Polis menahan lelaki dipercayai mengalami tekanan perasaan selepas didapati mengamuk dengan melibas sebilah parang kepada orang awam di dalam sebuah bangunan di Jalan Hospital, Kota Bharu, semalam.
Tindakan agresif suspek berusia 55 tahun dan berasal dari Bachok itu berjaya dihentikan selepas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyembur pancutan air pada pukul 12 tengah hari.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, kejadian disedari orang awam selepas melihat suspek melibas sebilah parang.
Lokasi seorang lelaki yang mengamuk dan melibas sebilah parang di tempat awam di Jalan Hospital, Kota Bharu semalam.
FOTO MEDIA SOSIAL
Menurutnya, orang awam yang bimbang menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Semburan air bomba itu berjaya menghentikan suspek daripada terus mengamuk di situ, namun lelaki tersebut mengalami kecederaan pada bahagian mata kiri akibat terkena pancutan air.
“Suspek kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sumber: Kosmo |