Selepas kerap disebut (tag) seorang pengguna media sosial di laman Instagram pada akaun anak pelakon veteran Normah Damanhuri yang dikenali sebagai Kak KM, Pencetus Ummah(PU) Syed meluahkan dirinya sudah puas menasihati wanita tersebut dan kini hanya mampu berdoa buatnya.
Kredit foto: IG PU Syed/Kak KM
Kontroversi mengenai Kak KM atau nama sebenanya Liana Rosli sudah tidak asing lagi di Malaysia dengan penampilannya yang seksi sering menjadi bualan hangat apatah lagi usahawan tersebut kini sarat berbadan dua.
Untuk rekod, ramai pihak sudah menegur dan menasihatinya termasuklah pendakwah terkenal ini, namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil.
PU Syed juga meluahkan, seharusnya suami dan ahli keluarga terdekat wajib menegur dan menasihati wanita tersebut agar dapat menutup aurat dari tatapan umum.
Selain itu, PU Syed turut menyentuh soal perniagaannya di mana jika perniagaan yang dijalankan dengan cara berdosa pasti akan memiliki rezeki yang tidak berkat.
Menyentuh soal pemakaian seksi Kak KM, pendakwah bebas ini berkongsi cadangan kepada pihak berwajib agar menguatkuasakan pemakaian patuh syariat kepada semua umat Islam di Malaysia.
Ini adalah kerana di Malaysia, dosa mendedahkan aurat dirasakan ‘normal’ dalam diri masyarakat Muslim dan disifatkan menormalisasikan dosa seperti ini sangat merbahaya.
Melihat hantaran pendakwah tersebut di Instagram, ramai bersetuju dengan pandangan PU Syed agar kerajaan dapat menggubal semula undang-undang dan menguatkuasakan pemakaian patuh syariat di hadapan umum.
Sumber: Murai
|