CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Gravedigger

Guru / Ulama sanjungan anda (mahathirGX, always_typo, pipi)

[Copy link]
Post time 16-7-2006 02:02 PM | Show all posts
Mengapa harus menjadikan Fathimah sebagai idola

Biarlah sentuhan lembut keibuannya itu dapat melembutkan hati-hati keras kita.
Fatimah ialah ibu. Manusia sangat sensitif terhadap ibunya. Daripada ibulah lahir/hidup/datang sesuatu; daripada induk, muncullah semuanya. Justeru, ibu lah yang perlu 攄ihidupkan kembali

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2006 02:03 PM | Show all posts
Fathimah adalah Fithrah

Seringkali kita menyebut perkataan 慺itrah抂/b], maka ketahuilah bahawa sesungguhnya perkataan fitrah itu berasal dari kata Al-Fathir yang merupakan salah satu daripada Nama-Nama Allah yang Agung, yang bermaksud mencipta atau menjadikan sesuatu tanpa sebarang contoh.

Tatkala Rasul dianugerahkan Allah dengan Kautsar yang berupa seorang puteri suci, baginda telah diperintahkan supaya berkorban. Kemudian, Rasul s.a.a.w yang oleh Al-Quran dinyatakan sebagai : 揫i]Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan擺/b] (Surah An-Najm: 4) telah kemudiannya menamakan puteri sucinya itu dengan Fathimah di mana nama Fathimah ini berasal daripada nama Al-Fathir.

Fithrah yang wujud dalam diri-diri manusia adalah Fathimah dalam kewujudannya sebagai ibu fitrah. Fathimah adalah 揫i]Ummu Abiha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 02:18 PM | Show all posts

oh Fatimah...

hmmmmm.....  Ingin mencari Fatimah pasca Fatimah....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 02:34 PM | Show all posts
Tajuk : Zahra'
Album : Far East
Munsyid : Far East


Wanita kelahiran wahyu
Dari Ilahi
Sinar lembut wajahmu
penyeri alam ini
Engkaulah permata
Ibunda kami semua

Wafatnya Rasulullah
Pilu menyelubungi
Tabah menerimanya
Sehingga engkau kembali
Cahaya kau purnama
Menyinari makhluk dunia

Bersamamu kebenaran
Dihiasi kasih sayang
Tidak tergambar indah akhlakmu
Wangian syurga namamu
Kami seru tanda rindu
Engkau wanita ibu sejati

Contoh tauladan para mukminin
Muliamu disucikan Allah
Isteri Amirul Mukminin
Wajah yang dimuliakan Allah
Pemergian sukar diganti
Sirahmu terpahat di hati

Lagu & Lirik: Suhaimie
BMG PUBLISHING (M) SDN BHD
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 01:19 PM | Show all posts

mengenal Imam Ibnu Hajar Al Asqalani

Ini saya kutip dari pelbagai sumber di Internet dan saya combined untuk pengetahuan sendiri. Untuk dikongsi dengan rakan-rakan sekalian. Pandangan feqah tokoh ini banyak sekali dirujuk oleh kitab-kitab nusantara.


IMAM IBNU HAJAR AL ASQALANI

Beliau adalah Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Mahmud bin Ahmad bin Hajar Al kinani Al-Asqalani. Beliau lahir, tinggal dan wafat di Mesir. Lahir pada 1372 Masehi dan wafat pada 1449 Masehi. Beliau penganut madzhab Syafi'i, beliau juga seorang hakim agung (Qadhi Qudhat) dan ulama besar Islam.

Imam Ibn Hajar adalah anak yatim piatu (kedua ibu bapa meninggal dunia ketika bayi lagi) dan tinggal bersama bapa saudara sebelah ibunya semasa kecil. Dia dihantar belajar Al Quran ketika umur 5 tahun, dan diceritakan amat hebat sekali, boleh menghafal Surah Maryam dalam masa satu hari sahaja, sebelum meneruskan pengajian menghafal Al Quran dan kitab-kitab lain. Ketika melawat Mekah bersama bapa saudaranya waktu berumur 12 tahun, dia sudah  layak menjadi imam Solat Tarawih di Mekah.

Murid beliau, Syaikh Ibnu Taghri Burdi mengatakan, bahwa Ibnu Hajar adalah seorang yang memiliki dedikasi tinggi, berwibawa, bersahaja, cerdas, bijaksana, dan pandai bergaul. Syaikh Al Biqa'i muridnya juga berkata : "Ibnu Hajar adalah orang yang memiliki pemahaman dan hafalan yang luar biasa, sehingga memungkinkan untuk mencapai derajat kasyaf, yang dapat menyingkap sesuatu yang tersembunyi. Ia juga memiliki kesabaran yang kokoh, semangat yang tinggi dan hati yang istiqamah".

Najmuddin bin Fahd, seorang ahli hadits negeri Hijaz mengatakan, "Ibnu Hajar adalah muhaqqiq yang handal, pintar, fasih, berakhlaq mulia dan teguh dalam melaksanakan perintah agama. Dalam syair dikatakan, " Mustahil akan datang suatu masa seorang seperti Ibnu Hajar sesungguhnya masa seperti itu sangatlah sulit."

Ibnu Hajar banyak melakukan perjalanan ke berbagai penjuru untuk mencari ilmu sehingga banyak bertemu dengan para ulama terkemuka yang ikhlas memberikan pelajaran kepadanya. Di antaranya adalah, Imam Balqini yang terkenal banyak karyanya, Syaikh Al Iraqi yang sangat menguasai ilmu hadits, Haitsami yang banyak hafal matan hadits, Fairuzabadi yang terkenal ahli bahasa, Ghamari yang menguasai bahasa Arab, Muhib bin Hisyam dan 'Izz bin Jama'ah yang keduanya banyak menguasai berbagai disiplin ilmu, dan Tanukhi yang terkenal dengan pengetahuan akan qira'at dan sanadnya.

Guru beliau banyak sekali dan dikumpulkan dalam kitabnya Al Mujamma 'Al Muassas li Al Mu'jam Al Mufahras.

Ibnu Hajar adalah seorang murid yang mempunyai semangat tinggi, pandai, memiliki hafalan yang kuat dan pemahaman yang baik. Hal itu sangat memudahkannya untuk menguasai berbagai disiplin ilmu yang mereka ajarkan.

Ibnu Hajar adalah seorang ahli bahasa, nahwu dan sastra. Beliau sangat menguasai ilmu nahwu dan memiliki kemampuan untuk memecahkan persoalan dengan mengambil syahid (contoh) dari Al-Qur'an dan Hadits untuk menguatkannya, bahkan terkadang beliau melakukan kritik terhadap ulama nahwu, sehingga di antara mereka ada yang mengatakan "kamu telah mempelajari ilmu nahwu dan menguasainya. Sehingga menjadi seorang yang malik(menguasai ilmu nahwu) dan Ibnu Malik (penulis Alfiyah).

Ibnu hajar juga seorang uarrikh (ahli sejarah). Beliau sangat senang mengkaji sejarah, peristiwa, dan kehidupan para perawi dengan teliti, obyektif dan pikiran yang cerdas.

Ibnu Hajar juga seorang Mufassir (ahli tafsir). Beliau menghafal dan memahami Al-Qur'an, mengetahui qira'at Al-Qur'an, kemudian mendalami Ilmu Alqur'an, tafsir, nasikh-mansukh, mthlaq-muqayyad, dan 'aam-khash. Setelah itu beliau menafsirkan ayat-ayat Al-Qur'an.

Ibnu hajar juga seorang Faqih. Dalam mendalami fiqih beliau memiliki metode sendiri, yaitu dengan menggabungkan antara fiqih dan hadits. Kedua ilmu ini sangat jarang dikuasai oleh satu orang sekaligus. Sebelumnya beliau menguasai ilmu hadits, setelah itu digabungkan dengan fiqih sehingga menjadi fiqih hadist, hal itu dilakukan karena beliau memiliki kemampuan dalam melakukan istinbath dari nash, atau kemampuannya dalam menggabungkan beberapa pendapat, sehingga dengan kemampuan itu beliau termasuk muhaddits al fuqaha dan faqih Al Muhadditsin pada masanya.

Ibnu Hajar juga seorang Muhaddits. Beliau menguasai ilmu hadits dirayah dan riwayah, mengetahui cacat sebuah hadits, kritik sanad, nama perawi hadits, biografi para perawi, jarh dan ta'dil, sehingga beliau menjadi seorang ulama ilmu hadits.

Hafizh Tajuddin bin Qarabili berkata "aku bersumpah atas nama Allah, tidak ada seorang di Damaskus yang banyak menghafal hadits setelah Ibnu Asakir kecuali Ibnu Hajar." Pada kesempatan lain dia telah melebihkan beliau dari para ahli hadits lain seperti Mazzi, Birzali, dan Dzahabi, lalu ia berkata, "Dalam diri Ibnu Hajar terkumpul semua dari apa yang mereka miliki dalam memahami dan menghafal matan, sanad, dan melakukan istimbath hukum serta menyatukan dua dalil yang kontradiksi.

Antara kitab-kitab karangan Ibnu Hajar
    * Fath al-Bari (komentari Hadith Bukhari)
    * al-Durar al-Kamina - biografi tokoh2 terkenal kurun ke 8 H
    * Komentari kepada 40 Hadith koleksi Imam al-Nawawi (salah satu seorang tokoh yang dihormatinya)
    * Tahdhib al-Tahdhib (singkatan dari  Tahdhib al-Kamal, ensaiklopedia perawi hadith oleh  al-Mizzi)
    * al-Isaba fi tamyiz al-Sahaba (ensaiklopedia para sahabat)
    * Bulugh al-Maram min adillat al-ahkam (tentang fekah Shafi慽).
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 06:40 PM | Show all posts

Reply #1 Gravedigger's post

memang banyak jasa ustaz A. hashim Ghani. Saya hanya dengar dan baca sumbangan beliau sahaja tetapi tak pernah bertemu dengannya. rahimahullaah wa askanahuu fii fasiihi jannatih. Aamin
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-3-2007 07:32 PM | Show all posts
Originally posted by naasiha at 30-3-2007 06:40 PM
memang banyak jasa ustaz A. hashim Ghani. Saya hanya dengar dan baca sumbangan beliau sahaja tetapi tak pernah bertemu dengannya. rahimahullaah wa askanahuu fii fasiihi jannatih. Aamin


Benar...tapi sayangnya akibat sikap beliau yang amat keras berhadapan dengan masyarakat yang dianggapnya sebagai ahli bidaah membuatkan jemaah yang diasaskannya berkubur sekarang ini. Di akhir-akhir hayatnya beliau hanya diterima di negeri Perlis dan itu pun hanya tertentu di markas Arau yang kuat dengan jemaah Islahnya.
Salah satu jasa beliau yang boleh diiktiraf umum ialah memperkenalkan teknik menterjemahkan al-quran secara harfiah melalui cara mudah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 11:47 AM | Show all posts
http://bahrusshofa.blogspot.com/2007/04/perginya-seorang-tokoh.html
Khamis, 24 Rabi`ul Awwal 1428 bersamaan 12 April 2007, kita kehilangan satu lagi tokoh ilmuwan lagi ahli tarikh ulama Nusantara dan karya-karya mereka. Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir bin Wan Abdullah rahimahUllah cukup besar jasanya dalam memperkenalkan para ulama kita di Nusantara dan karya-karya mereka. Boleh dikatakan umur beliau telah dihabiskannya untuk tujuan tersebut kerana kesedarannya terhadap khazanah yang terkandung dalam kitab-kitab karya ulama silam kita dan jasa-jasa mereka. Semua ini dibuatnya tanpa memikir ganjaran duniawi buat dirinya, semuanya dilakukan dengan ikhlas dan kerana cintanya kepada para ulama tersebut. Beliau mahu agar khazanah peninggalan ulama tersebut terus dihayati oleh generasi kini dan yang akan datang. Agar masyarakat mengenali kehebatan ulama terdahulu dan sumbangan mereka terhadap umat Nusantara dalam menyebar dan memartabatkan Islam di rantau ini.

Beliau telah mengembara ke berbagai tempat untuk mengkaji, mengumpul maklumat dan bahan. Usaha beliau dalam menggali dan mengumpul khazanah itu bukan mudah. Pada usia 12 tahun lagi, beliau sudah mengembara ke seluruh Asia Tenggara bagi menghimpun khazanah itu. Empat dekad mengembara, pelbagai ranjau dihadapi, kini penat jerih dan kesabarannya boleh dibanggakan. Beliau kini memiliki beratus-ratus manuskrip asli sama ada dalam tulisan Jawi atau Arab. Ada antaranya berusia lebih 500 tahun dan tidak boleh didapati di mana-mana perpustakaan, muzium atau arkib di rantau ini.

Dalam usahanya itu, beliau berjaya menghasilkan lebih kurang 100 judul karya asli yang memaparkan biografi ulama, karya, pemikiran, sejarah perjuangan mereka termasuk membuat analisis terhadap mereka. Selain menulis buku, beliau juga aktif mengadakan seminar, membuat kertaskerja-kertaskerja dan menulis berbagai rencana dan artikel. Tulisan-tulisannya pernah mengisi majalah-majalah seperti Dewan Budaya, Majalah Dakwah, Al-Islam dan Jurnal Dewan Bahasa. Dan sejak beberapa waktu dahulu, Utusan Malaysia setiap Isnin memuatkan tulisan beliau memperkenalkan para ulama kita terdahulu. Dengan ilmu dan bahan yang diperolehnya, Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir boleh dianggap sebagai pakar rujuk manuskrip klasik Melayu dan ulama Nusantara. Apa tidaknya, beliau menjadi tumpuan mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai alam Melayu. Bahkan, tidak kurang 500 pelajar dan pensyarah dari seluruh dunia yang mendapat khidmatnya untuk membuat thesis dan bahan pengajaran mereka.

Maka sewajarnya, jasa dan pengorbanan yang telah dilakukannya kita kenangkan dalam benak sanubari kita. Pemergiannya kembali ke hadrat Allah s.w.t. merupakan satu kehilangan kepada dunia Islam amnya dan dunia Melayu khasnya. Mudah-mudahan Allah membalasi beliau dengan sebaik-baik balasan dan menempatkan beliau bersama dengan para ulama yang beliau kasihi dan para sholihin. Juga semoga sepeninggalan beliau, tempatnya dijadikan ada penggantinya. Allahumma ....aamiin ...... al-Fatihah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.282868 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list