan. bila sampai masa dia nak belanja duit dia, dia gi warnakan rambut dia merah ang2
Post time 1-10-2021 09:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bila ramai duk share cite ni dekat socmed, so aku jenguk kat utube nk tgk trailer je. Terjumpa channel bale movie ke apa. Tengok kat situ je ulasan ep1-akhir. Xpayah susah2 buang masa. Haha. Bagi aku tak tengok pun takpe. Lebih kurang movie jepun friend game, ni pun tak abis tengok, meleret2..
Post time 2-10-2021 04:57 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Iol tunggu bila demam SK ni nak dies down...
Tapi iol rasa demam SK ni paling lama
Dari zaman Winter sonata kot
Kalau zaman2 Jdrama ke telenovela ke sinetron
Selalu hangatnya tak lama.
Post time 2-10-2021 04:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sambaldurian: overhype sgt la. ak tgk gitu2 je fast forward. x sesuai dgn jiwa ak. sbb dia hukum org yg salah dia x salah besar mana (mcm Ali, yg lain tu jenis huta ...
Setuju. Aku masa 1st episode lagi dah rasa citer ni cam ntah hape2. Masa yg game green light, red light tu, boleh plak ditembaknya orang2 yg bergerak pas red light. Org2 tu just participate dlm game tu je (sbb byk utang), bukan utk survival mcm hunger games tu, so tak nampak keperluan nak buat jalan cerita dia sampai nak tembak2 mati gitu.
Ni aku baru tgk bbrp episod je ni, mcm x de motivasi nak sambung tengok dah
Post time 3-10-2021 07:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku tgk sampai habis dan aku rasa best. Lagi pun episode 2 tunjuk participants undi, keluar daripada game, game stop dan masuk balik game sebab desakan hidup kat luar.
Games tak ganas, yg ganas tu denda. Hidup kat luar pun jadi buruan polis, di ugut lintah darat, duit xde sebab boss xnk bayar gaji, nak keluarkan emak dari North Korea and so on. So, fair la untuk 45.6 billion korean won. My two cents je dan benda ni drama, jadi pada aku tak yah la nk realistic sangat.
aku pun penat jugak dgn reputs cari nan bodoh tahap gaban ni. dok spam thread wayang dengan DRAMA BERSIRI. nak remove tak boleh, so terimalah cacian makian dari aku selaku mod wayang ni.