CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4973|Reply: 19

[SEJARAH] Srivijaya : Yang Mistik, Esoterik & Tantrik

  [Copy link]
Post time 13-10-2021 09:03 PM | Show all posts |Read mode
Srivijaya : Yang Mistik, Esoterik & Tantrik


Selain Prasasti Telaga Batu yang mengandungi sumpahan dan unsur-unsur mistik/astrologi (rujuk hantaran sebelum ini), terdapat dua prasasti Srivijaya dari abad ke-7 dan ke-8 yang lain di mana para pengkaji mendapati terdapatnya rujukan mengenai astrologi purba.

Para sarjana sekarang cukup yakin bahawa selain dari bukti pada prasasti batu, terdapat juga bukti-bukti lain dalam bentuk manuskrip yang pernah wujud selama tempoh ini walaupun kekurangan bukti fizikal setakat ini.

Salah satu hujah utama untuk ini adalah fakta bahawa Srivijaya merupakan pusat pembelajaran agama Buddha yang terkenal bertaraf dunia dengan kaitan rapat dengan Mahavihara Nalanda ('biara besar') di India Timur, yang merupakan sebuah universiti tersohor di India ketika itu. Sudah pasti institusi pendidikan sehebat itu menghasilkan dan menggunakan buku-buku.
  
Kemungkinan besar bahawa buku-buku di Srivijaya (termasuk manuskrip sihir dan ramalan) dihasilkan dalam format daun lontar seperti yang terdapat di banyak bahagian Asia Tenggara, contohnya panduan membuat tangkal dari Burma (Gambar 1) yang mana muncul dalam bentuk yang serupa dengan buku lipat di Sumatera. Contoh yang lain adalah seperti manuskrip Batak (Gambar 2) dan manuskrip Sumatera Selatan (Gambar 3).

Walaupun dipisahkan secara geografi, banyak persamaan antara tradisi penulisan Batak dan Sumatera Selatan menunjukkan warisan yang sama antara kedua wilayah, menunjukkan ianya berasal dari orang-orang Melayu Srivijaya. Manuskrip-manuskrip ini sering digambarkan dengan penuh ilustrasi, dan dengan demikian gambar-gambar yang terkandung di dalamnya mungkin membuka rahsia dan misteri seni manuskrip Melayu pada zaman Srivijaya pra-Islam.

Untuk memahami bagaimana dikatakan kebudayaan Srivijaya telah mempengaruhi Asia Tenggara, perlulah memahami Srivijaya sebagai pusat pendidikan agama Buddha aliran Mahayana terbesar dunia ketika itu (sehingga pendeta China dan Tibet wajib singgah di Srivijaya mempelajari agama Buddha) dan kredibiliti para pendeta Srivijaya menyumbang ilmu dan membantu dalam perkembangan ajaran Vajrayana atau Tantrik Buddha.

~Srikandi
darah baur bisa saktimuna
Saktimuna: https://bit.ly/3nzezx0




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2021 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline shah ni sebok nak berisoterik
Acah teknobabbles sangat
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2021 03:48 PM | Show all posts
Aku pun baru baca kat fb srikandi pasal prasasti telaga batu ni..
Bagi aku la.. ada 2 perkara yg interesting... 7 kepala naga, dan tarikh  683 masihi..



Bila baca sihir dan sumpahan tu aku rasa ngantuk la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2021 05:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2021 06:16 PM | Show all posts
Satu dunia tau kot naga tu mitos.. dongeng..

tapi yg peliknya setiap peradaban manusia tak kira la dari eropah ke asia ke arab ke cina ke india ke...
sume ada merekodkan kisah naga..

ok tolak ketepi dulu naga.
aku sbnrnya lebih concentkan pasal satu lagi haiwan yg berkongsi nasib yg sama... iaitu singa..
hahahaha


dari dulu lagi aku syak sesuatu yg tak kena dgn singa..


meh layan picture ni sat.... hahahahahaha


Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2021 06:27 PM | Show all posts
Ni adalah picture singa kat kuil borobodoh indon





ok sekarang korang terpikir tak apa yg aku tgh dok pikir....



yupp betul3x.... aku tengah dok pikir dan berangan nk kawin dgn tasha mansahar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2021 06:39 PM | Show all posts
Edited by system_failure at 14-10-2021 06:43 PM

sempena hari kemerdekaan singapork yg lepas, aku pernah tembak teory mengarut diaorg yg mana nama singapura tu sbnrnya adalah kesalahn dari sang nila utama.

yaaa.... memang betul singa bukan haiwan yg boleh dijumnpai di asia tenggara lebih2 lagi kat singapork.
sebab tu deme mengejek sang nila utama.. kekononnya apa yg dia nampak sbnrnya adalah rimau bukannya singa..



aku bagi jari tengah kat derang, sambil bagi contoh kerajaan purba Singhasari dan patung singa kat kuil borobudur indon.


so teori "not singa but rimau" adalah tak terpakai..

singa is singa.
Sang Nila Utama tak bodoh.. yg bodoh tu historian singapore yg cuba memperbodohkan org2 melayu dulu2 secara halus.



statue singa bukan saje wujud kat indon, singapore, malaysia dan thai.. bahkan kat setiap peradaban bangsa manusia kat bumi ni...

so... senang kata... singa dan naga wujud kat setiap kerajaan purbakala seluruh dunia.


cuma bezanya... naga adalah dongeng manakala singa pulak real.






Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 11:58 AM | Show all posts

Ni antara contoh dlm bentuk komik bagaimana singapork menanam fakta palsu dlm mindset generasi muda diaorg..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2021 12:38 PM | Show all posts
Perkara ke2 yg menarik minat aku ialah pentarikhan 683 masihi tu...

Bodoh siyak...

First of all, jika diteliti kat script original prasasti telaga batu, takde mention langsung pun tarikh 683 masihi.

Jd dari mana muncul tarikh ni??


Ok skrg jom teliti semula dakwaan coedes dan sarjana indon haprak..

Mereka kata srivijaya diasaskan pada 683masihi berdasarkan apa yg tercatat kat prasasti kedukan bukit.

Sebab tu aku bangkang habis2an teori coedes..


Diaorg ni tak ambik kira ke tarikh yg disebut oleh Itsing??
Itsing kata dia melawat srivijaya pada 671 masihi.

So apa ke bebal tak boleh kira math darjah 1 ?


Tak payah nak tegangkan konek yg basah mengatakan srivijaya diasaskan pada 683 laa..

Kalau betul sekalipun diasaskan pada 683, sesuatu kerajaan apatah lagi empayar itu pasti mengambik masa selama 20-30 tahun baru mencapai gah.
Kepala lutut dia la.. setup kerajaan je terus gah siap ada hubungan special dgn china hanya dlm setahun??


So sarjana indon haprak dah terdesak sambil mengatakan prasasti telaga batu pun bertarikh 683.


Lagi sekali kau terjerat.. hahahaha
Sebab apa?
Prasasti ni dgn detailnya beritahu sistem kerajaan dan para menteri yg ada.
Kepala lutut dia kerajaan setahun jagung dah mempunyai kabinet yg begitu kompleks???


So terang lagi nyata srivijaya bukan diasaskan pada 683 masihi apatah lagi berasal dari bumi indon lahanat



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 03:50 PM | Show all posts
Nak tanya sikit kat pakar2 sejarah kat sini.

Kebanyakkan tinggalan fizikal dari Sivijaya ni ada kat Indonesia, sebab tu la orang Indonesia claim Srivijaya asal sana kot.

Kat area Tanah Melayu ni macam takde jumpa apa2 pun. Kat Sungai Batu tu rasanya tamadun lagi awal dari Srivijaya, kan?

Atau kerajaan Srivijaya ada kat belah atas kat Siam/Kemboja sana, Tanah Melayu ni jadi hutan simpan diorang?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
BeskotCekelat replied at 15-10-2021 03:50 PM
Nak tanya sikit kat pakar2 sejarah kat sini.

Kebanyakkan tinggalan fizikal dari Sivijaya ni ada kat ...

Tanah melayu just hutan simpan ??
Biar betik

Tu la dia perseption yg salah lagi dunggu.

Aku bg analogi mudah, antara jepun dgn china mana dulu wujud manusia?

Ofkos la china sbb dia tanah besar, manakala jepun tu negara kepulauan.
Jadi org2 jepun adalah berasal dari tok nenen moyang dari tanah besar cina.



Sama mcm indon. Mereka tu negara kepulauan. Ofkos la manusia2 terawal indon adalah hasil migrasi dari tanah besar semenanjung.

Apa jadah semenanjung xde sekor pun manusia atau peradaban atau at least perkampungan tapi tup tup kat indon wujud manusia pulak. Dari mana manusia indon ni? Takkan berenang dari afrika kot..


Mentang2 la parameswara berasal dari indon dan migrate ke melaka...
ini la dia naratif salah seolah2 melaka dulu hutan.. xde org lgsung..

Jgn lupa org2 melaka laa yg melantik parameswara menjadi raja.



Soalan kedua pulak, kau tlg tunjuk kat aku mana2 artifak atau bukti arkeologi srivijaya kat indon tu yg berumur lebih awal dari 670 masihi...
Kalau ada mmg aku potong kepala la woii..


Semua yg ada kat indon adalah berusia 680an dan latest ye..


So kau pi cakap kat Itsing kau ni menipu je lebih. Mana ada srivijaya pd tahun 671..


p/s: takkan sami buddha nak menipu pulak kan... hihi
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2021 03:29 PM | Show all posts

Meh tgk picture ni... sapa yg 1st time tgk terus sakit jantung adalah dinasihatkan x pyah sambung bace... haha


Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2021 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk makluman ini adalah tugu naga kat songkla ketika sunset... cantik giler wa cakap lu...

Sapa yg tak terpesona baik pi terjun longkang tanpa parachutte..


Utk makluman juga, Songkla adalah perkataan dari lidah org thai yg pelat.
Nama asalnya adalah dari bahasa melayu iaitu Singgora / Singhora.

And cuba teka.. its derived from a name of a lion.

Hahaha


Kalau ikut teori falsampah ahli historian singapore, singa tak wujud kat alam nusantara kita ni..


Mungkin diaorg tak pernah dgr nama Singgora (diaorg kan cina) malah mereka sendiri tak faham ape kebenda tu Songkla sebab langsung takde makna dlm bahasa melayu mahupun bahasa thai..


Tapi yg peliknya beb... kotaraya ni sinonim dgn naga.

Sbb tu aku dah lama syak sejak 1st time menjejakkan kaki ke bumi songkla.
Kwn2 aku sibuk cari tempat urut aku pulak leka lepak layan mentari petang sampai terlepas konvoi..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2021 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
@pokaibanktokyo ari tu kau kata songkla tu chihtu...

Aku masih tak puas hati. Meh aku nk tarik rambut kau lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2021 03:52 PM | Show all posts

aku yakin naga pnah wujud.
aku siap bygkan naga ada kt tasik pedu n tasik chini
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
aryyan replied at 21-10-2021 03:52 PM
aku yakin naga pnah wujud.
aku siap bygkan naga ada kt tasik pedu n tasik chini

Nope. Naga never exist in real life. Even fosil pun x pernah jumpa.

Pd pandangan patik pacal yg hina, singa yg dimksudkan dlm mitologi peradaban kuno dulu2 sbnrnya adalah haiwan mistikal yg bersifat pemujaan dan magis malah mistik dan mistisfiles kebabomm entah apa2 ntah tu..

Contoh kat mesir patung berkepala firaun tapi berbadan singa, dewa dewi yunani yg separuh berbadan singa... atau kat china tarian naga / singa tapi berkaki manusia

Dah lama aku carik titik persamaan kuadratik algebra antara keduanya.. cewahhh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Persamaan antara singapura, singhasari dan singgora adalah mereka diilhamkan dari nama singa.

Tapi singa disini bukan bermaksud singa yg habitat tempat tingal dia kat afrika tu...

Singa disini bermaksud sesuatu kuasa mistikal luar biasa yg melambangkan kegagahan.
Perkara serupa jugak kat naga.
Mana2 empayar kerajaan besar dunia menggunakan naga sbg coat of arms ketamadunan diaorg.

Dari segi keagamaan pulak, naga sinonim dgn buddha (7 atau 9 kepala naga disebelah gautama buddha).
Manakala singa sinonim dgn hindu.
Tiga2 kerajaan singa diatas adalah pada era hinduisme.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk menambahkan lagi luka dihati semua org.. jom kita menelaah manuskip melayu kuno ttg naga..

Jeng jeng jeng... jom selak manuskip Sejarah Melayu chapter kisah puteri wan empuk dan wan malini menemui naga dgn api dan cahaya yg membara dikelilinginya..

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 02:35 PM | Show all posts
system_failure replied at 22-10-2021 01:31 PM
Utk menambahkan lagi luka dihati semua org.. jom kita menelaah manuskip melayu kuno ttg naga..

Jeng ...

hat ni ka?

Al kisah maka tersebutlah perkataan ada sebuah negeri di tanah Andalas, Palembang namanya, Demang Lebar Daun nama rajanya. Asalnya daripada anak cucu raja Syulan juga, Muara Tatang nama sungainya maka dahulu Muara Tatang itu ada sebuah sungai Melayu namanya. Dalam sungai itu ada sebuah Bukit Seguntang Maha Meru namanya maka ada dua orang perempuan balu di sana Wan Empuk dan Wan Malini nama keduanya berhuma di Bukit Seguntang itu terlalulah luas humanya itu syahdan terlalulah jadi padinya tiada dapat terkatakan lagi.

Setelah terhampirlah masak padinya itu maka pada satu malam maka di lihatnya oleh Wan Empuk dan Wan Malini di rumahnya di atas Bukit Seguntang itu bernyala seperti api. Maka kata Wan Empuk dan Wan Malini “Cahaya apa gerangan itu bernyala takut pula serasa melihat dia” maka kata Wan Malini “Jangan kita kalau gemala naga besar itu”. Empuk dan Malini pun diamlah dengan takutnya lalu keduanya tidur.

Setelah hari siang maka Wan Malini pun bangun daripada tidurnya lalu membasuh muka maka kata Wan Empuk kepada Wan Malini “Mari kita lihat apa yang bernyalalah cahaya semalam itu” maka kata Wan Malini “Marilah”. Maka keduanya pun naiklah ke atas bukit Seguntang itu maka di lihatnya padinya berbuahkan emas dan berdaunkan perak dan berbatangkan tembaga suasa. Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun melihat hal padinya itu maka katanya “Inilah yang kita lihat semalam itu” maka ia pun berjalan ke bukit Seguntang itu maka di lihatnya tanah negara bukit itu pun menjadi emas.

Pada suatu ceritera ada datang sekarang pun tanah negara bukit itu seperti warna emas rupanya. Maka di lihatnya oleh Wan Empuk dan Wan Malini di atas tanah itu menjadi emas itu tiga (3) orang manusia muda2 terlalu baik parasnya ketiganya memakai pakaian kerajaan dan memakai mahkota yang bertatahkan ratna mutu manikam. Ketiganya duduk di atas gajah putih maka Wan Empuk dan Wan Malini pun hairan tercengang syahdan dengan takjubnya melihat rupa orang muda terlalu amat baik parasnya dan sikapnya syahdan pakaiannya pun terlalu amat indah2.

Maka pada hatinya sebab orang muda tiga orang ini gerang padi kita ini berbuahkan emas berdaunkan perak dan berbatangkan tembaga suasa dan tanah bukit itupun menjadi emas. Maka Wan Empuk dan Wan Malini bertanya pada orang muda2 tiga (3) orang itu “Tuan hamba dari mana datang anak jinkah tuan hamba atau anak parikah tuan hamba kerana kami pun lamalah di sini tiada kami melihat seorang pun manusia tiada datang kemari. Baharulah pada hari ini kami melihat tuan”.

Maka sahut orang muda2 tiga (3) orang itu “Adapun kami ini bukan daripada bangsa jin dan pari. Bahawa kami daripada anak cucu Iskandar Zulqarnain nasab kami daripada raja Nusyirwan raja masyrik dan maghrib pancar kami daripada raja Sulaiman A’layaha Al Salaama. Nama kami Mancitram seorang, Paladu Tani seorang, Nila Asnam seorang”. Maka kata Wan Empuk dan Wan Malini “Jikalau tuan hamba daripada anak cucu raja Iskandar Zulqarnain apa sebabnya maka tuan hamba datang kemari ini”. Maka oleh orang muda tiga (3) orang itu segala hikayat Iskandar Zulqarnain beristerikan anak raja Kida Hindi dan peri raja Chulan masuk ke dalam laut itu semuanya di hikayatkannya pada Wan Empuk dan Wan Malini.

Maka kata Wan Empuk dan Wan Malini “Apa alamatnya tuan hamba itu” maka sahut ketiga orang muda2 itu “Mahkota inilah alamatnya tanda hamba anak cucu raja Iskandar Zulqarnain hamba. Ibuku jikalau tuan hamba tiada percaya akan kata hamba ini itulah tandanya sebab hamba jatuh kemari ini maka padi ibuku berbuahkan emas dan berdaunkan perak dan berbatangkan tembaga suasa dan tanah negara bukit itupun menjadi emas”. Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun percayalah akan kata anak raja yang tiga (3) orang itu maka ia pun terlalu amat sukacita maka ketiga anak raja itu di bawanya ke rumahnya. Maka padi itupun di tuainyalah maka Wan Empuk dan Wan Malini pun menjadi kayalah sebab ia mendapat anak raja itu.

Sebermula di hikayatkan oleh orang yang empunya hikayat ini bahawa negeri Palembang itu Palembang yang ada sekarang ini itulah dahulu negeri itu terlalu besar sebuah negeri di tanah Andalas tiada sepertinya. Setelah raja Palembang yang bernama Demang Lebar Daun itu mendengar khabar Wan Empuk dan Wan Malini mendapat anak raja tuan dari kadar maka Demang Lebar Daun pun datang ke rumah Wan Empuk dan Wan Malini mendapatkan raja itu. Maka oleh Demang Lebar Daun ketiga anak raja itu di bawanya kembali ke negerinya maka mahsyurlah pada segala negeri bahawa anak cucu raja Iskandar Zulqarnain turun dari bukit Seguntang Meru sekarang ada di negeri Palembang.

Maka segala raja2 daripada segala pihak negeri pun datanglah mengadap raja itu maka anak raja yang tua sekali itu di jemput oleh orang Andalas maka di rajakannyalah di Minangkabau, adapun gelar baginda itu di atas kerajaan Sang Sapurba. Kemudian dari itu datang orang Tanjung Pura maka jemputnya anak raja yang tengah itu di rajakannya di Tanjung Pura gelar baginda di atas kerajaan Sang Maniaka. Yang bungsu tinggal di Palembang pada Demang Lebar Daun maka oleh Demang Lebar Daun anak raja yang bungsu itu di rajakannya di Palembang. Adapun gelar baginda di atas kerajaan Sang Nila Utama maka Demang Lebar Daun turun menjadi Mangkubumi.

Maka ada seekor lembu hidupan Wan Empuk dan Wan Malini putih warnanya seperti perak dengan takdir Allaha Taa’alaya lembu itu pun muntahkan buih itu keluar seorang manusia Batho namanya. Maka ia berdiri demikian bunyinya itu Ahawa Susat Paduka Seri Maharaja Seri Mat Seri Sepah Suran Bumi Buji Bala Pekerma Sekalang Kerat Makota Rana Muka Teri Buana Pra Sang Sakrit Bana Tangga Darma Rana Syaran Kata Rana Basinggahsana Rana Wikrama Wadat Ratata Palawa Baka Sadida Dewa Dida Prabu di kala mula Malaka Seri Darma Raja Raja Permaisuri.

Maka raja itu di gelarnya oleh Batho itu Seri Teri Buana, adapun anak cucu Batho itulah asal orang membaca ceritera dahulu kala. Maka mahsyurlah kerajaan Seri Teri Buana maka segala manusia laki laki dan perempuan daripada segala pihak negeri pun datanglah mengadap baginda itu semuanya di nagerahinya persalin, syahdan sekeliannya perawangan dan perdangan. Setelah Seri Teri Buana di atas kerajaan maka baginda pun hendak beristeri barang di mana anak raja2 yang baik rupanya di ambil oleh baginda akan anak isteri.

Apabila beradu dengan baginda pada malam setelah pagi hari di lihatnya tuan puteri itu kedal oleh sebab tubuhnya di jamah oleh baginda itu. Apabila kedal juga di tinggalkan baginda kurang esa empat puluh (39) sudah demikian itu. Sebermula di khabarkan orang Demang Lebar Daun ada seorang anaknya perempuan terlalu baik parasnya tiada berbagai pada zaman itu tuan puteri Wan Sandari namanya maka dapat oleh Seri Teri Buana pada Demang Lebar Daun hendak di peristerinya oleh baginda.

Maka sembah Demang Lebar Daun “Jikalau anak patik tuanku pakai nescaya kedal ia tetapi jikalau tuanku mahu akan anak patik itu mahulah duli Yang Di Pertuan berwaad dengan patik maka patik persembahkan anak patik ke bawah duli Yang Di Pertuan”. Adapun Demang Lebar Daunlah yang empunya bahasa Yang Di Pertuan dan patik maka titah Seri Teri Buana “Apa janji yang di kehendaki oleh bapaku itu”. Maka sembah Demang Lebar Daun “Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah ke bawah duli Yang Di Pertuan hendaklah ia di perbaik oleh anak cucu tuan hamba. Syahdan jikalau ia berdosa besar2 dosanya sekalipun jangan ia di qodhihatkan dan di sebut dengan kata yang jahat. Jikalau besar dosanya di bunuh itupun jikalau patik pada hukum syarak”.

Maka titah baginda “Kabullah hamba akan janji bapa hamba Demang Lebar Daun janji yang mana itu” maka titah Seri Teri Buana “Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa jangan derhaka pada anak cucu hamba. Jikalau ia zalim dan jahat pekertinya sekelian”. Maka sembah Demang Lebar Daun “Baiklah tuanku tetapi jikalau anak cucu tuanku dahulu mengubahkan dia anak cucu patik pun mengubahkan dia” maka titah Seri Teri Buana “Baiklah kabullah hamba akan waad itu”. Maka keduanya pun bersumpah sepenuhlah barang siapa mengubahkan perjanjiannya ini di balik Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya bumbungan rumahnya ke bawah kaki tiangnya ke atas itulah sebabnya.

Maka di anugerah akan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya kepada segala raja raja Melayu tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya tiada di ikatnya dan di gantungnya dan di qodhihatkannya dengan kata yang jahat. Jikalau ada seorang raja memberi aib itu alamat negeri akan di binasakan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya. Syahdan jikalau segala hamba Melayu pun di nagerahkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya tiada pernah derhakakan dan memalingkan mukanya kepada rajanya jikalau jahat sekalipun pekertinya dan aniaya sekalipun.

Setelah sudah berwaad dan berteguh teguhan janji maka tuan puteri anak Demang Lebar Daun yang bernama Wan Sandari itupun di persembahkan oleh Demang Lebar Daun ke bawah duli Seri Teri Buana. Maka Seri Teri Buana pun kahwinlah dengan tuan puteri anak Demang Lebar Daun itu.

Setelah hari malam maka baginda pun beradulah dengan tuan puteri setelah hari siang maka di lihat oleh Seri Teri Buana akan tuan puteri Wan Sandari tiada kedal maka terlalu sukacita baginda. Maka baginda pun menyuruh memberi tahu Demang Lebar Daun pun segera datang maka di lihat oleh Demang Lebar Daun anaknya selamat suatu pun tiada berbahayanya maka ia pun terlalu sukacita melihat anaknya itu selamat tiada berbahaya.

Maka Demang Lebar Daun itupun berlengkap hendak mandi memandikan Seri Teri Buana maka ia menyuruh berbuat panca persada tujuh (7) pangkat. Setelah sudah maka Demang Lebar Daun pun memulai pekerjaan akan berjaga2 itu empat puluh (40) hari empat puluh (40) malam makan minum bersuka sukaan dengan segala raja2 dan perdana menteri sida2 bentara hulubalang dan segala rakyat sekeliannya dan bunyi bunyianlah seperti guruh bunyinya lagi berjaga itu. Maka beberapa kuda dan lembu dan kambing biri2 di sembelih orang maka kerap naman itu pun bertambunan seperti bukit. Bermula air darah pun bagai lautan dan kepala kerbau lembu umpama pulau.

Setelah genap empat puluh hari empat puluh malam air mandi pun di arak oranglah dengan segala bunyi bunyian bermuka bekas air mandi itu sekeliannya emas bepermata. Maka Seri Teri Buana dua laki isteri dengan tuan puteri Wan Sandari pun beraraklah tujuh (7) kali berkeliling panca persada itu maka baginda laki isteri pun mandilah di seri panca persada itu di mandikan oleh Batho. Setelah sudah mandi maka Seri Teri Buana pun bersalin kain tetap tubuh lagi memakai berkain dari pati daramani dan tuan puteri Wan Sandari berkata dimani. Keduanya memakai selengkapnya pakaian kerajaan lalu duduk keduanya laki isteri di atas peterana singgahsana yang keemasan.

Maka nasi adap2 pun di arak oranglah maka baginda dua laki isteri pun santaplah laki isteri. Setelah sudah santap maka sisa yakni panca upacara pun di arak oranglah maka Batho membubuh panca upacara dahulu raja dua laki isteri. Maka Seri Teri Buana pun berangkatlah memberi anugerah persalin akan segala orang besar2 baginda. Setelah itu maka Seri Teri Buana pun berangkatlah masuk maka segala yang mengadap pun masing masing kembalilah ke rumahnya.

Hataya berapa lamanya Seri Teri Buana diam di Palembang maka berkira2 hendak melihat laut maka Seri Teri Buana menyuruh memanggil Demang Lebar Daun pun segera datang mengadap maka titah Seri Teri Buana pada Demang Lebar Daun “Apa bicara bapa hamba kerana hamba ini hendak berangkat ke laut hendak mencari tempat yang baik hendak beta perbuatkan negeri”. Maka sembah Demang Lebar Daun “Baiklah tuanku jikalau Yang Di Pertuan berangkat patik mengiringkan kerana patik tiada dapat bercerai dengan duli tuanku” maka titah Seri Teri Buana “Jika demikian baiklah bapa berlengkaplah bapa”.

Maka Demang Lebar Daun pun menyembah lalu keluar mengerahkan orang berlengkap. Setelah sudah lengkap maka oleh Demang Lebar Daun saudaranya yang muda di tinggalkannya di negeri Palembang. Maka kata Demang Lebar Daun pada saudaranya itu “Tinggallah tuan melingkar akan negeri ini kerana hamba hendak pergi dengan Yang Di Pertuan barang kemana pergi baginda” maka sahut saudaranya “Baiklah yang mana kata tuan hamba lalulah”.

Setelah itu maka Seri Teri Buana pun berangkatlah kenaikan baginda lancang pemujangan lancang perak maka Demang Lebar Daun dan segala perdana menteri hulubalang menyongsong dengan kenaikannya. Maka rupa perahu itupun terlalu banyak tiada terbilang lalu rupa tiangnya seperti pohon kayu rupa, tanggal dan panji2 seperti awan berarak rupanya, payung segala raja raja seperti mega maka tumpatlah rupanya laut itu daripada kebanyakan perahu orang yang mengiringkan Seri Teri Buana itu. Setelah keluarlah di kuala Palembang menyeberang ke selat Sepeta dari selat Sepeta lalu ke selat Sambar.

Setelah keluar maka kedengaranlah khabarnya ke Bentan mengatakan raja dari bukit Seguntang bangsanya daripada raja Iskandar Zulqarnain itu datang sekarang ada di selat Sambar. Adapun akan Bentan itu perempuan Wan Seri Beni namanya pada satu riwayat permaisuri Sekandar Syah namanya. Baginda pun raja besar lagi pada zaman itu ialah yang pergi ke benua Syam. Permaisuri Sekandar Syahlah yang pertama nobat maka di turut oleh raja2 yang lain.

Setelah baginda mendengar khabar itu maka baginda pun menitahkan perdana menteri yang bernama Indera Bupala dan Aria Bupala kepada Seri Teri Buana. Tatkala itu kelengkapan Bentan empat ratus (400) banyaknya maka titah Wan Seri Beni pada Indera Bupala “Jikalau raja itu tua katakan anakda empunya sembah dan jikalau muda katakan bonda empunya salam”. Maka Indera Bupala dan Aria Bupala pun pergilah dari Tanjung Rungsa datang ke selat Sambar tiada berputusan lagi rupa perahu orang yang menjemput itu.

Setelah bertemu dengan Seri Teri Buana maka di lihatnya oleh Indera Bupala dan Aria Bupala akan raja itu terlalu muda maka sembah Indera Bupala dan Aria Bupala “Bonda empunya salam di jemput oleh bonda tuanku”. Maka Seri Teri Buana pun berangkatlah ke Bentan lalu masuk ke dalam pengadapan Wan Seri Beni namanya. Adapun yang qasad Wan Seri Beni hendak di ambilnya akan suami setelah di lihatnya muda maka di ambil oleh baginda akan anaknya terlalu kasih Wan Seri Beni akan raja itu. Maka di nobatkan di Bentan akan ganti baginda.

Hataya beberapa lamanya pada satu hari Seri Teri Buana mohon hendak pergi beramai ramaian ke Tanjung Bemban pergi memohon kepada Wan Seri Beni. “Apa kerja anak kita pergi bermain ke Bemban. Tiadalah rusa pelanduk dengan kandangnya. Tiadakah kijang landak dengan karungannya. Tiadakah ikan dalam kolam dan segala buah buahan dan bungaan pun semuanya ada di taman Mengapatah maka anak kita hendak bermain jauh”. Maka kata Seri Teri Buana “Jikalau tiada beta di lepaskan oleh bonda duduk pun mati berdiri pun mati serba mati kematian” maka kata Wan Seri Beni “Daripada anak kita akan mati baiklah anak kita pergi” maka baginda pun menyuruh berlengkap pada Indera Bupala dan Aria Bupala.

Setelah sudah lengkap maka Seri Teri Buana pun berangkatlah dengan raja perempuan segala lancang kenaikan baginda pilang peraduan jurang pebujangan bidar kekayuhan serajang penanggahan teruntum penjalan terentang persendian maka rupa perahu orang yang mengiringkan tiada berbilang lagi. Setelah datang ke Bemban maka baginda pun turunlah bermain ke pasir maka raja perempuan turunlah dengan segala bini orang kaya2 main termasanya di pasir itu mengambil karangan. Maka raja perempuan turunlah duduk di bawah pohon pandan di adap bini segala orang kaya2.

Adapun Seri Teri Buana dengan segala laki laki berburu maka terlalulah banyak beroleh perburuan. Hataya maka lalu seekor rusa dari hadapan Seri Teri Buana maka di tikam oleh baginda dengan lembing kena belakangnya. Maka rusa itu pun lari maka di perambat oleh Seri Teri Buana di tikamnya sekali lagi kena belakangnya maka rusa itupun rusuknya terus maka rusa itupun tiada beroleh lari lagi lalu mati. Maka Seri Teri Buana naik ke atas batu itu maka baginda memandang pula datang kepada sebuah batu terlalu besar dengan tingginya maka Seri Teri Buana naik ke atas batu itu.

Maka baginda memandang ke seberang maka di lihat oleh baginda tanah seberang itu pasirnya terlalu putih seperti kain buka mapar. Maka baginda bertanya kepada Indera Bupala “Pasir mana yang kelihatan itu tanah mana” maka sembah Indera Bupala “Itulah tuanku tanah Temasik namanya”. Maka titah Seri Teri Buana “Mari kita pergi kesana” maka sembah Indera Buala “Mana titah tuanku patik junjung” maka Seri Teri Buana pun naik ke perahu lalu menyeberang. Setelah datang ke tengah laut maka rebut pun turunlah kenaikan itupun keairan maka di pertimbakan orang tiada timba lagi maka di suruh penghulu kenaikan membuang maka beberapa harta yang di buang tiada juga tertimba lagi.

Maka kenaikan itupun hampirlah ke teluk Belanga maka sembah penghulu kenaikan kepada Seri Teri Buana “Tuanku kepada bicara patik kalau sebab mahkota kudrat ini juga gerangan maka kenaikan itu tiada timbul kerana segala harta dalam perahu ini telah habislah sudah di buangkan. Jikalau mahkota ini tiada di buangkan tiadalah kenaikan ini terperbelakan oleh patik semua” maka titah Seri Teri Buana “Jikalau demikian buangkanlah mahkota ini” maka di buangkanlah mahkota itu.

Hataya maka ribut pun teduhlah dan kenaikan itupun timbullah maka di dayungkan oranglah ke darat. Setelah sampai ke tepi maka kenaikan itupun di kapalkan oranglah maka Seri Teri Buana pun naiklah ke pasir dengan segala rakyatnya bermain mengambil karang karangan lalu baginda berjalan ke darat bermain ke padang di kuala Temasik itu. Di lihat oleh segala mereka itu seekor binatang maha tangkas lakunya merah warnanya tubuhnya hitam belangnya dan putih dadanya sikapnya terlalu pantas dan perkasa besarnya besar sedikit daripada kambing randuk.

Setelah ia melihat orang banyak maka ia berjalan lalu lenyap maka Seri Teri Buana pun bertanya pada segala orang yang sertanya maka seorang pun tiada tahu. Maka sembah Demang Lebar Daun “Tuanku ada patik mendengar dahulu kala singa juga yang demikian itu sifatnya. Pada bicara patik singalah gerangan itu”. Maka titah Seri Teri Buana pada Indera Bupala “Pergilah tuan hamba kembali katakan kepada baginda kita sekarang tiadalah kita kembali. Jikalau ada kasih bonda akan kita berilah kita rakyat dan gajah kuda kita hendak berbuat negeri di Temasik ini” maka Indera Bupala kembalilah.

Setelah datang ke Bentan maka Indera Bupala pun masuklah mengadap Wan Seri Beni maka segala kata Seri Teri Buana itupun semuanya di persembahkannya kepada Wan Seri Beni. Maka kata Wan Seri Beni “Baiklah yang mana kehendak anak kita tiada kita lalui” maka di hantari baginda rakyat dan gajah kuda tiada tepermanai lagi banyaknya. Maka Seri Teri Buana pun berbuat negerilah di Temasik maka di namai baginda Singapura.

Setelah berapa lamanya Seri Teri Buana diam di Singapura maka beranak dengan tuan puteri anak Demang Lebar Daun Wan Sandari itu dua orang laki laki maka keduanya anak raja. Adapun akan Wan Seri Beni telah hilanglah maka ada cucu baginda dua orang keduanya perempuan maka keduanya anak raja itu di dudukkan dengan kedua cucu raja Bentan itu. Setelah genaplah umur baginda di atas kerajaan kurang dua lima puluh (48) tahun maka datanglah peredaran dunia maka Seri Teri Buana dan Demang Lebar Daun pun mangkatlah maka di tanamkan oranglah di bukit Singapura itu.

Maka anakda baginda yang tua itulah di rajakan menggantikan ayahanda baginda. Adapun gelar baginda di atas kerajaan Paduka Seri Pekerma Wira maka adinda baginda yang muda jadi bendahara. Apabila Paduka Seri Pekerma Wira tiada keluar maka Tun Perpatih Muka Berjajarlah duduk di adap orang banyak di balai akan ganti Paduka Seri Pekerma Wira. Bermula jikalau Tun Perpatih Muka Berjajar duduk di balai jikalau anak raja2 datang tiada di turunnya melainkan anak raja2 yang akan ganti kerajaan maka di turuninya. Jikalau Tun Perpatih Muka Berjajar masuk mengadap pada tempatnya duduk itu di bentangi permalan.

Jika raja sudah masuk maka ia pulang segala orang besar2 dan orang kaya2 semuanya pergi mengantarkan Tun Perpatih Muka Berjajar kembali ke rumahnya. Adapun akan Demang Lebar Daun pun ada seorang anaknya laki laki di jadikan oleh Paduka Seri Pekerma Wira di jadikan perdana menteri gelarnya Tun Perpatih Permuka Sekalar duduk bertimbalan dengan Bendahara gelarnya Tun Jana Buka Dandang di adap Penghulu Bendahari Temenggung gelarnya Tun Jana Putera Yula. Di bawah Temenggung hulubalang besar2 gelarnya Tun Tempurung Kamaratukan. Sudah itu maka segala perdana menteri dan orang kaya2 dan segala ceteria sida2 bentara hulubalang dengan adatnya pada zaman itu purba kala.

Hataya Paduka Seri Pekerma Wira pun beranak seorang laki laki di sebut orang Raja Muda di negeri Singapura pun besarlah. Maka segala dagang pun berkampunglah terlalu ramai maka mahsyurlah kebesarannya itu pada segala alam Wa Allaha Aa’lama Ba Al Showaaba و الله اعلم بالصواب.

Sejarah Melayu di Royal Asiatic Society

Transliterasi Jawi ke Rumi oleh Mahamada Al Mahadaya محمد المهدي

Sumber: [color=var(--primary-text)]#melayuraya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2021 10:03 AM | Show all posts
system_failure replied at 20-10-2021 07:57 AM
@pokaibanktokyo ari tu kau kata songkla tu chihtu...

Aku masih tak puas hati. Meh aku nk tarik ramb ...

Bodoh.
Chihtu = Singora

Sriwijaya pula bermula di Johor. Kemudian dihijack oleh Empayar Kedah Sailendra

Batu bersurat Telaga Batu cuma buktikan bahawa Palembang hanyalah mangsa penaklukan Sriwijaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.076493 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list