Ibu bapa kanak-kanak lelaki yang tular kerana mempunyai 19 perkataan dalam namanya menulis surat terbuka kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) ekoran kegagalan mereka mendapatkan sijil lahir buat kanak-kanak itu, lapor Suara.com.
Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi – Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta sebelum ini pernah tular selepas dilahirkan pada 6 Januari 2019 kerana mempunyai nama yang panjang.
Kredit foto: TribunNews
Bagaimanapun, meskipun kini berusia hampir tiga tahun, kanak-kanak itu dilaporkan tidak mempunyai sijil lahir kerana permohonan ibu bapanya untuk mendaftarkan namanya ditolak atas sebab terlalu panjang.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram akaun @memomedsos, ibu bapa kanak-kanak tersebut menulis surat terbuka untuk Jokowi bagi membantu menyelesaikan masalah mereka.
Selain mengadu bahawa nama kanak-kanak itu sering dijadikan bahan jenaka, mereka turut meminta agar Jokowi dapat menguruskan hal berkaitan sijil lahir.
“Mungkin bagi sesetengah orang yang tidak faham maksud sesuatu nama, nama anak kami dijadikan bahan ejekan dan jenaka.
“Jika di daerah ini kami gagal mendaftarkan nama anak ini, kami berharap agar Presiden Jokowi dapat membantu menjadikan nama itu sah di negara Indonesia,” ujar bapa kanak-kanak tersebut.
Hantaran itu menjadi tular dengan ramai netizen mengetengahkan pendapat masing-masing mengenai isu tersebut.
IG: Info Tuban
“Anda yang memberikan nama yang panjang kepadanya, sekarang Presiden yang perlu selesaikan. Waras atau tidak?” kata seorang netizen.
“Memang benar bahawa nama adalah satu doa, bahkan setiap kata-kata juga merupakan doa. Namun, apa yang perlu ditekankan di sini adalah sesuatu yang berlebihan pun tidak bagus,” kata seorang lagi.
Post time 6-10-2021 05:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Selagi tak daftar, maknanya anaknya tu juga belum rasmi guna nama tu. Jalan yg senang dia tukar je Nama yg pendek, tapi dia pilih jalan Yang panjangggg sepanjang 3 tahun tak boleh selesai lagi. Keras kepala, selfish, pastu nak main blame game... Bluerghh
Post time 6-10-2021 05:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Nama kami Datuk Laksamana Megat Padang Jarak Padang Terkukur Putra Sangkuriang Prabu Sakti Ratna Galuh Chandra Kirana hakkkturrrrr keturunan Ayam Belanda
dia mementingkan maksud nama sehingga menyusahkan pendaftaran anak, dah jd bahan ejekan, menyusahkan presiden, menimbulkan perdebatan, menyusahkan dirinya dan keluarga dia sendiri... maksud apa sebenarnya sehingga sangup menyusahkan satu negara indonesia, hebat sangatkah untuk negara indonesia... ada kekuatan macam iron man kah spiderman kah nanti.. barangkali juga anak ini nanti adalah ratu adil yang dinanti-nantikan oleh ramai rakyat indonesia untuk memimpin mereka dizaman moden... tak faham aku knp bapak dia sangup buat mcm ni sebab itu setakat ini aku rasa tindakan dia adalah bodoh dan sungguh selfish
Post time 6-10-2021 05:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Negara ko ni tak dak undang2 cuma 4 nama ja bulih pakai ka? Menyusahkan orang betul. Anak orang lain dah menjawab exam, anak ko masih terkial menulis nama. Ni nnamanya menyusahkan org
Post time 6-10-2021 08:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
darkness replied at 6-10-2021 05:19 PM
Negara ko ni tak dak undang2 cuma 4 nama ja bulih pakai ka? Menyusahkan orang betul. Anak orang lain ...
Dh tu pula ada pasangan retis sana letak nama anak dgn number plng. Air Rumi Akbar 1453.. dah sah la xde udang letak nama.. walaupun ngaku negara mereka negara hukum
Post time 6-10-2021 09:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kesian ko dikk dapat mak pak bengap. Sebab mak pak ko laa nanti ko kena ejek sebab nama. Pasty menyushkan org pulak nak daftar xboleh2. Padahal.blh jerr kot tukar nama yang lebih pendek