CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4160|Reply: 1

Ini kisah JELEBU

[Copy link]
Post time 8-10-2021 08:25 PM | Show all posts |Read mode



Jelebu adalah merupakan salah sebuah daerah yang ada di dalam Negeri Sembilan dan ia terdiri daripada lapan mukim iaitu Kuala Klawang, Hulu Triang, Kenaboi, Pertang, Peradong, Hilir Triang dan Gelami Lemi.

Jelebu adalah merupakan daerah yang ke dua terbesar selepas Jempol. Keadaan muka bumi di Jelebu kebanyakannya berbukit bukau terutama dikawasan sebelah utara yang merupakan unjuran penghujung Banjaran Titiwangsa.

Ramai yang melalui kawasan Jelebu ini tercari-cari dimanakah bandar Jelebu. Sebenarnya bandar Jelebu itu adalah di Kuala Klawang itu sendiri kerana Jelebu adalah nama daerah manakala pusat bandar bagi dearah Jelebu adalah Kuala Klawang.

Jadi, untuk mengelakkan kekeliruan ini berlaku terutamanya untuk orang luar yang melalui kawasan ini, kebanyakkan papan tanda yang menghala ke Jelebu akan ditulis Kuala Klawang (Jelebu).

Sebelum dikenali dengan nama Jelebu, satu ketika dahulu Jelebu dikenali dengan nama Sungai Lumut dan kemunculan nama Jelebu tidak dapat dipastikan bila dan bagaimana secara sahih.

Mengikut beberapa teori yang ada, ada penceritaan yang menyatakan bahawa nama Jelebu ini asalnya adalah nama seorang individu yang telah mati lemas di Sungai Teriang di kawasan tersebut.

Dalam catatan Persatuan Sejarah Jelebu ada mengatakan cerita khusus nama Jelebu berasal dari dua kisah yang diceritakan secara lisan sejak dari dahulu hingga ke hari ini.

Kisah Pertama – Pada suatu hari, Tok Batin Jelebu iaitu ketua suku kaum Asli yang mendiami kawasan sekitar Sungai Lumut yang sedang berkerja di ladangnya.



Setelah berasa penat, beliau mengajak isterinya berehat sambil melihat pokok labu yang mereka tanam tumbuh dengan subur. Apabila hari menjelang petang, isterinya mengajak Tok Jelebu pulang ke rumah.

Akan tetapi, Tok Jelebu menolak kerana beliau hendak mandi dahulu di Sungai Lumut. Maka Tok Batin Jelebu pun turun ke dalam Sungai Lumut untuk mandi dan membersihkan dirinya.

Sedang Tok Batin Jelebu asyik mandi tiba-tiba hujan turun dengan lebat diikuti dengan kilat sabung menyabung dan dengan tiba-tiba sahaja maka air Sungai Lumut itu pun pasang.

Tok Batin Jelebu tidak sempat naik ke darat dan beliau dihanyutkan oleh air sungai yang deras itu. Isteri Tok Batin Jelebu yang berada di rumah pada waktu itu rasa risau kerana suaminya masih belum pulang ke rumah.

Tambahan pula pada waktu itu, hujan turun dengan lebat dan sebaik sahaja hujan reda, isteri Tok Batin Jelebu pun segera pergi ke Sungai Lumut untuk mencari suaminya yang masih tidak pulang.

Setelah puas dicari dan dipanggil namanya, Tok Batin Jelebu masih tidak dapat dijumpai seolah telah hilang ghaib secara tiba-tiba. Berita tentang kehilangan Tok Batin Jelebu merebak di kalangan orang-orang asli di kawasan tersebut dan mereka keluar beramai-ramai untuk mencari namun tidak berjaya ditemui.
Akhirnya mereka akur dan menganggap bahawa Tok Batin Jelebu telah mati lemas di Sungai Lumut dan mayatnya telah hilang dibawa arus. Sebagai mengenang nama Tok Batin Jelebu maka tempat itu dinamakan Jelebu.

Kisah kedua – Ada penceritaan yang dikatakan nama Jelebu ini berkaitan dengan nama buah labu. Setelah Tok Batin Jelebu mati, maka pokok labu yang ditanam di ladangnya tumbuh subur dan banyak mengeluarkan buah.



Sejak itu, semakin ramai orang yang datang ke sana untuk memungut buah labu tersebut. Mereka namakan tempat itu sebagai Jalar Labu sehinggalah akhirnya ia bertukar menjadi nama Jelebu.

Sejarah pembukaan Jelebu amat berkait rapat dengan kedatangan orang Minangkabau yang terawal ke Tanah Melayu. Pada asalnya, Jelebu didiami oleh kaum orang asli keturunan Temuan dari suku Biduanda.

Kisahnya bermula apabila Batin Terjali anak bersama-saam dengan Maharaja Alif yang memerintah kerajaan Pagar Ruyung, Minangkabau, pergi mengembara untuk mencari pengalaman dan meluaskan lagi pemerintahan ayah baginda.

Setelah jauh mengembara Batin Terjali dan pengikut-pengikutnya sampai di Bukit Kundik di Jelebu. Kedatangan mereka disambut baik oleh orang-orang asli di kawasan tersebut.

Semasa di Jelebu, isteri Batin Terjali iaitu Puteri Embong Sari telah melahirkan seorang anak lelaki dan diberi nama Datok Niko Menteri Mangku Alam Raja Sehari.

Sebelum meninggalkan Jelebu untuk meneruskan pengembarannya, Batin Terjali telah mewariskan putera baginda kepada ketua suku orang asli supaya menjaga puteranya dan apabila besar kelak hendaklah dijadikan penghulu Jelebu.

Ketua orang asli itu bersetuju dan berjanji akan patuh dengan apa yang telah diperintahkan. Ketua orang asli telah menepati janjinya dan Datok Niko Menteri Shah Maku Alam Raja Sehari dilantik menjadi penghulu Jelebu.

Maka sejak itu, wujudlah pemerintahan putera Batin Terjali dan hubungan antara orang Minangkabau dan orang asli pun terjalin dan sejak itulah orang Minangkabau mula berhijrah ke Jelebu.

Dalam senarai daftar nama penghulu di Jelebu, orang pertama yang dicatat namanya sebagai penghulu Jelebu ialah Datok Gombak, kemudian Datok Metunggang dan diikuti oleh Datok Moyang Salleh.

Datok Moyang Salleh adalah merupakan Datuk Undang Luak Jelebu yang pertama dengan memakai gelaran Datok Mendelika Menteri Akhirul Zaman Sultan Jelebu. Gelaran itu dikurniakan oleh Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Jalil semasa berlakunya peristiwa memutus tali ke Johor.

Pada mulanya, Jelebu berada di bawah pemerintahan kerajaan Melayu Melaka tetapi apabila Sultan Melaka berpindah ke Johor maka taat setia orang Jelebu beralih ke Johor. Cuma setelah berlakunya peristiwa Moyang Salleh Memutus Tali Ke Johor barulah Jelebu bebas dari kekuasaan Johor.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2021 03:17 PM | Show all posts
kawasan famous kat Jelebu ni air terjun Jeram Toi..

lepas tu kannnn kawan i ada pergi satu rumah bomoh orang asli kat kawasan situ..

lepas tu kannnn kawan i tu kannn muka dia tak ageing pon.. nampak sama jeerrr sampai sekarang..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.968279 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list