CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3027|Reply: 0

[Kedah] MOTAC cadang buka Langkawi kepada pelancong luar negara

[Copy link]
Post time 14-10-2021 01:35 PM | Show all posts |Read mode
MOTAC cadang buka Langkawi kepada pelancong luar negara
| | 14 Oktober 2021


Pulau Langkawi. -Foto 123rf

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mencadangkan kepada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya projek rintis gelembung pelancongan di Langkawi, dibuka kepada pengunjung daripada beberapa negara luar.


Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah itu bagi membolehkan Malaysia mengembangkan ekonomi yang terjejas susulan pandemik Covid-19.


“Saya cadangkan dibuka (sempadan) kepada (pelancong) beberapa negara untuk Langkawi sahaja dahulu, (iaitu) projek rintis Langkawi, kita dengarlah dahulu pengumuman daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) sebab kita sudah buka ruang ini kepada pihak luar.


“Ini salah satu cara kita mengembangkan ekonomi kita,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini pada Khamis.


Beliau menjawab soalan tambahan Senator Ahmad Yahaya, yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang membuka ruang pelancongan bagi projek berkenaan kepada negara luar, khususnya negara ASEAN.


Terdahulu, Nancy berkata, dari 16 September hingga 12 Oktober, seramai 85,921 pengunjung telah mengembara ke Langkawi menerusi gelembung pelancongan tersebut melalui pintu masuk udara iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan pintu masuk laut.


Katanya, berdasarkan maklum balas Persatuan Hotel Malaysia (MAH), kadar purata penginapan di premis penginapan pelancong ahli MAH di Langkawi bagi tempoh tujuh hari pertama bulan ini adalah 45 peratus bagi premis penginapan pelancong bertaraf empat hingga lima bintang, manakala 21 peratus premis bertaraf tiga bintang dan ke bawah.


Nancy berkata demikian bagi menjawab soalan asal Ahmad yang mahu tahu sejauh manakah sambutan pelancong tempatan ke Pulau Langkawi, selepas dibuka semula pada 16 September lepas serta masalah berbangkit sejak hari pembukaan sehingga kini. -Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... lancong-luar-negara
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.037095 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list