CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gravedigger

Amalan mazhab anti-hadis

[Copy link]
 Author| Post time 1-3-2005 03:37 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 1-3-2005 12:03 PM:
OK SEKARANG TOLONG CERITA IN DETAIL CAMNA NAK SOLAT.


Yes..plzz, saya juga ingin tahu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sauber This user has been deleted
Post time 1-3-2005 05:40 PM | Show all posts
Mengapa anda ingin tahu bagaimana saya bersolat? Apa tujuan solat?
Hendak ditunjuk-tunjuk kepada manusia?

Harun Yahya (aswj) yang terkenal dengan kajian dan hujahnya menentang evolusi darwin pun tahu cara sebaiknya bersolat didalam Alquran.

http://www.harunyahya.com/prayer01.php

Mengapa anda tidak menemuinya?

Apa yang sebenarnya erti solat bagi anda? Menghampirkan diri kepada Allah?
Merendah diri sehina-hinanya dihadapan Allah? Memohon ampun dengan bersungguh-sungguh dan meminta menjauhkan siksa neraka?

Atau adakah anda bersolat tanpa mengetahui apa yang anda ucapkan?

4:43. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu mengucapkan,

Atau adakah anda bersolat seperti orang bisu?

17:110. Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama yang paling baik." Dan janganlah kamu melantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.  

Atau adakah anda bersolat tidak tentu masa?

4:103. Apabila kamu telah melaksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukanlah solat; sesungguhnya solat adalah satu waktu yang dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.

Atau adakah anda lalai dan riak ketika mengerjakan solat?

107:4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menyembah,  
107:5. Orang-orang yang, pada solat mereka, mereka lalai,  
107:6. Orang-orang yang menunjuk-nunjukkan,  

Adakah anda tahu mengapa anda bersolat? Dapatkah anda rasakan hubungan antara hamba dan tuhan ketika bersolat atau fikiran anda melayang ketika bersolat?

Anda sebenarnya tak perlu mempersoalkan urusan solat orang lain kerana itu adalah ibadah antara hamba dengan tuhannya. Allahlah yang menilai solat hambanya bukan jin dan manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2005 06:29 PM | Show all posts
Originally posted by sauber at 1-3-2005 05:40 PM:
Mengapa anda ingin tahu bagaimana saya bersolat? Apa tujuan solat?
Hendak ditunjuk-tunjuk kepada manusia?

Harun Yahya (aswj) yang terkenal dengan kajian dan hujahnya menentang evolusi darwin pu ...

salam sauber,
:setuju:

Dulu pernah juga terangkan kepada sunni-sunni di sini mengenai solat dari Al-Qur'an disertakan dengan bukti.  Tetapi lagi diterang..lagi mereka menyangkal ayat-ayat Allah.

6:33. Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal.

Salam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2005 06:30 PM | Show all posts
Mungkin sdr boleh menunjukkan cara yang terbaik bagaimana untuk bersolat. Mungkin boleh buat perbandingan dan mana tahu jika boleh pula mempengaruhi merubah solat-solat yang lazimnya disempurnakan.
Atau apakah ia adalah kerahsiaan yang hanya ahli jemaah saja yang mengetahuinya manakala perbuatan solat yang biasa itu hanya kepura-puraan sahaja??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2005 06:34 PM | Show all posts
Originally posted by lolipop9 at 1-3-2005 06:29 PM:

salam sauber,
:setuju:

Dulu pernah juga terangkan kepada sunni-sunni di sini mengenai solat dari Al-Qur'an disertakan dengan bukti.  Tetapi lagi diterang..lagi mereka menyangkal ayat-ayat All ...


Saya bukan hendak menyangkal cara solat yang saudara lakukan cuma ingin mengetahuinya saja. Kenapa tidak mahu berdakwah kepada saya lebih-lebih lagi saya membuka dada seluasnya untuk menerima pengetahuan baru dari saudara.
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 2-3-2005 08:08 AM | Show all posts
Salam saudara Gravedigger

Saya belajar solat tradisi sejak dari kecil adalah berdasarkan apa yang disuruh oleh orang dan yang saya lihat orang lain buat. Solat itu bersifat formal dari niat hingga salam. Saya hanya berdoa selepas bersolat.

Namun Alquran memberi pengertian Solat yang sungguh berbeza. Anda takkan faham apa yang saya maksudkan kiranya anda tidak percaya Alquran dan tidak membacanya.


Amalan Solat dalam Alquran
- Amalan para nabi dan rasul dan orang-orang mukmin yang terdahulu.

22:78. Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah memilih kamu, dan tidak meletakkan ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia menamakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu menjadi saksi ke atas manusia. Maka lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik.

- Tujuan.

2:45. Kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat kerana ia adalah sungguh berat kecuali kepada orang-orang yang merendah hati,

20:14. Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukanlah solat untuk mengingati Aku.  

- Masa ditentukan (hujah orang solat 3 waktu).

4:103. Apabila kamu telah melaksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukanlah solat; sesungguhnya solat adalah satu waktu yang dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.

11:114. Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.  

17:78. Lakukanlah solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam, dan bacaan (qur'an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan.  

- Wuduk/Tayamum diperincikan.
- Ambil wuduk jika berhadas kecil atau menyentuh perempuan.
- Mandi kalau berjunub.

5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu, dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkanlah diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu, dan tangan kamu dengannya. Allah tidak menghendaki untuk membuat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia menghendaki untuk membersihkan kamu, dan supaya Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.

- Perbuatan solat - berdiri,rukuk dan sujud.
22:77. Wahai orang-orang yang percaya, tunduklah kamu dan sujudlah kamu, dan sembahlah Pemelihara kamu, dan buatlah kebaikan, agar kamu beruntung.

- Bacaan solat ada diberikan contoh.
- Suara.

17:110. Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama yang paling baik." Dan janganlah kamu melantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.  

- Perempuan mukmin wajib bersolat sebagaimana mukmin lelaki, tiada cuti.
- Rakaat tiada disebut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2005 08:35 AM | Show all posts
JADI SOLAT DLM PERBUATAN HANYA BERDIRI, RUKUK DAN KEMUDIAN SUJUD? 3 PERBUATAN SAHAJA? BERAPA RAKAAT?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2005 08:53 AM | Show all posts
Originally posted by sauber at 2-3-2005 08:08 AM:
Salam saudara Gravedigger

Saya belajar solat tradisi sejak dari kecil adalah berdasarkan apa yang disuruh oleh orang dan yang saya lihat orang lain buat. Solat itu bersifat formal dari niat hing ...


Salam kembali sdr. Sauber

TQ for the info...but i'm still wondering without the guideline from the holy Prophet, how can one performs the prayer in practical.
Mungkin sdr boleh terangkan sikit cara-cara bagaimana bersolat seperti persoalan kyas yang hanya berdiri, rukuk dan terus sujud sahaja. Bagaimana pula tentang rakaat nya....apakah bebas mengikut kemampuan masing-masing?

Tentang wanita pula,adakah sdr benar-benar pasti tiada ayat dalam al-Quran yang menyentuh tentang haid dan suci wanita dikaitkan pula dengan solat??

TQ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 2-3-2005 09:24 AM | Show all posts

GOLONGAN ANTI HADIS (GAH)

SEDIKIT INFO..GOLONGAN ANTI HADIS (GAH)

Mafhum firman Allah :

Allah telah menutupi hati mrk dan pendengaran mrk dan pengelihatan mereka. Dan bagi mrk azab yg sangat pedih. (Surah Al Baqarah)

GAH adalah golongan yg menghina ulamak, amat membenci mrk. Kononnya ulamak telah memutar belitkan hadis. Mrk (Gah) tidak perlu dilayan. Krn mereka adalah org yg telah disesatkan oleh Allah. Sesuai dgn firman Allah di atas. Dlm Islam mrk ini adalah org yg HALAL DIBUNUH  jika tetap berfahaman demikian kecuali kembali bertaubat. Walau berbakul dalil atau hujjah namun kalaulah mrk tidak ingin menerima maka tidak ada siapa yg boleh beri Faham. Tetapi utk renungan kita bersama supaya terhindar dr terkesan dgn dakyah mereka utk merosak aqidah atau meragui kebenaran agama maka ana sertakan sedikit komen dan pertanyaan kpd puak GAH.

1.Mrk berhujjah bhw hanya Al quran yg betul tetapi hadis, qias ijmak ulamak semuanya palsu maka kita ingin mrk yakni GAH menerangkan bagaimana nak beramal dgn Al Quran. Contohnya dlm Quran ada diterangkan ttg solat. Jadi apa yg perlu dibaca dlm solat. Adakah perlu berkhayal & mengelamun je ? Kalau sekarang bacaan dan rukun ada diterangkan dlm hadis dan telah disyarahkan dgn panjang lebar oleh ulamak. Kalau cara ulama ni tak betul maka kita mintak sangatlah puak GAH laknatullah alaihim terangkan cara ibadat mrk yg canggih lagi sesat tu...Supaya dptlah dibandingkan amalan bathil dan haq.

2.Kalau nak kahwin dgn anak gadis puak GAH apakah syaratnya ? Adakah perlu cakap nak kahwin kemudian buatlah apa2 yg patut ? Apakah rukun dan syaratnya. Kalau GAH tak terangkan maka susahlah kita nak jalan perkara mengenai munakahat ni..Juga perlu diterangkan ttg imaniyah, ibadah, muamalah, muasyarah dll kalau rasa org lain ni sesat.

3.Kalau puak GAH mati maka bagaimanakah CARA menyelesaikan mayati mrk. Kalau mrk  mandikan mayat, kafan, solatkan jenazah ; kebumikan cara sekarang maka maknanya mrk masih lagi mengikut apa yg ada dlm hadis. Pasal dalam quran tak ada cara ni semua. Atau campak je mayat mrk ni dan timbus ? Dan kubur mrk sepatutnya di asingkan dr org ramai krn tak layaklah mrk dikebumikan ditempat yg sama bagi org yg percayakan hadis.

Banyak lagilah kalau nak tanya ttg amalan puak GAH tapi kalau dapat terangkan perkara ni pun dah cukup. Sebenarnya Al Quran adalah panduan utk kita semua. Tetapi tidak semua perkara diterangkan dgn panjang lebar didlmnya. Oleh itu Nabi s.aw telah menjelaskannya melalui amalan baginda samada dr segi perbuatan atau kata-kata atau pun diam Nabi s.aw terhadap perbuatan sahabat (Taqririyah).


Perkara inilah yg telah dikumpulkan dgn syarat yg amat ketat oleh para ulamak hadis agar umat yg akan datangkan tidak akan tersesat. Jadi wahai saudaraku utk mengelakkan fahaman buruk ini dr menghinggapi diri, keluarga dan masyarakat kita. Kita perlu bangun atas usaha nabi s.aw iaitu dakwah.

Setiap individu muslim yg cintakan Allah dan rasul perlu melaksanakannya sebelum dtg nya maut. Dan merasa bertanggungjawab menghidupkan agama yang telah di usahakan dgn susah payah oleh Baginda Nabi s.a.w  Begitu juga utk mengelakkan dr syaitan menipu kita maka kita perlu hidup berjemaah. Setiap lelaki yg aqil baligh perlu menjaga solah 5 waktu dimasjid. Dan memakmurkannya dgn mecontohi amalan yg telah dihidupkan di zaman Nabi s.aw di Masjid Nabawi.

Kalau setiap dr kita dpt solah dimasjid maka kita akan lihat solah Subuh, Zohor , Asar, Maghrib, Isyak akan jadi spt Solah Jumaat atau Solah Idul Fitri. Barulah nampak kehebatan agama ini yg sebenar. Kalau tidak kejahilan ini akan berterusan dan perkara yg lebih dahsyat dari itu akan muncul. Sekian.





[ Last edited by hafizi on 2-3-2005 at 10:09 AM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 2-3-2005 09:34 AM | Show all posts
Saya memulakan tulisan saya dengan membawa beberapa persoalan :

1)  Mengapa semenjak Nabi SAW wafat, TIDAK pernah ada seorang insan pun yang mengaku sebagai MUSLIM mempertikaikan AS-SUNNAH sebagai sumbeer rujukan dan perundangan?.

2)  Bilakah mulanya gerakan untuk memisahkan AL-HADITH dengan AL-QURAN?.

3)  Siapakah yang mula2 sekali membuahkan idea bahawa tugas Nabi SAW hanyalah untuk menyampaikan Al-Quran SAHAJA.


4)  Semenjak Nabi SAW wafat, mengapakah ketaatan kepada NAbi tidak dibezakan dengan ketaatan kepada Allah SWT?.


Mengapa hadith di gunakan secara meluas sejak zaman Nabi SAW lagi dan tidk pernah seorang insan muslim pun yang mempersoalkannya???.Jawapan kepada soalan di atas ialah:


1)  Di dalam sejarah islam, orang2 yang mula2 sekali mempersoalkan kedudukan hadith dalam Islam ialah para orientalis Yahudi dan Nasrani.

2)  Orientalis adalah ilmuan2 yang bukan beragama Islam tetapi mereka mendalami serta memahami ISlam sehingga ke tahap Islam. Mereka2 ini asalnya adalah orang eropah Yahudi dan Kristian yang pergi belajar di Universiti2 di negara2 ISlam di zaman kegemilangan Andalus, Baghdad dsbnya. Mereka mahir dalam bahasa Arab klassik serta mahir dalam banyak jurusan ilmu Islam, seperti Fiqh, Usul  dan tidak ketinggalan ilmu hadith.   Antara contohnya ialah FIBONACCHI yang telah meminta kebenaran khas dari POPE untuk menyamar sebagai Islam supaya dapat menuntut di Universiti Baghdad;

Hasilnya,beliau telah membawa satu "Series" yang dipanggil sebagai "FIBONACCHI SERIES" ( dalam ilmu kalkulus).; Yang sebenarnya series itu adalah apa yang beliau bawa balik dari Universiti Baghdad.. Semua matapelajaran di Universiti2 ISlam ini baik dalam matapelajaran Sains ataupun Agama di ajar dalam bahasa Arab Klasik. Penuntut juga TIDAK diasingkan antara ILMU DUNIA dan AKHIRAT. Ertinya walaupun penuntut aliran SAINS di mestikan mempelajari Ilmu Islam yang agak mendalam.

Hasilnya, para penuntut Yahudi dan Nasrani ini juga telah terdedah dengan Ilmu Islam dan membuatkan sebahagian dari mereka telah mendalami serta menghalusi Ilmu Islam. Para orientalis awal ini kemudiannya membuka universiti2 mereka sendiri di eropah. Sebagai contohnya Universiti Cambridge dibuka oleh sekumpulan orang Yahudi lulusan University Cordoba. Mereka menubuhkan Cambridge mengikuti konsep serta model Universiti Islam Cordoba

Di universiti2 barat ini, jurusan Ilmu Islam masih tetap di ajar dan disebarkan kepada penuntut2 mereka.; TUJUAN Islam di ajar adalah supaya mereka (Yahudi dan Nasrani) ini dapat membuahkan idea2 yang boleh menimbulkan keraguan serta ke slah fahaman terhadapa Islam yang sebenar.

Tidak hairanlah para orientalis ini mahir dalam Bahasa Arab klassik, mahir dalam Ilmu Hadith, hafiz Al-Quran serta Hadith dsbnya. Malangnya pengikut2 mereka TIDAK MAHIR DAN TIDAK TAHU  bahasa Arab menyebabkan mereka MENGKRITIK HADITH sewenang2nya.

PARA orientalis2 inilah yang MULA2 sekali membawa idea bahawa:

A) As- Sunnah itu adalah palsu dan ciptaan manusia (seperti Imam Bukhari dsbnya).

B)  Tugas NAbi SAW hanyalah sebagai PENYAMPAI AL-QURAN dan tidak lebih dari itu (seperti tape recorder).

C)  Ilmu hadith itu adalah batil dan palsu dan tidak membuktikan kesahihan mana2 hadith.


Antara nama2 orientalis2 ini ialah:

a)  AJ Weisnick;
b)  A. Spreanger;
c)  I Goldzeiher
d)  J Horowitz
e)  TW Juynbol
f)  Edward Salisbury
g)  OV Hondas

Spreanger adalah orientalis yang paling terkehadapan di dalam mengkritik hadith. Bukunya Das Luben und die Lehre Des Muhammad adalah pelopor dalam usaha untuk menafikan hadith. Inilah sebenarnya NABI pertama orang2 anti hadith - NABI SPREANGER.

Nabi pertama kita orang2 Islam ialah Nabi Adam AS. Nabi pertama orang2 Anti hadith ialah AJ Sprenger.

Goldzeiher pula memulakan perbandingan ilmu hadith dengan kesusteraaan Yahudi dan kristian. Berasaskan kepada perbandingan inilah goldzeiher menolak hadith. Samalah juga dengan para anti hadith zaman sekarang. Karya beliau pa;ing utama adalah bertajuk "Muhammadien Studien" Di dalam buku ini beliau telah terpengaruh dengan New Testament, neo plationic dan Gnostic untuk menafikan hadith. Jelas dalam bahagian pertama ini betapa fahaman anti hadith ini adalah berasal dari para orientalis yahudi dan NAsrani dan TIDAK pernah berasal dari dunia Islam ataupaun mana2 orang yang mengaku sebagai orang Islam.

Fahaman anti-hadith adalah buah fikiran musuh2 Islam dan musuh2 Allah SWt untuk merosakkan Islam dan menghapuskan Islam.  Ertinya orang2 anti Hadith mengkafirkan Imam Syafiee, Imam Bukhari dsbnya TETAPI "MENGISLAMKAN" orang Yahudi dan Nasrani seperti Spreanger, Goldzeiher dsbnya.

Mereka telah melanggar perimntah Allah SWt dalam AL-Quran yang berbunyi: "Wahai orang2 yang beriman janganlah kamu mengambil orang2 yahudi dan nasrani sebagai PEMIMPIN2 mu, sebahagian mereka adalah pemimpin kepada sebahgian yang lain. Barangsiapa di antara kamu yang mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu adalah termasuk dalam golongan mereka...." ( 5: 51)


Oleh kerana pemimpin kepada fahaman Anti Hadith adalah orang2 yahudi dan Nasrani, maka pengikut2 anti hadith ini adalah dikira sebagai SEBAHAGIAN dari golongan Yahudi dan Nasrani. Maka terbuktilah TAJUK dan KESIMPULAN dari tulisan saya ini.

RUJUKAN:
1) Islam dan Al Hadith; Abdul Halim El-Muhammaddy
2) Golden Age Of The Moors
3) Al Quran dan terjemahannya; Department Agama Republik
Indonesia.


http://members.tripod.com/~AbuDzar

[ Last edited by hafizi on 2-3-2005 at 10:12 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2005 09:42 AM | Show all posts
Originally posted by hafizi at 2-3-2005 09:24 AM:
SEDIKIT INFO..GOLONGAN ANTI HADIS (GAH)

Kalau cara ulama ni tak betul maka kita mintak sangatlah puak GAH laknatullah alaihim terangkan cara ibadat mrk yg canggih lagi sesat tu...Supaya dptlah dibandingkan amalan bathil dan haq.


Kalau awal-awal lagi sudah prejudis dalam menjatuhkan hukum apa perlu lagi berbincang dengan mereka?? Ini juga menunjukkan kebekuan berfikir yang tidak boleh menerima pendapat dari orang lain sebelum menimbangkannya baik dan buruk.
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 2-3-2005 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 2-3-2005 09:42 AM:


Kalau awal-awal lagi sudah prejudis dalam menjatuhkan hukum apa perlu lagi berbincang dengan mereka?? Ini juga menunjukkan kebekuan berfikir yang tidak boleh menerima pendapat dar ...


Sdr gravedigger,

Anda atau sayakah yg tidak menggunakan akal fikiran?...Apakah saya berkata-kata tanpa memberi sebarang fakta atau anda yg berkata-kata tanpa fakta?...

Siapakah di antara kita yang tidak boleh menerima pendapat orang lain?...Saya mempunyai hak untuk mengeluarkan pendapat saya sendiri berdsarkan fakta yang saya ada.

Sebenarnya, kata-kata anda di atas itu dengan penuh rasa rendah diri, saya kembalikan semula kepada anda.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2005 10:10 AM | Show all posts
TAK PERLU POST BYK2... BIA SKIT SKIT... BARU SENANG JAWAB...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2005 10:52 AM | Show all posts
Dugaan betullah..ada thread besh yang boleh bawa berdebat dengan fakta. tapi saya pulak ada final exam nak dekat nih..ada masa saya join perbincangan.. selamat berbincang.

salam.
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 2-3-2005 04:31 PM | Show all posts
salam saudara hafizi

Hujah anda itu adakah daripada kajian anda sendiri atau orang lain?

Adakah saudara copy/paste sahaja tanpa ilmu dan membawakannya hanya untuk membuat tuduhan tanpa dalil yang nyata?

Tidakkah anda pernah berjumpa ayat Alquran yang menyuruh orang mukmin memeriksa kebenaran berita daripada orang yang fasiq?

Tidakkah anda tahu segala amalan anda didunia akan ditanya?

Tidakkah anda tahu Alquran merakam/menceritakan segala tindak tanduk/perangai orang yang tidak beriman dengan Allah dan Hari Akhirat sejak dari umat terdahulu lagi?

Tidakkah anda tahu sunnah Allah itu tetap dan tidak berubah?
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 2-3-2005 05:05 PM | Show all posts
Saudara Gravedigger

Cuba renungkan ayat berikut...

"Manusia adalah umat yang satu, kemudian Allah membangkitkan Nabi-Nabi sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia menurunkan bersama mereka Kitab ....... Hanya orang-orang yang diberikannya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara mereka; kemudian Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya mereka memperselisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus." (2:213)

"Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, ...... Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia membuat kamu satu umat; tetapi supaya Dia menguji kamu dalam apa yang Dia memberikan kamu ...... kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia memberitahu kamu apa yang padanya kamu memperselisihkan." (5:48)

Umat yang menerima kitab pasti berselisih mengenai sesuatu perkara dalam kitab yang diturunkan. Perselisihan tersebut adalah merupakan ujian dari Allah.

Contoh bab Solat. Solat tradisi yang kita amalkan sebenarnya bukanlah dari Alquran dan hadis yang dikatakan dari nabi sebagaimana yang kita sangkakan selama ini. Anda tanyalah kepada mereka dalil mana yang diorang ambil.
Kebanyakan mereka bersangka-sangka sahaja.

Solat adalah satu hubungan/komunikasi antara hamba dengan tuhannya. Adakah semua manusia itu sama? Masalah yang dihadapi oleh mereka, adakah semuanya sama?

Melalui ayat 2:45 kita tahu kita boleh mohon pertolongan dari Allah dalam Solat maka adakah perkataan yang hendak diucapkan adalah sama bagi setiap manusia yang berkehendak pertolongan dari Allah?

Anda bertanya soal rakaat? Apa yang anda faham tentang rakaat? then bawakan dalil yang mengesahkannya dan menyatakan itulah maksudnya rakaat.

Berkenaan haid, sila bawakan dalil Alquran yang menyatakan perempuan mukmin tidak boleh bersolat ketika masa itu kalau ada.

Salam lolipop9

Concentrate dengan exam tuh, Insya-Allah ada masa ke temu lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2005 08:49 AM | Show all posts
JADI UCAPAN DLM SEMBAHYANG TERSERAH KEPADA MASING-MASING?
AND THERE IS NO SUCH THING AS RAKAAT? HANYA PERLU BERDIRI KEMUDIAN RUKUK DAN DISUDAHI DGN SUJUD SEBANYAK TIGA KALI SEHARI?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2005 11:16 AM | Show all posts
tiga kali sehari pun puok-puok dia khilaf. ada yang kata 2 jer. puok-puok yang kata 3 buat artikel jawab hujah puok yang kata 2. mengarut jer puok-puok antihadis ni!
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 4-3-2005 08:15 AM | Show all posts
begitu juga puak yang kata 5 bahkan ada puak yang tak tau apa-apa tapi mengikut sahaja... jadi yang mana satu yang betul?

"Manusia adalah umat yang satu, kemudian Allah membangkitkan Nabi-Nabi sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia menurunkan bersama mereka Kitab ....... Hanya orang-orang yang diberikannya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara mereka; kemudian Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya mereka memperselisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus." (2:213)

Petunjuk dari Allah kepada mereka yang beriman dan yang mencari kebenaran didalam kitab Alquran. Bukan mereka yang mengikut tanpa ilmu pengetahuan kerana golongan yang mengikut ini memang ada diterangkan perihal mereka dalam Alquran.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2005 08:26 AM | Show all posts
Originally posted by sauber at 2005-3-4 08:15 AM:
begitu juga puak yang kata 5 bahkan ada puak yang tak tau apa-apa tapi mengikut sahaja... jadi yang mana satu yang betul?


kita cari kebenaran... kita usahakan... dan kita serah pada Tuhan... ya Allah tunjukkanlah kami jalan yg Engkau redai...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.082839 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list