CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3293|Reply: 0

[SEJARAH] Rahsia Black Pottery BHG II

[Copy link]
Post time 13-10-2021 09:02 PM | Show all posts |Read mode
Rahsia Black Pottery BHG II



Menurut ilmu arkeologi, secara umumnya kajian terhadap seramik tembikar dapat memberikan banyak pengetahuan dan maklumat yang berguna berkaitan dengan kronologi atau pentarikhan, teknologi, jenis material yang dipakai dan sistem sosial masyarakat awal.

Ini adalah penting kerana di sepanjang sejarah manusia di seluruh dunia, ketamadunan manusia itu dapat dikesan melalui penggunaan peralatan ringkas namun memerlukan cara membuatnya yang tertentu atau TEKNOLOGI bagi menghasilkannya. Jika alat batu prasejarah sering dikelirukan orang sebagai batuan semulajadi dan tidak 'ranggi' seperti kapak dan pedang purba seperti di dalam filem atau komik fantasi tetapi tidak dengan TEMBIKAR atau peralatan seramik.

Amat terburu-buru dan janggal jika kita cepat menebak bahawa manusia arkaik atau bukan manusia moden (homo sapiens) yang menghasilkan peralatan seramik seperti bekas air atau mangkuk seramik. Takkanlah makhluk primat contohnya beruk dan chimpanzi yang mampu membikin peralatan seramik itu. Kita bukannya berada di Planet of The Apes.

Jadi, budaya membuat peralatan tembikar atau seramik adalah budaya yang sangat tinggi nilainya dari segi kronologi sejarah manusia dan keunggulannya dalam kedudukan pada ketamadunan manusia. Terutamanya pada garismasa Neolitik, kebudayaan pembuatan tembikar adalah sesuatu penanda aras yang penting, termasuk budaya 'black pottery', tembikar hitam.

Rujuk bahagian pertama: https://ms-my.facebook.com/.../rahsia.../5963794460312396/

Ini adalah kerana penghasilan peralatan tembikar adalah kerja pembuatan dan aktiviti antara yang tertua dalam sejarah manusia. Malah ianya adalah salah satu seni kraftangan tertua yang pernah dilakukan oleh manusia.

Oleh itu budaya pembuatan Labu Sayong di negeri Perak adalah salah satu kebudayaan yang amat tinggi nilainya dan merupakan khazanah negara. Syukurlah Srikandi masih lagi dapat mengunjungi bengkel-bengkel dan gerai menjual Labu Sayong di Kuala Kangsar. Srikandi harap kerajaan negeri Perak dan Pejabat D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak memantau perkembangan dan kelestarian budaya penghasilan Labu Sayong ini jangan kasi pupus. Jadikan ia satu kebudayaan unik di Perak sekaligus di Malaysia.

Memang ada budaya penghasilan peralatan tembikar di Kedah, Kelantan dan lain-lain namun sudah pupus atau tidak dimajukan. Ini sangat menyedihkan. Penghasilan barangan tembikar adalah kebudayaan purba manusia yang amat diraikan di luar negara sebagai aset terpenting sejarah masing-masing. Bayangkan, rupa-rupanya kita pun ada elemen kebudayaan purba manusia yang universal ni.

Kita ada tapak sejarah tertua Asia Tenggara. Kita ada kebudayaan penghasilan tembikar turun temurun yang merupakan antara kebudayaan seni tertua manusia. Pada SEJARAH & TAMADUN Melayu itu sudah hebat dan tak kalah dengan tamadun-tamadun lain di dunia. Tapi bila datang Raffles si orang Inggeris tulis: "Orang Melayu tidak memperolehi tingkat pengembangan intelektual yang tinggi."

Sebaris ayat ni pun boleh buat 'jem' kepala otak kebanyakan orang Melayu zaman berzaman 7 keturunan sampai sekarang. Sebab itu kerajaan ke, persatuan sejarah ke automatik jadi bengap nak majukan elemen-elemen sejarah di negara ini. Sebab apa yang dibaca mereka, itu puncanya.

Maka sesetengah dari anak Melayu sendiri apabila memandang seni tembikar Labu Sayong, tapak sejarah yang ada budaya pengilangan besi di Kedah dan lain-lain seolah-olah tiada apa-apa erti walhal bila melawat tempat orang lain ada budaya pembuatan tembikar turun-temurun, boleh pulak terus terkagum-kagum sampai tertonggeng-tonggeng.

Bila orang Korea bakar relau purba dia melambangkan budaya besi Korea berusia 18 Sebelum Masehi-660 Masehi, sesetengah dari kita sudah terbeliak bijik mata padahal budaya besi kita berusia 788 Sebelum Masehi.

Nampak benar begitu kuat 'sihir' karangan pegawai penjajah itu meresap ke dalam kepala otaknya sampai tidak mampu mencongak angka atau membuat pertimbangan yang waras.

~Srikandi
dara baur bisa saktimuna
Saktimuna: https://bit.ly/3nzezx0

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.056344 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list