CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3036|Reply: 0

[Pulau Pinang] Empat mengaku tawar pinjaman tidak wujud

[Copy link]
Post time 14-10-2021 04:34 PM | Show all posts |Read mode
Empat mengaku tawar pinjaman tidak wujud[size=0.8][size=0.9]Nur Izzati Mohamad
[email protected]




Bukit Mertajam: Empat rakan termasuk seorang ibu tunggal masing-masing didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan menawarkan pinjaman tidak wujud.

Tertuduh, Lee Soon Ching, 21, Liew Hui Juan, 28, Connie Nam, 25, dan Ho Wei Lun, 33, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.

Mengikut pertuduhan, semua mereka didakwa bersama-sama adalah pihak satu pakatan jahat dengan melakukan perbuatan salah di sisi undang-undang iaitu menawarkan pinjaman tidak wujud.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah beralamat B-11-03, Goodfield Resident, Jalan Bukit Minyak Permai 2, di sini, pada 4.05 petang, 7 Oktober lalu.

Bagi kesalahan berkenaan, mereka didakwa mengikut Seksyen 120B (2) Kanun Keseksaan dan boleh dibaca mengikut Seksyen 34 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Nadia Jamal manakala keempat-empat tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Semasa prosiding, Nurul Nadia memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana kesan kesalahan membabitkan orang awam.

Bagaimanapun, peguam Ima Syakira yang mewakili semua tertuduh memberitahu mahkamah bahawa semua anak guamnya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan salah seorang anak guamnya iaitu Hui Juan adalah ibu tunggal yang mempunyai dua anak.

Oleh itu, Ima memohon denda minimum selepas semua tertuduh mengaku salah bagi menjimatkan masa dan kos mahkamah.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM4,000 seorang terhadap semua tertuduh dan jika gagal membayarnya, akan dipenjara selama enam bulan.

Disiarkan pada: Oktober 14, 2021 @ 1:50pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.036625 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list