View: 5523|Reply: 7
|
Produksi Tak Bertanggungjawab Penahanan Niezam Zaidi, Terpaksa Tukar Pengarah Ha
[Copy link]
|
|
Pihak produksi sebuah filem menyatakan mereka tidak bertanggungjawab dengan penahanan Niezam Zaidi dan kru.
Ini disebabkan apa yang mereka lakukan itu adalah kesalahan bersifat peribadi.
Penerbit Eksekutif Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, Syafiqa Zamri berkata, pembikinan telefilem berkenaan yang diadakan di Kuala Kangsar sebenarnya sudah berakhir pada Sabtu lalu dan mereka sepatutnya pulang untuk menyambung penggambaran di Kuala Lumpur, melainkan Niezam yang telah tamat tugasnya.
Foto: mStar Online
"Sepatutnya mereka dah selesai penggambaran dengan kami dan boleh pulang tapi mereka memilih untuk terus berada di homestay," katanya kepada mStar.
Syafiqa menambah, pihak produksi memandang serius kejadian itu dan telah mengambil tindakan drastik untuk menggantikan pengarah dan penolng pengarah bagi menyelesaikan baki beberapa babak.
"enggambaran di Kuala Kangsar dah selesai, kita akan beralih ke lokasi di Kuala Lumpur pula. Kami akan menukar pengarah lain untuk menyelesaikan baki penggambaran.
"Cumanya masih belum tahu lagi bila penggambaran akan disambung... kita kena susun semula jadual, tapi berkemungkinan akan disambung dalam masa terdekat.
"Untuk adegan membabitkan pelakon itu pula, semua wataknya sudah selesai dilakukan." -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
kes mendadih ke ape ni .. |
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknya.. sah2 dlm kontrak ada tulis x leh langgar undang2 n terlibat jenayah.. produksi bodoh je yg akan btangjawab |
|
|
|
|
|
|
|
Produksi dadah + pelakon dadah = sampah masyarakat |
|
|
|
|
|
|
|
You do the crime you do the time gituh |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan dulu dia hitam ke. Lain pulak bila dah cerah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dok bayangkan kodi rasheed |
|
|
|
|
|
|
| |
|