View: 3266|Reply: 12
|
Predator Seks Cabul 2 Kanak-kanak 12 Tahun Lepas Sekolah Ditembak
[Copy link]
|
|
Polis menembak lelaki berusia 35 tahun di kakinya selepas mencabul dua kanak-kanak berusia 12 tahun dengan kekerasan di Demak, Jawa Tengah.
Detik melaporkan, jenayah predator seks itu dilakukan secara terancang dengan mengekori mangsa yang pulang dari sekolah.
Kredit foto: Detik
“Penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur disertai dengan keganasan,” kata Ketua Polis Daerah Demak, Budi Adhy Buono.
Menurut Budi, ada mangsa yang dicekik dan setelah itu telefon bimbit mereka diambil daripada mangsa.
Katanya, tindakan suspek yang berasal dari Sayung, Demak, dilakukan di dua lokasi berbeza iaitu di sawah dan ladang jagung.
Kejadian pertama pada pada 24 September dan yang kedua pada 1 Oktober lalu.
Cara pelaku adalah mengejar mangsa selepas sekolah dan menawarkan untuk membawanya pulang.
Setelah itu, pelaku membawa mangsa hingga tiba di kawasan sawah dan ladang jagung, kemudian melakukan tindakan buruk itu.
“(Mangsa pertama) diancam, dicekik dari belakang setelah dibaringkan. Sementara itu, pada 1 Oktober, mangsa ditoreh dan ditolak hingga jatuh, kemudian suspek melakukan persetubuhan,” kata Budi.
Selain itu, pelaku juga mengancam akan membunuh mangsa sekiranya dia memberitahu kejadian itu.
“Sebelum mengambil tindakan, suspek memukul tangan dan kaki mangsa bersama-sama wajah dan mulut mangsa,” tambahnya.
Budi menambah bahawa pihaknya mendapat maklumat daripada orang ramai dan menjalankan siasatan.
Kredit foto: rie/JatengDaily
Pasukan polis akhirnya menangkap pelaku di Genuk, Kota Semarang.
“Ketika suspek cuba melawan, kami akhirnya memberikan tindakan tegas. Maksudnya, kami menembak kaki suspek,” katanya.
Polis juga memperoleh bukti, seperti sejumlah pakaian mangsa dan dua telefon bimbit mangsa.
“Ancaman hukuman adalah maksimum penjara seumur hidup atau hukuman mati, minimum 10 tahun penjara,” kata Budi.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Rasainnn lohhh
Sementara itu...di negara terpaling...predator seks bebas ke mana2 tanpa halangan |
|
|
|
|
|
|
|
Berat hukuman Indon bagi minimum 10 tahun atau mati atau seumur hidup
Sementara di sini 8 tahun je kes dera budak 2 tahun sampai mati |
|
|
|
|
|
|
|
Kat dunia lagi dah dpt balasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Rugi lah duk indo, lain kali stay satu negara nih, namanya rahsia, siap dapat scholarship lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Waduhhh salah sasaran
Lain kali tembak sistem terpenting |
|
|
|
|
|
|
|
tembak bebird dia, biar dia jadi sajat xde bebird...baru dia tau hilang nikmat dunia |
|
|
|
|
|
|
|
Napa tak tembak zakar dia je {:cryrun |
|
|
|
|
|
|
|
ReginaGeorge replied at 8-10-2021 11:53 AM
Napa tak tembak zakar dia je {:cryrun
Mereka nak dia diseksa di penjara. |
|
|
|
|
|
|
|
MenteriWanita replied at 7-10-2021 09:57 PM
Rugi lah duk indo, lain kali stay satu negara nih, namanya rahsia, siap dapat scholarship lagi.
alasan genius katanya kan |
|
|
|
|
|
|
|
imanjannah replied at 8-10-2021 12:42 PM
alasan genius katanya kan
Pensyarah yang gila2 bekap heols pun sesuatu sangat, 11 ribu foto kanak2 dalam keadaan mengaibkan, termasuk lain2 bukti, video, patung kanak2, siap ada laman web difek, jinius abah dia, jin setan ada lah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|