CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nokia3220

First Love Of a Royal Prince ~ Sesi Borak2

 Close [Copy link]
Post time 1-2-2005 09:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2005 11:58 PM | Show all posts
kimmy , phoenix tu phoenix blood ke?
nak tanya berapa harga vcd prince first love ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2005 08:56 AM | Show all posts
Originally posted by Michi at 1-2-2005 11:58 PM:
kimmy , phoenix tu phoenix blood ke?
nak tanya berapa harga vcd prince first love ni?



phoenix tu korean drama atau nama lain dia Firebird. Prince First Love cd ni kalau tak salah dlm harga RM30++, try tgk kat kotaraya. Pasal aku beli kat tempat lain.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2005 09:15 AM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 2-2-2005 08:56 AM:



phoenix tu korean drama atau nama lain dia Firebird. Prince First Love cd ni kalau tak salah dlm harga RM30++, try tgk kat kotaraya. Pasal aku beli kat tempat lain.


harga Pheonix mahal 100++ rasanya kat SM...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2005 12:54 PM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 2-2-2005 08:56 AM:



phoenix tu korean drama atau nama lain dia Firebird. Prince First Love cd ni kalau tak salah dlm harga RM30++, try tgk kat kotaraya. Pasal aku beli kat tempat lain.



30 lebih jerr kerr....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2005 01:30 PM | Show all posts
Originally posted by captain_f4 at 2-2-2005 12:54 PM:



30 lebih jerr kerr....


bukan 30 lebih....tapi RM 77.00 cite First Love Of royal Prince...Keluaran PMP..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2005 09:16 AM | Show all posts
la... 70 lebih kerr...   byk lagi citer yg aku nak beli ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2005 01:33 PM | Show all posts
mahalnyer..?kalau keluaran PMP mesti mahal....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2005 01:38 PM | Show all posts
kimmy bz kerr....  tak sambung sinopsis nie...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2005 03:44 PM | Show all posts
Originally posted by captain_f4 at 8-2-2005 01:38 PM:
kimmy bz kerr....  tak sambung sinopsis nie...



kau cuti cina raya dulu. Masa cina tgh raya nanti aku sambung balik.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2005 04:05 PM | Show all posts
:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2005 11:19 AM | Show all posts
EPISOD 3

GH bukan main seronok berjoli sakan , sambil berenang kat Bali. G/f yg ikut sama pun sibuk buat bali massage. Tengah senang lenang kat pool., tiba2 dia terserempak dgn setiausaha bapanya yg datang mencari dia. Nak sorak kat mane lagi, terpaksalah berdepan. Akhirnya playboy ni terpaksa balik ke Korea. Sampai kat rumah, (rumah dia ada escalator!), bapa dia bagi penampar sebijik. Berpinau mata kena kat pipi, jam tu gak melutut depan bapa dia. Bapanya tak bagi dia sambung belajar lagi, disuruhnya dia bekerja disyarikat bapanya jadi ejen bahagian pelancongan. Bengang kawan bila dengar kena kerja, duduk melanguk kat bilik susah hati (bilik cam kat hotel).

Dirumah YB, dia dan keluarga sedang makan mlm. bila mak dia  bukan main baik layan dia makan, suruh makan banyak sebab dia dah di offer kerja kat office SH. Bapa JB kata, mungkin bukan bagi kerja, boleh jadi SH cuma nak bagi hadiah handphone. Mak nya yg sibuk nak bermenantu ni kata, JB memang ada jodoh dgn SH dan bekerja sebagai setiausaha nya. Bapa JB bertanya, bukan kah JB mahu menjadi pemandu pelancong? Maknya menyampok, lebih  baik jadi setiausaha SH, dapat memikatnya , kemudian bercinta dan berkahwin. JB kemudian menerima panggilan talipon yg meminta dia datang untuk temu duga jawatan GO (Guide Officer) pada hari Selasa. kata JB pada bapanya, masa mahu kerja, tiada satu pun kerja, sekarang, berturut2 lak dia dapat kerja.

Tuan muda yg tak mahu bekerja ni, terpaksa ikut bapanya ke pejabat. Muka bosan semacam je. Office yg diberikan padanya bukannya duduk dlm bilik yg best, tapi duduk kat luar dgn staff yg lain. Dia kemudian diperkenalkan sebagai Ejen Fakulti Personal GO yg baru. Kemudian diberi sorang asisten lelaki untuk menolong dia, muka sebiji mcm badut sarkas. Mengeluh dia!!.
Asistennya kemudian memberikan tugas yg sepatut dia handle, mcm2lah kawan ni cakap, GH buat dek aje. Orang lain sibuk buat kerja dia sibuk dok talipun member dia ajak keluar makan.

GH keluar pejabat, terus ke lift. Masuk je dia dlm lift, JB pun sampai untuk temu duga. Yg temu duga dia, asisten GH. Yg menemu duga bertanya soalan dlm bahasa orang putih yg aku sendiri tak faham apa dia cakap, tapi yg ditemu duga, bahasa orang putih lebih baik lak dari sipenemu duga. Kelakar!!:lol.

GH pula sedang elok makan2 dgn kawan dia Jin Ho. JH gelakkan dia sbb terpaksa bekerja, dah hilang part macho dan playboy dia. Kata GH, nasib dia begitu malang sekali selepas bercuti di Saporo dulu. Jawab JH, semuanya kerana salah Asako. Dia minta maaf pada GH sbb bawa Asako ke majlis hari jadi GH dulu.

Yisu kawan JB yg bekerja di Jepun pulang ke Korea, dan JB menyambutnya. Sedang mereka gembira berpelukkan gembira bertemu, JB menerima panggilan talipon, yg memberitahu dia berjaya dlm temu duga tempoh hari dan akan dilantik menjadi GO serta akan dihantar ke Bali.  YS begitu gembira mendengarnya, kerana dia juga akan ke Bali, tapi JB tidak nampak happy.

YS terkejut bila JB memberitahu yg dia ingin menjadi setiausaha SH yg dipanggil "Batman". YS tidak puas hati, kerana JB nak melepaskan impiannya menjadi GO. Sudahlah belajar Inggeris selama 3 tahun, bersusah payah menunggu begitu lama, tak mahu lak kerja GO. YS paksa JB pergi ke Bali, katanya kalau JB tidak mahu, dia akan menanggalkan bajunya disitu dan menari, lagi pun tempat tu tgh ramai orang. Akhirnya JB setuju, itu pun setelah YS dah nak buka baju dia.

Staf GH memberikan dia senarai GO yg dipilih. Malas saja mamat ni nak layan staf dia. G/F dia Hei Mi menalipon dia, sambil dia belek2 biodata bakal GO. Tgh sedap2 bercakap, tiba2 dia ternampak biodata JB. Senyum lebar dia. Dia kemudian memberitahu stafnya yg dia akan menemu duga sekali lagi calon GO yg terpilih.

JB dan YS sedang bersiar2 dgn motosikal yg dipandu YS, bila JB menerima panggilan talipon. Dia dipanggil untuk ditemu duga sekali lagi. Dia kehairanan, dan bertanya pada YS bukankah dia sudah ditemu duga dan diterima bekerja? kenapa mesti ditemu duga sekali lagi.

Besoknya JB memberitahu ibunya yg dia akan pergi temu duga. Ibunya menyangka yg dia akan ke pejabat SH. YS datang menjemput JB. Ibu JB tidak begitu suka dgn YS. Ibu JB terkejut melihat baju yg dipakai YS, nampak pusat. membebel orang tua tu kat YS. kata YS, inilah yg biasa dia pakai. Tanyanya kat ibu JB, sudah 10 tahun dia berkawan dgn JB, kenapa ibu JB masih tidak suka padanya.  Ibu JB tidak mahu YS menghasut anaknya bekerja sebagai GO.

JB masuk kebilik untuk ditemu duga. Sedia menanti GH dgn tgn melindungi mukanya.  GH bertanya:

GH   :  " nama kamu, Kim Yu Bin?"
YB   :  " ya"
GH   :  " ya kah?, saya sangka 'Asako?" (sambil memandang kedepan)
GH   "  " lama tak jumpa Asako!. Mengapa terkejut? Tak kan bersalah pada
            saya. Ha! baru saya teringat, kamu telah banyak bersalah pada saya
            semasa diSahoro. Dunia ini memang adil, kamu memohon kerja, dan
            saya menemu duga kamu disini.... kenapa asyik  mengeluh?.........
            buruk betul sikap kamu, potong 5 markah!!  Kalau kamu jadi GO,
            bolehkah kamu buat dgn baik? Pasti kamu akan berbohong kemerata
            tempat dan bercinta dgn tetamu. Saya risaulah!. Baiklah saya tanya
            satu soalan serius. Kamu rasa saya akan mengupah kamu atau akan
            menggagalkan kamu?  beritahu saya.

JB    :   " kamu sedang mempermainkan saya?"

GH   :   " melawan cakap lagi, potong 10 markah!  Kim Yu Bin sedang
             menghadapi bahaya kegagalan dlm temu duga terakhir. Jawab!
             Baiklah kalau susah nak jawab, saya bagi kamu 3 pilihan:
             pertama,  menggagalkan kamu dgn kejam
             kedua,   menggagalkan kamu dgn kasihan
             ketiga,  menggagalkan kamu dgn ringan
             keempat, samada mengupah kamu atau menggagalkan kamu.

JB   :    " saya jawab sekarang, jawapan, adalah kelima. Sebelum kamu
             menggagalkan saya, saya memutuskan tidak akan bekerja.

GH  :   " Asako, kamu lucu! Saya boleh beri peluang kamu menjadi GO,
            asalkan kamu berlutut meminta maaf pada saya, terhadap semua
            yg berlaku di Sahoro. Saya akan benarkan kamu pergi ke Bali."

JB terus aje keluar. YS yg menunggu bertanya bagaimana temu duganya dan mengapa mukanya muram, apabila GH keluar dan menyuruh stafnya membatalkan dari mengupah JB. Terpinga2 YS memandang GH. Diluar JB bersungut2, kenapa dia mesti berlutut memohon maaf pada GH.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2005 01:28 PM | Show all posts
SAMBUNGAN EPISOD 3

JB kepejabat SH. Dilihatnya SH sedang bermesyuarat. Suka je minah ni tgk batman dia dari luar, senyum2 lagi dia. Selepas menyuarat . JB masuk kedlm. Dia bertanya kenapa memanggil dia kesitu. SH memberikan dia handphone baru menggantikan handphone lama. Frust tul JB, muka mcm nak nangis, perlahan je nak keluar, bila tiba2 SH bersuara. kata SH, pendirian dia tentang ciri2 seorang setiausaha tetap tidak berubah. Dia merasakan JB kurang sesuai, tetapi.... dia memberi satu peluang pada JB. JB diberi satu minggu untuk tempoh percubaan dan SH akan memutuskan kemudian sama ada dia akan mengupah JB atau tidak. Gembira sakan minah ni, jam2 tu gak nak kemaskan gelas2 atas meja mesyuarat. Kata SH, JB mula bekerja esok.

JS meradang pada GH kerana tidak mengambil JB bekerja, tapi JB pula sibuk cakap pasal 'batman' dia. Meluat lak YS mendengarnya. JB menunjukkan handphone baru dia pada YS, nak dibaling dek YS handphone, tapi sempat diambil balk olih JB. Ibu bapa JB datang untuk sama2 memeriahkan kejayaan
JB mendapat kerja. Yg paling hapi, mak JB,betul kata tukang tilik katanya, nasib JB baik tahun ni.

Sementara dirumah SH, dia sedang berbual dgn ibunya. Ibunya memuji JB yg comel. Kata ibunya tak ada pengalaman sebagai setiausaha tidak bererti tidak tahu bekerja, tetapi yg penting dapat menguruskan sesuatu kerja dgn sempurna. Tanya SH, bagaimana ibunya tahu. Kata ibunya dia dulu bekerja sebagai seorang setiausaha. Dia kemudian melihat ke lukisan didinding dan teringat kata2 dari teman lelakinya yg mengajak  dia melarikan diri ke Tahiti.

Sementara dirumah GH, bapanya bertanya perkembangan perkerjaannya. Bapa nya meminta dia menghadirkan diri kesebuah seminar yg akan diadakan besok. Mendengar ucapan dan mempelajari menjadi seorang business man.
Hancur luluh harapan GH nak pergi enjoy besok, semua plan kena kensel.

JB cukup gembira datang kepejabat, mulut tu senyum aje. Sampai dipejabat dia, SH dah ada. Minah ni hapi sesangat, cakap good morning. SH memanggil JB kedlm. SH mahu JB datang lebih awal. Dia mesti berada dipejabat sebelum SH datang dan tidak boleh balik, selagi SH belum balik dan juga kerja overtime. Kena pulak pakai pakaian yg bersesuaian (minah ni pakai skirt pendek yg ketat).

Dipejabt GH, dia teringat kata2 Jb yg tidak mahu bekerja dgnnya.  Dia kemudian menerima panggilan talipon. Sambil bercakap, Sambil tgn dia menconteng gambar JB. Kat gambar tu dia lukis titik2 hitam kat kedua2 belah pipi JB dgn lidah JB terjelir keluar. Lepas tu dia keluar. Rupanya mak we dia datang nak jumpa dia.  Asisten dia bukan main suka dapat berjumpa dgn pelakon, siap suruh sain autograph. Bila tersentuh tgn pun dia suka sakan mcm budak2 dapat ice cream. Cakap pulak dgn GH. GH tanya dia umur berapa tahun. jawab dia 27 tahun. Mcm budak2 kata GH. GH tanya mak we dia kenapa datang. Jawab mak we dia , saja datang nak tgk GH.

JB yg tak habis hapi sakan ni, sibuklah letak bunga kat meja SH. SH masuk dan suruh dia buat kopi. Sedang tuang kopi SH panggil JB. Dia tunjukkan surat yg dah basah kat JB, tanya JB letak surat ni atas meja ke? JB tak perasan yg vase bunga tu dah retak, air meleleh keluar. Malu2 dia ambil balik surat tu, sambil meminta maaf.

GH sedang ukur badan nak buat baju baru, bila asisten dia remindkan dia tentang seminar yg akan dia hadiri. GH tanya kalau dia tak pergi, asisten dia akan mengadu pada bapanya ke? Jawab assiten dia, dia takut pada bapa GH.
Mahu tak mahu terpaksalah dia pergi jugak.

JB sedang terkial2 menaip surat. Kawan pejabatnya datang mengajak dia pergi minum. JB suruh dia senyap, sbb SH ada didlm. Tanya kawan dia, bukankan SH sepatutnya pergi keseminar?  Barulah JB ingat, dia lupa nak remindkan bos dia. Meradang SH kat dia, suruh masukkan maklumat kdlm bag. Minah ni terus je sambar masukkan dlm bag. Dlm teksi, SH belek2 maklumat dia, tgk2 salah maklumat. Talipon kat JB, minah ni jumpa maklumat yg dicari, dia tersalah masuk maklumat tadi. SH suruh dia hantar sebelum pukul 6. Menggelabahlah JB, mcm mana nak pergi, waktu tu jln dah  jem.

Terpaksalah dia minta tolong kat YS hantar dia dgn motosikal. GH pula tiba didewan dgn asistennya. Peserta seminar melihat nama2 orang yg penting yg tersenarai,termasuk nama SH sebagai orang yg terpenting dlm usia baru 30 tahun. Kata mereka mungkin SH akan mendapat anugerah pengurus. GH yg ada disebelah bosan je mendengar. JB akhirnya sampai setelah tersekat dgn kesesakkan lalu lintas dan SH yg dah jenoh menunggu. First day, minah ni dah buat silap. SH dijemput memberi ucapan. GH yg bosan mendengarnya, tertolak kerusi dia kebelakang. Bersiut bunyi kerusi, ucapan terhenti, mata semua memandang . Bangun dia sambil minta maaf  dan berkata,ucapan SH membosankan.

JB bukannya balik kepejabat, tapi pergi intai SH beri ucapan. Siap cakap lagi , tampannya SH. Dia tak sedar yg GH ada dibelakang dia sama2 intai. Tanya GH, apa kekacakkan dia?. Benci JB melihat GH terus keluar menemui YS. Gh keluar dan YS meminta GH belaja mereka minum kopi, sbb dia nak cakap sesutau dgn GH. YS memberitahu yg JB sudah 3 tahun belajar untuk menjadi GO. YS meminta GH supaya memaadkan JB. Dia juga beritahu yg JB sekarang bekerja sebagai setiausaha Cha Sung Hyun. Kata GH, rupanya JB menajdi setiausaha pada orang yg menyangka dirinya hebat. Marah JB kerana GH mengkritik SH. kata GH, rupanya JB suka pada SH. Ys menyampok, yg penting bukan ini, walau pun JB suka pada SH, tapi JB tidak suka kerja seabgai setiausaha. Jb memarahi YS dan terus bangun.

JB kemudian berjumpa dgn SH. SH beranya kenapa dia tidak balik. Jawab Jb, dia menunggu Sh untuk balik bersama. Gh kemudian datang dan berkata paa JB" kita bercintalah". Terkejut JB, kemudian memandang SH. SH terus pergi.
Tanya JB pada GH, dia sudah gilakah, apa yg dia merepek. Kata GH, SH pergi tanpa memperdulikan JB setelah medengar kata2 GH, nampaknya hanya JB yg tergila2kan SH. Seronoknya kata GH, Asako pun tahu suka kan orang. JB tidak suka GH  campur urusannya dan berharap tidak akan berjumpa dgn GH lagi.

JB yg kepenatan diganggu ibunya yg bertanya mengenai hari pertama pekerjaannya, dan kenapa balik lebih awal. kenapa tidak menonton wayang bersama. Jawab JB hari ini kelam kabut, kerana banyak buat salah. Dia kemudian mengunci jamnya kepukul lima.

Besoknya JB awal ke pejabat. Dia kemas bilik SH, lap meja, lap talipon, nama jawatan SH pun habis dia lap. Sampai SH kepejabat dia minta kopi. JB bawa masuk dua cawan kopi, letak atas meja, ambil kerusi duduk dan minum kopi depan SH. Tanya SH apa yg JB buat? Jawab JB bukankah tadi SH suruh dia buat kopi dan masuk kedlm? SH bagi dia surat suruh faikan dan keluar dari bilik. Sebelum tu dia sempat beri amaran tidak mengemas bilik dia tanpa kebenaran. Jb cuba menerangkan yg GH tidak ada apa2 hubungan dgn dia, tapi jawab SH, dia tidak berminat dgn soal peribadi JB.

JB masih lagi terkial2 nak siapkan surat yg disuruh SH taip. Dia tidak faham beberapa ayat dlm surat, minta SH tolong jelaskan. SH mahu surat itu disiapkan secepat mungkin sebab mereka akan keluar dlm masa 30 minit kesuatu tempat.  Diluar pejabat SH bertanya samaada dia boleh memandu kereta? jawab JB boleh. SH kemudian menyuruh JB memandu dan dia duduk mcm big bos kat belakang.  JB betulkan cermin kereta, start kereta, tekan minyak.....  terlanjak kereta tu kedepan, temasuklah SH juga terlanjak kedepan. Berpeluh2 minah ni bawa kereta. bawa slow lak. SH melawat tempat2 pemasaran saperti TV dan talipon.

Balik dari tempat melawat, JB bertanya apa yg akan SH buat selepas kerja, tapi SH tidak mahu dia bertanya soalan peribadi. Dipertengahan jalan SH menerima panggilan talipon. Sia menyuruh JB memberhentikan kereta. Tempat tu agak sunyi dikawasan perkampungan, yg ada cuma lembu sekor tgh makan rumput. SH menyuruh JB keluar dan dia masuk ketempat pemandu. Dia terus tutup pintu. Terkejut JB, bila dia suruh JB balik ke office sorang2. Tinggallah minah ni sorang 2 kat situ, terlopong dia !!

Geram JB menalipon SH, cakap yg dia bukannya bag boleh ditinggal2kan  sesuka hati walaupun sibuk. Tempat yg ditinggalkan bukanya ada teksi, kereta pun tak  lalu. Dia cuma mahu sedikit masa bersama SH agar lebih saling faham memahami sesama sendiri, baru boleh bekerja bersama. SH hanya menjawab dia sedang memandu sekarang.  YS sedang shopping bila J B menalipon mengadu nasib kat dia. Akhirnya JB dapat menumpang sebuah lori untuk balik ke Seoul, itu pun duduk senget sebelah sbb penumpang sebelah dia terlentuk2 tidur nyaris2 kena bahu dia. END PART 3
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2005 01:10 AM | Show all posts
EPISOD 4

GH sesuka hati je keluar pejabat, tak sampai pun 10 tiba pejabat. Penatlah asistennya cuba halangkan. Dia pergi ke shopping komplex dgn JH. JH tanya nak buat apa kat situ, jawab GH dia nak kenakan Asako. Dia pilih baju, suruh hantar pukul dua, pilih kasut hantar pukul tiga, pilih bag tgn hantar pukul 4 dan yg akhir, rantai dan ear ring pearl, mesti hantar pukul 5 pada........JB.

JB sedang makan lunch dgn SH. Dia beritahu SH, sandwich yg selama ini SH makan dipejabat , dia yg buat.  Tiba2 talipon dia berbunyi, cepat2 dia matikan. SH tanya, kenapa tak jawab mungkin ada perkara penting. Kata JB, tak ada apa2 yg penting.  kali kedua , taliponya berbunyi, terpaksalah dia jawab. Dari kawan pejabatnya bertanyakan dia dimana. JB memberitahu yg dia sedang lunch dgn SH. Kawannya terkejut, sbb SH tidak pernah makan bersama Setiausahanya. Bukan main suka minah ni dengar, bila kawannya kata mungkin SH suka pada dia.

Tepat pukul dua, hadiah JB sampai, ketika dia bersama dgn SH dlm pejabat. Tukang hantar siap cakap hadiah dari GH. Nak dipulangkan balik, orang tu tak nak ambil. Resah JB, sambil tu mata dia sempat jeling kat SH. Pukul 3, kasut dia lak sampai, ucapan pun sama dari GH. SH dari bilik tgk aje.  SH keluar kata nak pergi mesyuarat. Pukul 5, rantai dia sampai. Ada lagi rupanya, pukul 6
bunga lak sampai, SH tolong bukakan pintu. SH mahu balik dan berpesan supaya JB mengingatkan bf  JB supaya jgn mengacau kerja dia. Kata JB, itu bukan bf dia.  GH menalipon, bertanyakan samaada dia suka tak dgn hadiah yg diberi. Geramnya JB, suruh GH tunggu sampai dia datang.

GH relax je duduk sambil makan tunggu JB. JB datang, bawa semua hadiah yg diberi GH. Dibuangnya semua hadiah tu depan GH. JH marah pada JB kerana tak bersopan, nak dibaling balik bunga pada JB, tapi ditahan GH. Tanya JB:

JB  :  " apa yg sebenarnya kamu mahu?"

GH :  " kenapa? tak suka hadiah yg saya bagikan?"

JB  :  "bagaimana kamu harap saya layan kamu?"

GH :  "tak ada apa2"

JB  :  "jadi, kenapa kamu cari pasal dgn saya?"

GH :  "sebab saya suka tgk kamu marah"

JB  :  "kamu sanagka dgn buat begini, saya akan takut pada kamu?"
        "kamu sangaka saya akan melutut dan meminta maaf pada kamu?"
        " jangan harap..."

GH senyum je, kemudian mengajak JB duduk dan minum bersamanya. Marah2.... tapi duduk gak.  Minum segelas saja dah cukup kata JB. sampai situ saja dan jgn campur tangan dlm urusan dia lagi, sambung JB. GH senyum je, cakap, kalau dia campur tgn gak, JB nak buat apa? Nak mengadu pada ayah dia lagi ke?

JB keluar, terlanggar lak bahu dgn gf GH yg datang nak jumpa GH. Gf perasan ni tanya kenapa JB ada kat situ. Baru je sepatah dua cakap jumpa GH, dah kena lempang dek gf GH, siap bagi amaran lagi jgn dekat pada GH.

Pejabat SH berjaya dlm projek kerja mereka. JB yg tak tahu etika setiausaha,sedap je mulut cakap pada SH belanja mereka semua minum, Staf yg lain semua pandang aje. Entah apa baik hati SH hari tu, nak pulak dia pergi minum. Pergi minum, bukan minum aje, siap berdisco sakan lagi.  SH balik kepejabat dia, cuba menyiapkan pelan projek dia. Tgh2 fikiran kusut masai nak siapkan, tiba2 minah JB ni hulurkan kopi kat dia. Tanya SH, kenapa dia belum balik, Jawab JB, sebab SH belum balik cam ne setiausaha nak balik.
Susah tul jadi setiausaha yg tergila2kan bos ni, asyik tengok je kawan tu.

JB ni tak sudah2 nak tackle bosnya, dah lah kawan tu tumpangkan dia, tanya lak lagi ada apa2 musik yg boleh didengar. SH suruh dia cari. Lain yg dicari lain lak yg dia jumpa. Kad jemputan untuk SH pun dia nak baca, siap lagi kata jamuan ni elok pergi kalau berteman. SH buat dek aje. Tak puas hati lagi minah ni, siap offer diri dia lagi pergi menemani SH. Diam aje mamat ni. Sampai rumah JB, SH hulurkan kad jemputan dan suruh jumpa dihotel pukul 6. Bagai pucuk dicita, ulam mendatanglah minah ni, suka nak mampus.

GH berjumpa dgn JH. JH memberitahu gf GH , Hei Mi dah terima satu pengiklanan kosmetik. Kata GH, JH lebih mengetahui perkembangan HM dari dia.GH tak berapa nak ambil endah sangat pasal HM. Tanya JH, kenapa? tak setanding dgn Asako Ke? JH tanya nama Asako adalah JB kan? tanya GH kenapa?. Jawab JH, nama dia ada tersenarai bersama SH dlm parti yg dianjurkan olih ayah JH. Kata JH lagi, sepatutnya SH tidak membawa setiausaha menghadiri jamuan saperti itu.  GH nak ikut JH pergi keparti tersebut. Tanya JH," kenapa nak memastikan mereka bercinta ke?" Kata JH lagi, dia tak dapat pergi tapi akan memasukkan nama GH.

Sementara JB pula yg seronok nak kejamuan dgn SH ni pergi pinjam baju dari kawan dia yg kerja kat butik. SH sampai kat hotel, tgh jalan nak masuk kedlm, terlihat dia JB sedang menunggu balik dinding. Dia pakai baju gaun tanpa lengan yg seksi, mengalahkan artis lak. Terkejut SH tgk dia.

Tgh sibuk2 berbual2 dgn tetamu yg lain, GH pun sampai. JB pulak dah ternampak GH, mulalah resah dia. Cuba menyelinap kesana kemari. GH datang berjumpa SH. Tetamu yg kenal pada GH memperkenalkan GH kepada tetamu yg lain. GH kemudian meminta kad dari SH, tapi SH mengatakan dia tidak membawa kad. Dari reaksi SH, nampak dia tidak suka pada GH. GH bertanya JB tak ikut samakah.  JB tgh sibuk menyorok kat belakang ukiran ais. Jenguk punya jenguk, ternampak dek GH akan JB. Dilambai2nya JB suruh datang kat dia. Kata JB...."kenapa dia datang, mesti nak kenakan saya ni, mcm mana ni?"

SH mencari JB dan bertanya kemana dia pergi?. JB sambil ambil makanan, mata dia mencari mana GH. Tak sangka lak dia, GH sebenarnya ada kat belakang dia. Terus je dia panngil "Kim Yu Bin!" Terkejut kawan, sampai terjatuh makanan dia terus kedlm pinggan. Kata GH, rupanya JB ada datang, dia ingat JB tak datang. katanya lagi, kenapa JB begitu sopan, sedangkan mereka dah bergembira berdua diJepun, sambil panggil nama dia "Asako:".
SH menyuruh mereka berdua berbual dan meninggalkan mereka berdua. Marah JB pada GH:

JB  :  " apa yg kamu buat?"

GH :  " kenapa? saya salah cakap ke?"

JB  :  " kita cakap ditempat lain"

Diluar GH bertanya apa yg JB nak cakapkan. JB sambil tunduk meminta maaf pada GH. Katanya, dulu dia yg bersalah. Tanya GH nak minta maaf pasal apa. Jawab JB , semua hal, termasuk menipu jadi Asako dan mengadu pada bapa GH dan melawan cakap GH. Marah GH:

GH  :  "cukup tu!!. Kamu sudah hilang daya tarikan".

GH pun terus bla.

SH sedap je makan sorang2, JB lak terkedek2 bawa makanan sendiri ke meja , dan duduk sebelah SH. SH bertanya, adakah hari itu  hari terakhir percubaan buat JB? SH mahu semuanya berakhir disitu saja. Tanya JB adakah disebabkan GH? Dia boleh menjelaskan semuanya. Kata SH, syarat JB untuk menjadi setiausaha tidak mencukupi. JB mahu diberitahu kelemahannya, agar dapat dia mengatasinya. Kata SH, JB kurang daya kefahaman, ketetapan dan ketelitian bekerja. Malah tak pandai dlm penyusunan pejabat, memanipulasi sistem dan pengurusannya. Kata JB, dia boleh belajar bersungguh2. Kata SH, JB tidak mencapai tahap yg dikehendakinya. Dia perlukan seorang setiausaha yg professional dan berpengelaman.

Baliklah JB naik teksi sambil menangis. Pergi lak kekedai minum arak, sampai kawan dia YS sampai. JB beritahu yg dia dah gagal jadi setiausaha. Dia beritahu YS apa yg SH cakap pada dia.Kata JB , dia memang kesian, GO tak jadi, setiausaha pun tak jadi, agaknya seumur hidup kena jadi penghantar sandwich.YS menyalahkan GH dan parti diJepun yg tak patut dihadiri dulu.Kata JB tiada apa 2 perubahan, YS akan ke Bali sebagai GO dan dia akan menjadi penghantar sandwich semula.

Dirumah SH, ibunya bertanya apa keputusan SH terhadap JB? Adakah terus jadi setiausaha? Jawab SH , tidak dan apakah ibunya kecewa? Jawab ibunya, sepatutnya SH telah membuat keputusan yg sesuai.

DiClub July, YS diberi tiket penerbangan untuk ke Bali. YS bertanya pada asisten GH kenapa JB boleh gagal pada hal telah dipanggil untuk bekerja. Asisten tu heran gak katanya. YS minta tolong asisten tu cakapkan pada GH, tapi asisten ni kata GH mana nak dengar kata dia.

Bapak GH datang kepejabat dan bertembung dgn YS yg baru keluar. YS memberi hormat. Dia kemudian mendapat idea dan berlari mendapatkan bapa GH serta memanggil "Pengerusi". Bapak GH masuk kepejabat, dgn muka yg marah cam rimau nak terkam mangsa, cari anaknya dipejabat. Macam biasalah anak dia bukan ada kat tempat dia. Tanya dia kat asisten GH, jawab Asisten ni, GH dah keluar selepas datang kerja pagi tadi. Bertambah geram bapak dia. Bapak dia tanya, Kim Yu Bin tu dah digagalkan olih GH ke? Suruhnya cari anak dia.

JB yg tgh bosan kat kedai terima panggilan talipon, disuruh pergi kepejabat GH berjumpa dgn Pengerusi. Dipejabat Bapak GH berkata, terdapat salah faham dlm keputusan temu duga JB yg lalu, dan meminta maaf pada JB. Dia offerkan balik pergi ke Bali jadi GO. Suka sesangatlah JB dapat jadi GO. Berpuluh2 kali ucap terima kasih.

GH yg baru balik terkejut tgk JB ada kat situ. Kena pulak dia dipanggil masuk olih bapak dia. Geram je bapak dia tengok dia. Bila tanya, apa hal?. Bapak dia baling astray kat dia, nasib baik tak kena. melopong mulut dia tgk bapak dia yg mcm rimau tu. Bapak dia tanya, dia datang hanya berseronok saja ke? Dia pandang rendah kerja GO, mengupah dan menggagalkan orang sesuka hati.Jam tu gak bapak dia suruh kemas barang dia , suruh belajar jadi GO dan pergi ke Pulau Bali. Keluar dari pejabat bapak dia, dia lak jadi cam rimau marah kat JB.

.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2005 01:16 AM | Show all posts
:clap: wahh.. rajin kimmy..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2005 02:35 AM | Show all posts
SAMBUNGAN EPISOD 4

Berlari dia cari JB. JB sedang talipon YS beritahu yg dia dah dapat jadi GO. YS beritahu, dia yg beritahu Pengerusi mengenai JB. Tengah2 cakap GH panggil dia. Tanyanya apa yg JB cakapkan pada bapak dia. Kata JB nampaknya GH dah teruk dimarahi bapaknya. Nak ditumbuk dek GH kat JB, tapi tgn dia lak  tak sampai2, habis2..... ditekannya kepala JB, nasib baik kawan tu pakai cap.
Dengan muka yg tengah marah, suara yg geram, GH tanya. JB nak mati ke?
Bila JB senyum je, bertambah2 geram dan marah GH. Nak tumbuk JB tak sampai hati, lepaskan kat dinding je lah. Tanya JB, " dah habis ke?" Katanya lagi, mereka tak mungkin akan berjumpa lagi. kata GH, tengoklah nanti.

Bapak GH menalipon pekerjanya yg bernama Calvin memberitahu kedatangan GH Ke pusat peranginan pulau Bali sebagai GO, dan meminta Calvin untuk mengawasi GH. Sementara GH pula duduk minum2 dgn JH. JH marah papa JB yg pandai2 jumpa bapak GH, pergi lak ke Bali dgn GH, memang berjodoh buruk mereka berdua. Kata GH, dia tak kan lepaskan JB. kata JH, dia akan bercuti minggu depan, jadi biar mereka berdua mengerjakan JB secukup2nya.

Bapak JB nak raikan JB yg akan ke Bali esok. Maknya marah, anak nak meninggalkan mereka apa yg nak diraikan. Maknya bertanya GO tu apa, dan apa jawatannya. JB terangkan pada mak dia. Mak dia ingat dia jadi sosial escort. JB terangkan lagi kerja2 GO termasuk mengadakan persembahan. Terkejut mak dia bertanya, demi melayan tetamu, berkelakuan saperti pelawak, dan hanya kerana kerja ini, dia belajar bahasa orang putih? mak dia ingat dia pergi bekerja disyarikat antara bangsa, rupanya jadi orang gaji orang dan berjenaka depan orang ramai. Bapak JB pula menyampok kata, pergi tempat peranginan yg cantik satu pengalaman, bergaul dgn orang ramai, mengetahui kebudayaan orang adalah satu pekerjaan yg sesuai untuk orang muda. Dia pun nak cuba kalau muda 20 tahun.

GH yg sedang mandi masih geram lagi masih marah pada JB.(depan bathtub dia ada tv, siap air berbuih2 keluar cam jacuzi lak). Gf, HM talipon ajak dia pergi ke LA nak tgk pertunjukkan fesyen, tapi kata GH dia kena pergi ke Bali esok. Tengah sedap2 bercakap, bapak dia panggil dia. Bapak dia bagi paspot yg dah siap ada working visa dgn tiket. Bapak dia pesan mesti patuh arahan ketua dan buat kerja dgn serius.

JB mlm tu hantar e-mail kat SH dan butkan sandwich untuknya. Besoknya keluar dari lift dia ternampak SH baru sampai, cepat2 dia menyorok belakang pokok bunga. SH baca E-mail  dari JB yg mengucapkan terima kasih kerana sudi terima dia bekerja sebagai setiausaha walaupun banyak kelemahan dia. Beritahu juga yg dia dah bekerja di Club July dan akan ke Bali, impian dia selama ini. Katanya lagi SH orang pertama  dia hantar sandwich, orang pertama dipertemuan jodoh dan juga bos dia yg pertama, nampaknya mereka ada jodoh berdua. Staf menyampaikan makanan yg dibuat JB.

GH sampai diairport bersama asistennya. GH terus je keluar nak masuk kedlm, tapi asisten dia panggil. Asisten dia cakap, disebabklan dia ada penyakit ditgnnya dan atas nasihat doktor dia tak boleh angkat beg GH dari bonet kereta. Mengeluh GH kena angkat sendiri (dua beg yg teramatlah ringan). Dah letak beg atas troli, GH nak jalan, asisten dia panggil lagi, kata, dia tak boleh tolak troli. Bengang GH dengar .Yg tak sakit tgn dia pegang.....paspot dgn tiket GH....., elok je tgn dia ambik kat poket.

GH tolak troli masuk kedlm airport,ternampak JB sedang isi borang. Panggilnya " Asako". tanyanya adakah JB gembira pergi ke Bali? JB buat tak kenal je kat GH. Beritahu GH, dia pun nak keBali...boleh kenakan orang...mesti seronok. JB sedang tunggu YS, biladia ternampak SH datang. Dek teramat gembiranyalah nampak batmannya, terlupa dia beg yg ditinggalkan. Peluang keemasan bagi GH yg ternampak. Dimasukkan beg tu kedlm troli dia. JB yg berlari nak kerja SH terus je berlari kedepan panggil"ketua seksyen!!"  tup...tup... orang lain. Punyalah malu!!. Kebetulan YS pun sampai.

GH dah siap check in kan beg JB. YS beritahu yg GH akan KeBali jadi GO juga.
Sampai kat tempat JB menulis tadi, dilihatnya beg dia dah hilang. Mulalah nak menangis dia beg dia dah hilang. Kata YS, kenapa tinggalkan beg disitu dan pergi kedepan. Time nak masuk pulak dah nak sampai, terpaksalah masuk tanpa beg dia.

Dalam kapal terbang (Garuda) JB dan YS ternampak GH. Senyum2 dia angkat tgn. YS nak tukar tempat dgn sorang lagi GO yg nak keBali, nak duduk sama dgn JB, tapi budak ni tak mahu lak, dia suka duduk kat tingkap nak tgk pemandangan (apa pemandangan dia nak tgk... tak tahulah). Kena lak tempat sebelah GH tu kosong. GH kata, duduklah. JB terpaksa duduk sebelah GH. Tanya JB, ada tak GH nampak bag dia tadi?. jawab GH , tak ada.
JB cuba jelaskan lagi. Tak tahu, jawab GH. Mengeluh JB. Kenapa mengeluh, tanya GH. Bukan ke JB nak ke Bali?

Setelah sampai dan nak keluar dari airport, JB ternampak GH membawa beg dia. Saje je dia lalu depan JB. Dia yg cam beg dia, terus bertanya, "bukankah ini beg saya?, beg saya berwarna biru". Jawab GH," kamu sangka kamu sorang je yg ada beg berwarna biru diseluruh dunia ni?"
JB tetap mengatakan itu beg dia dan nak dibukaknya, tetapi cepat2 GH tarik balik. Katanya itu beg dia yg dia sendiri pilih dikedai pengecualian cukai diairport Hong Kong. Terus je dia jalan. Kereta BMW ke Mercs ke  dah siap menunggu  kat luar. GO yg baru nak naik kereta dia, dia marah. Semua GO yg lain naik van. GH sorang je naik kereta branded sampai kat hotel.
END EPISOD 4
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2005 02:43 AM | Show all posts
Originally posted by eyka at 11-2-2005 01:16 AM:
:clap: wahh.. rajin kimmy..


besok aku off tu yg rajin tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2005 03:23 PM | Show all posts
EPISOD 5

Berat na hati GH nak masuk ke pusat peranginan. Berhenti tepi jln, mengeloh2 tak sudah. Tiba2...guruh lak berbunyi, hari nak hujan. Kereta lak jenis open air, cepat2 dia tutup. Class betul kereta ni (kalau aku ada sebiji, aku duduk je kat dlm, tak keluar2).

YB dan rakan2nya disambut olih Calvin dan pekerja pusat peranginan. Mereka kemudian disuruh berehat. Selepas tiga hari baru mereka diagih2kan kerja. Tak lama lepas tu sampailah anak bos manja. Dah lah anak bos, tak mahu lak tinggal diasrama bersama GO yg lain. GO baru bertanya pada YS, kenapa GH  mendapat lebih layanan dari ketua? Bukankah ketua lebih tinggi pangkatnya dari ejen? Kata YS, nanti tahu lah.

GH yg degil nak mampus ni, cakap kat Calvin, dia tak tahu apa yg bapak dia cakap pada Calvin, tapi dia datang semata2 mahu bercuti saja. Kata GH, Calvin tak kan mengadu pada bapak dia. Kat bilik, bukan beg dia yg dia buka, tapi beg JB. tengoknya gambar parents JB. Ikut rupa mak, kata GH. Dia jumpa plastic, dibukanya, diambil barang dari plastic, tengoknya spender JB. Bestnya spender dia, ada gambar katun kat depan:lol, warna pink lagi. Kata GH, kenapa lah tak beli yg berenda, tak standard langsung. Jumpa lak topi, dah penyek2 topi tu. Dicubanya pakai, kecik lak, tapi pakai jugak tu.

YS beri pinjam baju dia pada JB. kata YS, ketua pusat peranginan nampak dipandang rendah depan GH, padahal dia berpendirian tegas. JB pulak tgh sibuk ingatkan beg dia. Mereka berdua bermain air dipantai, seronok bukan main lagi. JB macam tak percaya yg dia dah jadi GO.

Bapak GH bertanya kat setiausahanya samada GH dah sampai ke Bali ke belum. Jawab setiausahanya dah sampai. Dia kemudian membaca rencana mengenai SH dlm satu majalah. Diabertanya pada setiausahanya, samada dia pernah berjumpa dgn SH dulu. Jawab setiausahanya, belum pernah lagi.

Hei Mei datang kepejabat SH atas urusan pengiklanan dan diperkenalkan pada SH yg berjawatan Pengurus Bahagian Internet komunikasi dipejabatnya. Dia memperkenalkan tallipon bimbit baru pada HM. HM mahu dia menghadiahkan talipon bimbit tersebut pada dia. HM bertanya dimana pengiklanan akan dibuat? Jawab SH, dipulau Bali. Dia kemudian bertanya dihotel mana?, Bila pekerja memberikan dua nama hotel, dia bertanya kenapa tidak memilih Club July. Dia tidak mahu ke hotel lain, selain Club July, kalau tak dia tak mahu buat pengiklanan.

GH bukan main lagi berjemur, tapi mulut tak habis2 komplin panas..panas....
JB dan YS yg kebetulan lalu memberitahu yg GO baru akan berkumpul didewan dlm masa 10 minit. GH suruh nya ulang dua tiga apa yg dia cakap. Geram JB, dijeritkan kat telinga GH. Marah GH, kata nya dia mcm JB ke datang ke Bali jadi GO. Dia suruh JB pergi buat kerja dgn sungguh2, kalau tak nanti dia pecat JB. Tanya JB, bolehkah GO pecat GO balik? Bersungut JB, "apa dia ingat dia pelancong ke?" GH sambung balik berjemur dia, cakap lagi tak tahan panas.

JB dan rakan2nya dibawa melihat dan diajar semua aktiviti yg dijalankan dipusat peranginan itu. Mereka kemudian sampai ditempat memanah. GH yg konon pandai, memanah pun tak kena sasaran. GH  berkata, sinaran matahari menyilau mata dia, mesti pakai topi masa ni. Diambilnya topi JB terus dipakainya. JB yg dah namapk tu topi dia, geram je tgk kat GH. GH lak bersungut..."salah beli ke topi ni, keciik  dan kolot pulak."  Tanya JB, mana beg dia sambil ambil balik topi dia. Kata GH:

GH  :   "mana pulak perginya beg kamu?"

JB   :   "kamu jgn bergurau"

GH  :   "saya nampak bergurau ke?"

GH   :   " kamu buat saya datang kemari, hanya dapat memanah saja,
            bergurau ke namanya?. Kalau mahu beg kamu, datang kat pintu
            besar."

JB   :    "orang sial ni!"

GH dah siap tunggu dlm kereta. Bila JB datang je, terus dihidupkan enjin kereta. JB mahu dipulangkan beg . Kata GH, tak semudah itu. kalau mahu beg dia balik, JB kena ikut cakap GH. Suruhnya naik kereta. Sampai kat pekan Bali, dia bershopping sakan. Tengok baju tu, try baju ni, JB yg mengikut sampai menguap2 dek penat ikut dia. Lepas tu suruhnya JB bawa semua yg dibeli. Penuh tgn JB bawa barang2 dia, sampaikan jalan pun dah terbengkok2, dek banyaknya. Lambat jalan, disuruh cepat olih GH. Masuk GH kat satu kedai,nampaknya ukiran gajah. katanya "belum pernah ada ukiran ni, berat lagi tu, dibuat dari batu marmar. Saya nak beilah".  Terkejut JB, tak kan GH nak suruh dia bawa jugak. jawab GH, tak kan dia pulak nak bawa. Bertekak2 lama2 tak jadi beli.

Kat restoran, GH marah pada JB kerana lambat, macam mana nak jadi GO.  Dahlah kawan tu penat, berpeluh2 pula, kena marah lagi. GH kata, dia dah order minuman untuk JB......kopi panas!!!:lol.  Dia pulak minum Orange jus, bukan main sedap dia minum depan JB. Tanya kat JB, kenapa tak minum, tak suka kopi ke? tanya JB, GH tak rasa ke dia mcm budak2. Kata GH, dahlah dia order minuman buat JB, JB cakap cam ni lagi kat dia. Mahu tak mahu terpaksalah JB minum, sambil tiup2 kopi yg panas.  Tanya GH, JB ada penyakit berpeluh ke? kenapa banyak sangat berpeluh?. Lepas tu GH dengar lak musik, suruh JB menari, kalau mahu balik beg dia. Geram JB, dia cakap:

JB  :  "kamu tak puas hati ke? Saya buat kamu jadi GO kat sini, kamu nak
         balas dendam, dgn mengambil bag saya dan menyuruh saya menari
         disini, kemarahan kamu akan reda ke? Kalau macam tu, saya tak mahu
         beg saya balik. Saya tak mahu perdulikan kamu lagi dan tak mahu
         berjumpa dgn kamu."

JB pun terus jalan keluar. Terlopong GH, terpandang lak beg2 yg banyak, sapa nak bawa. Terkial2 dia bawa beg panggil JB, lepas tu campakkan semua bag kedlm kereta.
Reply

Use magic Report

halfelven This user has been deleted
Post time 14-2-2005 09:39 PM | Show all posts
hallo kimmy..aku dengar drama ni rating dia teruk..percentage kurang....banyak jugak komen negatif yang aku baca...ko rasa camne?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2005 09:59 PM | Show all posts
rasanya drama lakonan cha tae hyun sume failure....drama lakonan dier byk tak best!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.069307 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list