CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azmi_hisham

[Lain-Lain] KUNG FU HUSTLE - Stephen Chow !

[Copy link]
Post time 1-1-2005 09:20 PM | Show all posts

Kung Fu Hustle..lawak gile....

aku pegi check kalo2 topik ni dah bukak kat sini tapi since takde aku saje nak bukak...nak tanye pendpt masing2 psl this movie. Aku baruje tgk smlm dan mmg teramatlah lawak sekali citer ni. Ya, mungkin orang kata lawak dia bodoh2 but lawak bodoh extreme citer nila yg menyebabkan satu panggung wayang gelak terbahak2. Aku paling suka kuasa terkuat makcik landlady yg kerek tu. mmg kelakar sgt. Sakit perut aku tgk citer ni, siap menangis sebab terlalu lawak and semestinya aku nak tgk citer ni utk beberapa kali lagi.

nak komen skit psl movie ni, Satu benda yg aku terkejut psl citer ni ialah it was 18PL. aku pelik gak memula masa beli tiket but then masa tgk citer ni...ish...ganas teramatlah ganas. the violence was in your face..very frank..tak cover2. tapi malangnya, ada beberapa (sebenarnya banyak) scene yg dipotong sebab terlalu ganas. masa opening citer tu, ish selambaje aku tgk the axe gang campak kapak potong kaki orang gangster tu...sungguh ganas skali. plus ada byk lagi scene ganas yg terlalu violent utk sebuah citer lawak. aku rasa sungguh ironik yg stephen chow berjaya menggabungkan dua elemen yg sungguh berbeza (walaupun dah ada dlm filem2 lain contohnya seperti scary movie) iaitu lawak dan keganasan yg ekstrem. kekadang tu rasa jijik diorg(watak2 dlm filem tu) bleh gelak/selamba sambil org kena bunuh, kepala kena potong,etc.

lagi satu psl filem ni, aku tak paham apa kena- mengena watak stephen chow dlm citer ni?? camne dia bleh jadi the one dan apa hubungan dia dgn org2 dari pig sty atau apa hubungan dia dgn pakcik dan makcik tu?? camne dia bleh jadi kuat tiba2 terutamanya masa lawan last skali tu?? seriously, watak stephen chow tak berapa memberi kesan dlm citer ni. yg lain aku pahamla nape diorg kuat mcm tiga org warriors tu plus pakcik dan makcik tu tapi stephen chow tu aku tak paham peranan dia dlm citer tu/nape dia leh tiba2 kuat. pastu camne dia bleh ada rapid healing powers(kuasa menyembuhkan diri)??kalo sesapa yg dah tgk citer ni dan paham watak stephen chow dlm citer ni...tolong jelaskan..aku tak paham.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2005 09:46 PM | Show all posts
dah ada thread nih ....
digabungkan ......
Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 1-1-2005 11:13 PM | Show all posts
aku nak beli dvd die je la nnt
kalau censored2 ni yg tak best ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2005 03:08 PM | Show all posts
OKIE....minta maaf kepada saudara Azmi pembuka thread....aku tukar judul topic dan aku saja buat hilight dia pesal macam saudara IrvingLorenzo pun aku turut confused masa nak cari thread ni......

===========

KUNG FU HUSTLE - Dari sudut pandangan GAIA

*Aku setuju dengan kebanyakan pendapat irving Lorenzo....

Asalnya....aku cuba mengelak baca segala2nya tentang Kung Fu Hustle, dari synopsis sampai ke runagan bincang dalam forum ni...aku cuba mengelak dari mendapat sebarang gambaran tentang filem ini sebelum aku tengok ia sendiri......

maka ...pada 31 Disember....Kung Fu Hustle menjadi filem terakhir yang aku tonton di pawagam pada tahun 2004.....

Bila membaca msg2 disini...aku agak hairan juga bila ada yg tak menyukainya....memandangkan ia sebuah filem komedi yg mudah disukai ramai......selain daripada itu...aku mendapati filem ini sangat BIJAK....ia berjaya menggabung banyak perkara untuk menjadikannya sebagai komedi....ia berjaya menghidupkan kebanyakan elemen dalam komik fighting Hong Kong(khasnya komik Tony Wong).....Ia ada banyak persamaan dengan filem Matrix Reloaded.....


Arahan Yang Cemerlang

Bermula dengan pembukaan filem ini.....aku terpaku dekat tempat duduk...terlopong seketika...pesal arahan dia bagus sangat....set, kostume, penataan cahaya dan bunyi sangat2 lah cemerlang.....oleh kerana Stephen Chow adalah pengarah...aku memang tabik spring lah kat dia...memang aku tak sangka langsung kemampuan dia menguasai perkara2 tersebut......biarpun kita tahu tentu sekali dia mendapat khidmat pakar2 dalam bidang masing2......Suasana persekitaran di Canton pada era 1940 dihidupkan dengan baik dan meyakinkan...jalanraya, set bangunan, costume dan orang2 yang lalu lalang....memang filem ini sebuah epik....epik komedi yang berjaya.....malah....filem ini telah memberikan satu tanda yang penting....elemen2 CGI yg keterlaluan utk aksi dgn tujuan nilai komedi menjadi milik Stephen Chow 100%....dia memperkenalkan gaya ini menerusi Shaolin Soccer....dan selepas Kung Fu Hustle...gaya ini menjadi gaya mutlak filem2nya....maknanya selepas ni, kalau org lain guna cara ini pun...org akan kata ia meniru atau meminjam gaya Stephen Chow.....sebagai seorang pengarah Chow telah berjaya membawakan identiti filemnya yang tersendiri.....kalau filem2 Wong Kar Wai dicirikan dengan gaya slow dan suramnya....filem2 Jackie Chan dicirikan dengan aksi stunt lawak2 dan lari-larinya.....maka filem2 Chow juga menunjukkan gaya tersendirinya juga.....penggunaan CGI yg tepat dan tidak kelihatan pelik macam filem2 Hong Kong yg lain....


Revolusi Filem Kung Fu....

Banyak filem Kung Fu pernah dihasilkan....dan dalam banyak2 tuh ada beberapa perkara yang dah menjadi stereotype....dan dlam Kung Fu Hustle dilihat cuba lawan arus sedikit....contoh ketara ialah watak jahat utama...cuba imbas kembali filem2 Kung Fu terdahulu....dimana watak2 jahat utama digambarkan cukup hebat pada pandangan pertama....kebiasaannya watak berwajah dingin dan kejam....seringkali juga berambut putih.....namun agak melawan arus apabila dalam Kung Fu Hustle dia mula memperkenalkan watak utama dengan cara berbeza....ditunjukkan sebagai org tua sememeh yang tengah berak.......Malah, jalan cerita filem ini...secara keseluruhannya cukup terasa keasliannya......


Elemen Komik Tony Wong....

Sesiapa yang pernah membesar dengan komik-komik fighting buatan Hong Kong, khasnya produksi Tony Wong pasti akan perasan akanya....dalam hati kata wow....ia pasti mengingatkan kepada adegan2 dari komik2 yang pernah dibaca....cukup ketara ialah menerusi adegan lawan yg ada dua lelaki main "harp" tu....kalau mengikut bahasa terjemahan komik, Harp itu dikenali sebagai kecapi.....seringkali dalam komik2 Tony Wong, adengan tempur disertai dengan lukisan aura-aura yang mebayanginya...samada aura senjata, roh hantu, dewa dan Budhha.....kita dapat melihat semuanya dalam filem Kung Fu Hustle....kemunculan aura2 pedang dan roh-roh hantu dalam serangan "kecapi" itu cukup mempersonakan.....begitu juga dengan adegan pertempuran akhir dimana imej Buddha terbentuk di awan langit sebelum Sing menyerang si jahat di permukaan bumi....ada twist sikit disitu...kalau dalam komik serangan telapak tangan dari udara mungkin disertai oleh aura Budhha yang bersinar emas......Imej awan berlingkar dengat kilat sabung menyabung yang menyelubungi langit rumah sakit jiwa itupun sebenarnya kerapkali dilihat dalam komik-komik Tony Wong....

Malah...kisah pasangan suami isteri yang bersembunyi dari "dunia kepahlawanan" dengan hidup sebagai org biasa dan menyorok abiliti sebenar mereka juga agak biasa dilihat dalam komik-komik pertempuran Hong Kong......begitu juga dengan watak hero yg tercedera teruk dan akhirnya dirawat dengan pelbagai ubatan herba sebelum muncul lebih gagah sedikit sebanyak mengingatkan kita kepada karekter "penjejak awan" dalam siri-siri awal komik Pedang Setiawan(bukan komik TW).....

Bagaimanapun, penjahat super dari rumah sakit jiwa sedikit sebanyak macam cerita Batman....dan line terjemahan BI " Great power come wth great responsiblities" itu semacam disengajakan diambil dari citer Spiderman...memang ada nilai Humour disitu...bagi sesiapa yang memahaminya....pasal itulah aku katakan filem Stephen Chow kali ini agak bijak.....sama juga apabila si makcik landlord menyebut namanya sebagai "Helen of TroY"....


Artistik ?

Sebenarnya susah nak cakap macamana artistik ni....seni itu luas dan halus....dalam pengarahan kamera sahaja ia menjadi seni....penataan warna dan cahaya juga menjadi seni....seni akan menjadikan sesuatu yg biasa kelihatan lebih menarik.....oleh itu, boleh dikatakan Kung Fu Hustle banyak mengandungi seni....tapi yang paling menarik...pada aku ialah...adegan akhir...dimana Ah Sing bertemu kembali dengan gadis bisu penjual ais krim dihadapan kedai lolipopnya.....kenapa scene bertukar kepada budak kecik.....? Ia bukan saja menjelaskan bahawa, dua individu yg pernah bertemu dizaman kanak2 reunite kembali, tetapi juga cuba menjelaskan perasaan kasih sayang dizaman kanak-kanak itu......kata org, perasaan kanak-kanak lebih jujur.....mereka lebih telus dan bersih....apabila terbit rasa cinta...cinta kanak-kanak itu lebih suci....benarkah....? sebenarnya falsafah ini digunakan dalam filem Sepet....maka aku menaggap adegan akhir dalam filem Kung Fu Hustle ini juga menggunakan pendekatan falsafah yang sama....

Elemen romantik antara Ah Sing dengan si gadis bisu pada aku sebenarnya bukanlah tak perlu, malah aku rasa agak penting dalam filem ini....kita kena lihat dari sudut yang lain pula.....apabila Ah Sing mengetahui wanita itu...dia menjadi terganggu....jiwa manusia dia berolak....kerana menolong gadis itu ketika kecil dia mengubah pendirian utk menjadi orang jahat......apabila bertemu kembali dengan si gadis, dia menjadi keliru...perlukah dia menjadi org jahat ? secara x sengaja dia telah menyusahkan gadis yg sama yg ingin ditolongnya semasa kecil.......konflik jiwa sebegini, walaupun kecil....sedikit sebanyak memberi nafas "humanity" kepada filem ini......dan....Lolipop berwarna warni itu menjadi simbolik yang cukup bermakna.....


Subtitle....

Nak kata...subtitle BM filem ni sangat teruk.....adakah kung fu Lion Roar dinama sebagai Kung Fu SInga sahaja ? tak make sense langsung......mujur ada subtitle BI...kalau tak memang banyak perkara tak difahami atau sampai nilai Humor nya......bukankah lebih baik kalau penterjemah komik2 HK di Malaysia yg buatkan subtitle nya...barulah ada istilah2 yg sedap didengar....macam Hikmat Aura AUman SInga ker....heheh.....by the way...seingat aku...nama lorong tempat org-org yg bermusuhan dengan geng kapak tuh rasanya ada nama khinzir tapi tak disebut dlm subtitle BM pula....


18 PL....

selain daripada violence....aku tengok adegan nampak bontot tu tak cencored jugak....patutlah 18 PL....tapi kalo citer local, harusler LPF tak kasik lepas langsung......


Matrik Reloaded

Bila geng kapak VS ah sing yang dah berubah tu.....adegan2 fight yg berlangsung seakan2 adegan fighting antara Neo dengan puluhan AGent Smith dalam Matrix Reloaded......Ah SIng yang berubah menjadi cool itupun tampak macam si Neo juga...namanya pun The One juga....cuma macam IrvingLorenzo kata, aku pun x faham bagaimana dia boleh menjadi The One ? apa kaitannya dengan simbolik rerama keluar daripada kepompong itu ? Melihat kredit akhir filem ni...baru kutahu yang Yuen Po ke apa nama dia tah yg menjadi koreografer bagi filem ini....individu yg sama yg menjadi koreografer utk trilogy Matrix...patut la......tapi aku rasa filem ni dah kalahkan Matrix, utk adegan tempur.......


......

apa lagi ya ? yang boleh aku katakan ....nampaknya setakat itu saja yang teringat.....apa-apa pun....aku tidak ragu-ragu lagi untuk menyenaraikan filem ini sebagai antara 2004 movie of the year.......ia cukup segalanya...cuma terpulang kepada bagaimana para penonton melihatnya dari pelbagai sudut perspektif.......

[ Last edited by GAIA on 3-1-2005 at 03:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2005 04:33 PM | Show all posts
Stephen Chow pun ada menyatakan "i tak tau mcm mana i boleh hasilkan filem ni.. i keje punye keje punye keje.. tup tup filem ni dah jadi cam ni.. ianya seperti satu ke ajaiban bagi saya.. saya sungguh bangga.."

Ramai orang kata Stephen Chow ni IS an absolute gifted actor, and, now film maker.. and i setuju dgn dorang..

I cuba jawab kemuskilan awak eh Irving.. here we go..


Originally posted by IrvingLorenzo at 1-1-2005 09:20 PM:
aku tak paham apa kena- mengena watak stephen chow dlm citer ni?? camne dia bleh jadi the one dan apa hubungan dia dgn org2 dari pig sty atau apa hubungan dia dgn pakcik dan makcik tu?? camne dia bleh jadi kuat tiba2 terutamanya masa lawan last skali tu?? seriously, watak stephen chow tak berapa memberi kesan dlm citer ni. yg lain aku pahamla nape diorg kuat mcm tiga org warriors tu plus pakcik dan makcik tu tapi stephen chow tu aku tak paham peranan dia dlm citer tu/nape dia leh tiba2 kuat. pastu camne dia bleh ada rapid healing powers(kuasa menyembuhkan diri)??kalo sesapa yg dah tgk citer ni dan paham watak stephen chow dlm citer ni...tolong jelaskan..aku tak paham.


Pada waktu tu ramai orang susah kat Hong Kong.. susah ya amat dan susah jugak nak dapat kerja.. si Stephen dan kawan gemuk dia tak terkecuali.. Dorang nak cari duit senang dgn menipu.. makan ice cream tak bayar.. gunting rambut pun tak nak bayar.. Dorang datang ke Pig Sty sebab nak cuba nasib lah.. He and his friend was only a wanna be gangster, sebab dia fikir kehidupan gangster nyaman and glamourous.. Tu sebab dia terlibat dgn the Axe gang.. But in the end dia tak boleh menipu diri dia, kebaikan tetap mengatasi kejahatan.. Tu sebab dia akhirnya berpaling tadah dan seterusnya membantu orang yg kena buli dan dizalimi walaupun dia takde apa
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2005 05:13 PM | Show all posts
ambo sempat juga menonton filem ini  bersama sahabat (thanks sahabat sbb belanja ambo)...

kebetulan sememangnya kami peminat CSC...namun ketidakhadiran ng man tat sedikit sebanyak membuatkan filem ini kekurangan sesuatu...walaupun tidak dinafikan watak2 hero kungfu veteran banyak membantu...

jika dibandingkan dengan shaolin soccer dan filem2 lawak CSC terdahulu, tahap lawak filem ini mungkin agak kurang %nya, namun tetap menghiburkan...

kira cam complete package lah...untuk satu tiket wayang, semua unsur ada...aksi, lawak, sedih, gumbira, cinta, kemanusia dam macam2 lagi...

kesimpulannya, tak rugilah menonton filem ini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2005 04:03 PM | Show all posts
baru tgk cita nie..lawak gilerr...rugi tak tgk..weiii
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2005 04:11 PM | Show all posts
:setuju:
memang best... paling best masa diaorg baling pisau tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2005 05:12 PM | Show all posts
baru dapat chance tengok malam tadi... tunggu skolah bukak baru pergi :bgrin:

not bad.. tapi aku rasa shaolin soccer lagi banyak membuat aku tergelak... maybe pasal aku kaki bola kot..

apa2 pon.. awek aiskrim tu cun siotttt.... :hug:
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2005 07:10 PM | Show all posts
Originally posted by Nesta13 at 5-1-2005 05:12 PM:
baru dapat chance tengok malam tadi... tunggu skolah bukak baru pergi :bgrin:

not bad.. tapi aku rasa shaolin soccer lagi banyak membuat aku tergelak... maybe pasal aku kaki bola kot..

apa2  ...


awek aiskrim tu, senang jer belakon.. tak dak dialog ehehe:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2005 07:54 AM | Show all posts
banyak sangat mengarut....kelakar tu mmg kelakar....tapi plot cam tak berapa strong...oleh kerana aku dah teruja sangat Shaolin Soccer yg aku dok ulang beribu kali tapi still gelak jadik expectation aku utk movie ni mmg tinggi melangit cam scene Sing kena tumbuk ngan The Beast sampai naik ke langit tu...tinggi giler tu.... jadi akhirnya aku jatuh berbeduk bila keluar dari panggung.... lelebih sangat ngarutnyer.... keciwa la jugak rasanyer... camner pun aku enjoy gak masa scene fight 2 org buta tu... dasat gak... tapi rasanyer aku takkan ulang tengok citer ni cam Shaolin Soccer tu....

so aku kasi 2 bintang jer....
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2005 02:55 PM | Show all posts
aku dah tgk citer ni
beli vcd kat pasar malam serdang hihihihihihihi...
okaylah citer dia .. tapi cam ada kureng sikitlah
tak mengancam seancaman shaolin soccer
Reply

Use magic Report

morningdew This user has been deleted
Post time 6-1-2005 03:06 PM | Show all posts
hahahahha.. that's me dari beginning sehingga ke akhir cerita, my Bf yang tak faham even single word' pun boleh ketawa macam faham.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2005 05:27 PM | Show all posts
aku kasi tiga bintang..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2005 05:51 PM | Show all posts
cerita ni memang best.
terhibur dari awal.cuma ganas sikit.
Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 6-1-2005 09:22 PM | Show all posts
aku beli dvd jek
kihkih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


butterfly_23s This user has been deleted
Post time 7-1-2005 11:15 AM | Show all posts
mmg best citer ni...
effect dia mmg cantik la
tp...xbyk lawak
stephen chow pn xbyk memainkn peranan...
cuma di babak akhir je dia jd hero
Reply

Use magic Report

haLLie This user has been deleted
Post time 8-1-2005 05:26 AM | Show all posts
lahai.. apsal la sket sangat scene stephen chow kali ni...?
busan plak asyik fokus kat watak2 lain tu...
kelakar mmg kelakar but tak pueh tengok sbb SCnyer watak sikit...
pastu banyak potong plak tu...
dah kata 18PL tu wat per nak potong lagi.... potong betul la... tensen haku...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2005 05:43 PM | Show all posts
btol la...dia macam tenggelam skit ditengah cerita...patutnya watak dia mesti nampak lebih kuat.....sebab dia utama
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2005 07:00 AM | Show all posts
mengarut aaa citer ni... melampau lampau sangat effectnya... dah jadik tak besh..
kelakar tu mmg la kelakar tapi  segi jalan citerpun tak kuat... adakalanya semasa menonton terasa diri di perbodoh bodohkan dengan adengan yg di papar. kiciwa le ngan filem ni. mungkin sbb aku menaruh harapan segunung tinggi citer ni dapt mengulangi kehebatan citer sholin soccer... tapi sayang.. mengarut sangat. bykk gak scene potong plak tu.... tak bley diangkat filem best tawun ni le aku rasa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.773662 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list