CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8670|Reply: 52

Faizal Hussein Tak Kecoh Kalau Dapat ‘Offer’ Gaji Ciput,- "Tak Setuju Janga

[Copy link]
Post time 5-10-2021 09:00 AM | Show all posts |Read mode
Isu bayaran rendah dan tidak setimpal kepada pelakon senior bukan perkara baharu dalam industri hiburan tempatan.


Walaupun ramai yang bersuara tentang wujudnya diskriminasi perbezaan bayaran antara pelakon veteran dan baharu, namun ada juga yang memilih untuk hanya berdiam diri.


Bagi aktor senior seperti Faizal Hussein, 54, dia berpendapat seseorang anak seni itu harus menjaga maruah dan kredibiliti sebagai pelakon tanpa perlu menghebahkan kepada umum tentang nilai sesuatu kerja yang ditawarkan.




Foto: IG


"Sebenarnya andai seseorang pelakon tu ditawarkan bayaran murah dan dia tak nak buat, dia tak perlu bercakap dekat sosial media atau khalayak ramai. Kita tak seharusnya beritahu orang kita dibayar murah.


"Saya pernah di blacklist oleh stesen televisyen selama 20 tahun, perkara tu memang dah biasa. Ketika di peringkat tu saya tak pernah pun beritahu akhbar (wartawan) yang saya tak ada job dengan stesen berkenaan.


"Hakikatnya kalau saya di blacklist oleh stesen itu, bukan bermaksud saya tak laku dekat stesen lain. Stesen lain menghargai saya dan saya percaya rezeki tu ada di mana-mana,” katanya.




  



Faizal berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang disiarkan menerusi Facebook live.


Selain Faizal, rancangan yang membincangkan tentang isu nasib pelakon veteran itu turut menampilkan pelakon dan pengarah Erma Fatima, pengarah Rashid Sibir dan penerbit Fadzil Teh sebagai ahli panel.


Perbincangan menerusi topik Veteran: Emas Tak Berharga itu dikendalikan pengacara terkenal, Awal Ashaari.




  



Tambah Faizal yang menjadikan bidang seni sebagi mata pencarian utama, dia akan memastikan setiap bayaran yang diterima itu berbaloi dengan kemampuan dan kredibilitinya.


"Saya memang details sikit dalam memilih naskhah dan isu bayaran. Kalau saya tak setuju dengan bayaran tu saya tak akan buat projek berkenaan.


"Saya memang cari nafkah dengan lakonan sahaja jadi sudah tentunya saya akan memastikan bayaran yang diterima berbaloi," katanya.


"Tapi sebenarnya isu bayaran pun bergantung kepada situasi, kalau kawan saya Rashid Sibir telefon dan buat tawaran berapa pun saya terima je sebab dah kenal lama," katanya.


  



Sementara itu berhubung trend semasa stesen televisyen yang gemar memilih pelakon baharu dalam kalangan bintang media sosial dengan jutaan pengikut, Faizal berkata dia memahami perubahan berkenaan.


Namun kata Faizal, pada akhirnya bakat yang dimiliki oleh seseorang pelakon untuk menggalas sesuatu watak itu menjadi perhatian penonton.




  



"Mungkin stesen TV dalam peringkat eksperimen untuk mencuba sama ada mereka ni boleh menarik penonton semasa drama tu ditayangkan ataupun tidak.


"Tetapi saya berpendapat bakat adalah lebih penting daripada jumlah followers.


"Ini kerana apabila drama tu ditayangkan, penonton akan menonton jika naskhah berkenaan betul-betul sesuai dengan cara lakonan pelakon," katanya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2021 09:54 AM | Show all posts
Sangat Setuju..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 10:04 AM | Show all posts
totally agreed......
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Heols pernah kne blacklist Ngan stsen tv mne tu?tpi heols rase mcm x pernah dengar ade buat masalah .
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 10:47 AM | Show all posts
Mawar91 replied at 5-10-2021 10:19 AM
Heols pernah kne blacklist Ngan stsen tv mne tu?tpi heols rase mcm x pernah dengar ade buat masalah  ...

haaa stesen mana tu ye? & time bila tu? tak pernah dengar pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
sunshinelady replied at 5-10-2021 10:47 AM
haaa stesen mana tu ye? & time bila tu? tak pernah dengar pulak.

Tula meols agak thun 2010 - an kot Sebb nmpk mcm heols kurg berlakon.mcm pernah terbaca kat IG sepitsiput
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2021 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Mawar91 replied at 5-10-2021 10:19 AM
Heols pernah kne blacklist Ngan stsen tv mne tu?tpi heols rase mcm x pernah dengar ade buat masalah  ...

Bukan buat masalah.. Sebab tolak tawaran kerna bayaran rendah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 11:15 AM | Show all posts
good job bang... jwpn yg diberikan bernas dan cool.. very the chill
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2021 11:18 AM | Show all posts
Betui la tu.. bayaran ciput pangkahkan ajer produksi cheapskate tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 11:20 AM | Show all posts
Mawar91 replied at 5-10-2021 11:08 AM
Tula meols agak thun 2010 - an kot Sebb nmpk mcm heols kurg berlakon.mcm pernah terbaca kat IG sep ...

OT jap, tokpit dah lama tak update kat ig. Meolls dm pun x berjawab. Ok ke dia?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 11:27 AM | Show all posts
Bagus mentaliti dia ni.  Sangat professional.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni yg tak mau berlakon watak bapak..anak dah besar kan? Eizlan lg muda dia ni..ok je pegang watak bapak anak besar..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 5-10-2021 11:20 AM
OT jap, tokpit dah lama tak update kat ig. Meolls dm pun x berjawab. Ok ke dia?

X tau la ape Cite sepitsiput tu.Ala kekadang meols dm pon heols x reply
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia belakon best. Antara yg nampak real. Ai minat sgt. Kontroversi pun takde..
Sayang dulu kena gam jab sbb bersuara pasal bayaran je. Learn the lesson kot... Sekarang nampak berhati2 dia bg statement
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak.dolla replied at 5-10-2021 11:33 AM
Dia ni yg tak mau berlakon watak bapak..anak dah besar kan? Eizlan lg muda dia ni..ok je pegang wata ...

Ya sbb nanti job seterusnya pun watak bapak2 je. No more hero. Kalau watak bapak tu watak hero jugak takpe. Mcm Karma Abah. Ada je watak bapak2 yg di ambil tapi i lupe
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 5-10-2021 12:00 PM
Dia belakon best. Antara yg nampak real. Ai minat sgt. Kontroversi pun takde..
Sayang dulu kena gam ...

Ye. I pun suke je dengan dia ni. Buat hal sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2021 12:25 PM | Show all posts
Bagusla FH jenis tak heboh2...setuju dgn beliau...dapat offer ciput bolayan jer...tak perlu bising2 canang pada org ramai, jaga ekslusiviti.

Btw, comel dan hensem anak2nya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 12:32 PM | Show all posts
Pak.dolla replied at 5-10-2021 11:33 AM
Dia ni yg tak mau berlakon watak bapak..anak dah besar kan? Eizlan lg muda dia ni..ok je pegang wata ...

eizlan takleh jadi leading hero dah..
bang faizal masih mampu pull the crowd...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 12:34 PM | Show all posts
setuju dgn heols... tak yah sentap & heboh kalau tawaran ciput.. tak nak tak yah ambik
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 01:09 PM | Show all posts
org lama ... still got class ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 1.322299 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list