Tanpa berselindung, penyanyi Adele mengakui dia sebenarnya menyimpan rasa cemburu terhadap rakan artis, Taylor Swift.
Ujar Adele, dia kesal kerana putera kesayangannya, Angelo lebih mengidolakan Swift berbanding ibunya sendiri.
Kredit foto: IG Taylor/Adele
Menerusi satu temu bual bersama majalah Vogue, Adele memberitahu bahawa anaknya yang kini berusia sembilan tahun itu lebih berminat untuk menonton konsert Swift berbanding persembahan nyanyian ibu sendiri.
“Angelo boleh histeria apabila menonton konsert Swift. Anak saya sendiri tidak berminat untuk menonton konsert saya. Bukankah itu menyedihkan?” kata Adele yang berasakan anaknya tidak mengagumi popularitinya sebagai seorang penyanyi terbaik di dunia.
Dalam diam Adele sebenarnya meminati dam memuji nyanyian Swift.
Sumber: Kosmo |