CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kyas

ALLAH TAHU TAK?

[Copy link]
Post time 3-5-2005 02:03 PM | Show all posts
Tentulah Allah Maha Mengetahui... Dia yang mencipta alam maya.... Dia yang menentukan segalanya.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2005 02:17 PM | Show all posts
skrg ni camana nak jawap soalan ni:

kalau tuhan dah tau kenapa nak uji kita kemudian di hisab kemudian masuk syurga atau neraka?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 02:26 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 3-5-2005 02:17 PM:
skrg ni camana nak jawap soalan ni:

kalau tuhan dah tau kenapa nak uji kita kemudian di hisab kemudian masuk syurga atau neraka?


Memang ler kita sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan sebab kita alpa... tak ingat akan kewujudan Dia.... Kita tak bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada kita.... sebab tu kita terima dugaan untuk kita berubah dan insaf dan bangun dari kealpaan kita dengan tanggungjawab kita pada Allah S.W.T. sebab ramai orang sekarang ni bila dah sakit baru ingat Tuhan.. bila dah miskin baru sedar... Wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2005 04:00 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 2005-5-3 02:17 PM:
skrg ni camana nak jawap soalan ni:

kalau tuhan dah tau kenapa nak uji kita kemudian di hisab kemudian masuk syurga atau neraka?


Selalunya persoalan seperti ini datangnya dari syaitan yang berbisik didalam hati untuk menyesatkan, mungkin saudara2 pernah mengalami persoalan seperti ini, kita dijadikan oleh Allah, tapi siapa yang menjadikan Allah?

Rasulullah berpesan jika terlintas seperti ini, cepat2 kita mengatakan "Aku percaya kepada Allah dan Rasul" gangguan ini akan terus hilang. ;)


Satu lagi kYas, kita kena renungkan status kita, kita ini hamba, taraf hamba abdi kepada Allah.
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
Post time 3-5-2005 04:11 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 2005-5-3 02:17 PM:
skrg ni camana nak jawap soalan ni:

kalau tuhan dah tau kenapa nak uji kita kemudian di hisab kemudian masuk syurga atau neraka?


Ini kerana irodah juzu'iyyah itu sudah dikurniakan pada kita di samping akal serta panduan2 dr Al Quran dan hadis Rasulullah.
Reply

Use magic Report

Gapodio This user has been deleted
Post time 3-5-2005 04:48 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 2005-5-3 02:17 PM:
skrg ni camana nak jawap soalan ni:

kalau tuhan dah tau kenapa nak uji kita kemudian di hisab kemudian masuk syurga atau neraka?


Kyas,

Aku pun selalu terfikir benda2 macam tu. Dan kebanyakan orang memang tak boleh nak bagi direct answer. Anyway this is my way of answering that question (which is my own question also)

1. First kita percaya ada tuhan (ALLAH) ke tak
2. Kalau percaya ...kita kena tahu dan faham sifat2 ALLAH
        - Allah maha penyayang dan adil
        - Allah maha mengetahui.
3. Saya juga percaya Allah memberi kita sepenuh control keatas diri kita, kita bertanggungjawab sepenuhnya diatas kelakuan kita ... bukan allah yang mahukan kita memukul orang atau melakukan dosa ... tapi itu adalah pilihan kita sendiri.
4. Tapi Allah maha mengetahui - jadi Allah mengetahui yang selepas dan yang akan terjadi. Contohnya (tapi ini bukan contoh yang terbaik) ... kalau seseorang pergi menilik nasib dan tilikannya memang tepat ... apakah kita akan kata si penilik nasib tadi yang tentukan dan aturkan apa yang akan berlaku kat kita?... ...ataupun kita kata sipenilik nasib tadi memang pandai dan dapat tahu perkara yang akan berlaku walaupun dia tak boleh nak ubah nasib kita tu. Kalau dia boleh control kenapa tak suruh si penilik nasib tadi tukar perkara buruk kpd baik?.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2005 01:56 AM | Show all posts
Originally posted by kyas at 2005-5-3 02:17 PM:
skrg ni camana nak jawap soalan ni:

kalau tuhan dah tau kenapa nak uji kita kemudian di hisab kemudian masuk syurga atau neraka?


u faham tak konsep qada dan qadar?

macam mana kita menghadapi sesuatu ujian, berusaha menjadikan nya qada dan akhirnya kena berserah pada qadar?

kalau kita dah tahu apa TUJUAN manusia di jadikan khalifah di bumi Allah nih, soalan tu tidak seharusnya menjadi soalan lagi..

ALLAH MAHA BESAR.. ALLAH MAHA BERKUASA.. ALLAH MAHA MENGKEHENDAKI..

pernah kah kita tanya pulak kenapa mesti kita kena sembah Allah dan sentiasa memperbesarkan NYA?.. untuk apa?.. apa manfaatnya kepada Allah pulak?.. kenapa DIA titikberatkan keimanan dan setiasa patuh pada suruhannya dan sentiasa menyembahnya dan larangan keras untuk MENYENGUTUKAN NYA?

APA RASIONALNYA SEMUA ITU KEPADA DIA?? APA KEUNTUNGAN DIA?

apabila kita sudah menyatakan  KEISLAMAN kita, maka, jadilah seorang yang ISLAM (patuh, tunduk).. maka itu, kita tidak berhak untuk mempersoalkan segala URUSANNYA.. semua itu urusanNYA.. urusan kita, hanya mengikut apa yang disuruh dan menghindari apa yang di larang..

kita tidak akan di dapat jawapan secara TERANG kalau kita nak buat satu kesimpulan mengenai URUSANNYA.. tahap DIA MAHA AGONG.. tahap kita neh, tahap hamba aja.. kalau nak buat analogi pun, sama jerk macam budak tadika cuba nak memahami kenapa kapalterbang leh terbang sedangkan benda tuh berat.. just bcoz dia dah reti baca A, B, C dan mengeja skit2.. dia rasa dia pandai coz setiap kali dia bacakan sesuatu kat mak dia, mak dia cakap.. "pandaiii anak mak".. terasa pandai tu maka dia nak tahu lagi apasal kapal kargo besar tuh leh terapung walhal semua benda berat yang dia main kat kolam semuanya tengelam.. memang dia hampeh kalau dia tanya kat mak dia yang tak reti konsep engineering tuh cuma leh garu-garu kepala aja.. mak dia pun cakap, kalau tanya kenapa kek tu kembang cantik lepas di bakar, dia tahu lah.. hehehe.. mak dia cakap kena campurkan yis kat adunan tepung kek.. tapi, tanya lah apa pasal kena bubuh yis.. apa pulak peranan yis? apa ada dalam yis tuh sampai boleh kembangkan adunan kek ketika dibakar? sure mak dia garu kepala lagi.. kena gi belajar lagik.. kena paham apa konsep2 tertentu..

kesimpulan di sini.. setiap urusan itu, hanya yang berkenaan aja yang faham dan tahu benar tujuan, perlaksanaan dan matlamat di dlm nya.. maka, kalau ianya urusan TUHAN.. hanya DIA MAHA MENGETAHUI..

ws
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2005 02:35 AM | Show all posts
Originally posted by kyas at 3-5-2005 01:50 PM:
ok rasa nya semua setuju tuhan maha mngetahui nasib kita di akhirat nanti. aku pun sama.

persoalan kemudiannya ialah kalau dah tau kenapa nak uji kemudian di hisab kemudian masuk syurga atau ner ...


Rasa aku... jawapannya memang ada pada engkau Kyas.

Sambung la lagi. Seronok lak aku baca...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hihanz This user has been deleted
Post time 4-5-2005 07:55 AM | Show all posts
salamz.....

ikut pada ilmu hanz.... hanz rase ia berkaitan dgn qada da qadar..... :ah:

qada ialah suatu ketetapan yg boleh diubah...... ia boleh diubah memalui usaha dan doa..... dan yg paling penting keizinan allah s.w.t untuk mengubah qada itu....

allah maha adil..... allah menciptakan manusia kerana dia ingin menguji ketaatan hamba-Nya.... meskipun dia tahu hala tuju kita tp.... tidak semestinya akan jadi begitu.... :no::no:

allah menyediakan pelbagai jalan..... sepertimana sami vellu sediakan jalan dari johor hendak ker perlis...... begitu juga allah.... ini semua hal ghaib... kiter tidak mengetahui.....:stp::stp:

sbg contoh allah menyediakan satu matlamat hala tuju..... iaitu syurga.... allah tidak menciptakan neraka sbg hala tuju.... tak percaya... ok..... cuba kita fikirkan.... budak2 kecil yg belum baligh klu die mati kemana dia pergi.... syurgakan.... klu ada 2 matlamat iaitu syurga dan neraka..... maner bdk2 tue pergi:hmm::hmm: syurga ker neraka....

jd.... disini kita dpt kesimpulannya.... allah menetapkan matlamat untuk kita... dia tahu kemana kita akan tuju... tapi jalan maner kita akan lalui adalah bergantung kpd diri kita sendiri.... kita nak idup didunia camner... akhirat camner... dunia itu umpama jalan byk cabang bkn...manakala akhirat destinasi kita .... itulah qada..... Allah maha adil....

qadar pula ialah suatu ketetapan yg tidak dapat diubah.... macam maner 2 ok... ok.... ia adalah berkaitan dengan umur, kematian, jenis bangse dan aper2 jelah..... yg nie walaupun kita nak ubah dgn doa... usaha.... still tak dapat... allah dah ttpkan.... :kant::kant:

ok..... allah tahu segalanya......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2005 11:36 AM | Show all posts
Originally posted by mutantninja03 at 2005-5-4 02:35 AM:
Rasa aku... jawapannya memang ada pada engkau Kyas.

Sambung la lagi. Seronok lak aku baca...  


aku tak de jawapan... aku cuma ada pendapat... maknanya ia tak semestinya betul... tak semestinya org lain setuju... bila ada kelapangan nanti aku bagitau.

bukan apa... soalan camtu mungkin ditanya oleh bukan muslim kepada kita... aku tanya kat sini sbb aku cuba cari jawapan yg sesuai...

sebenarnya penah sorang atheist tanya kat sini soalan yg sama... terkedu gak masa tu...

dia tanya: "tuhan sudah tahu result kita lulus atau gagal, uji utk apa lagi?"
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2005 11:43 AM | Show all posts
kyas, walaupon Allah telah menceritakan kedaan manusia yg bakal ditempuh pada dunia yg akan datang, tp kena ingat, dlm alqoran juga Allah dah kata, nasib kita, kita yg ubah, siapa yg mahu ikut jln yg lurus akan mendapat keredhaan Allah. Allah memberi pilihan kepada kita. sebenar nya, kedaan yg menakutkan itu hanyalah ancaman Allah terhadap org2 yg ingkar. dan keadaan yg membahagiakan di dlm syurga itu adalah sbg ganjaran pada sesiapa yg memilih jalan utk memberi seluruh ketaatan pada Allah dan rasulNya.

cth nya, kerajaan menggubal undang2 jenayah/kesalahan jalanraya. sesiapa yg tidak memakai talipinggang keledar akan didenda sby 300 ringgit on the spot. adakah kita sbg pengguna jalan raya telah terhukum dgn denda tersebut walaupon kita tidak melakukan kesalahan itu??????? segalanya terpulang kepada pengguna jalanraya samada mereka hendak mematuhi syarat2 tersebut atau melanggar nya. kalau langgar syarat, memanglah kena denda/hukum. tetapi kalau kita memilih utk mematuhi segala syarat2 jalanraya, adakah kita akan didenda utk perkara yg tidak tak buat???????

pilihan atas diri kita sendiri.


jawapan ada pada kyas sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2005 11:47 AM | Show all posts
sedangkan undang2 yg dibuat oleh manusia sendiri pon cuba utk berlaku adil, apetah lagi hukum yg dibuat oleh Allah yg sememangnya Maha Adil.

kita masuk syurga ni atas rahmat dan belas kasihan Allah. so, kena yakin ngan sifat2 Allah. ;)
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2005 12:16 PM | Show all posts


Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2005 12:30 PM | Show all posts
[2] Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). Surah al-Mulk 2

adakah dgn berfikir sebegini amalan kita semakin bertambah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2005 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by j_hashim at 2005-5-4 12:30 PM:
adakah dgn berfikir sebegini amalan kita semakin bertambah?

tak perlu berfikir utk beramal?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2005 12:55 PM | Show all posts
13 SIFAT TUHAN
1. Wujud : Ertinya ada
2. Qidam : Ertinya sedia bukan baru
3. Baqa' : Ertinya kekal
4. Mukhalafatu-Lil-Hawadith : Ertinya menyalahi dengan yang baru.
5. Qiyamuhu Binafsih : Ertinya berdiri dengan sendiri tanpa pertolongan sesiapa.
6. Wahdanniyah : Ertinya Esa atau tunggal pada sifat dan perbuatan-Nya.
7. Qudrat : Ertinya berkuasa
8. Iradat : Ertinya berkehendak iaitu sesuatu berlaku hanya dgn kehendakNya
9. Ilmu : Ertinya Maha mengetahui
10. Hayat : Ertinya hidup
11. Sama' : Ertinya Maha mendengar
12. Bashar : Ertinya Maha melihat
13. Qalam : Ertinya Maha berkata-kata

ni juga berkait dgn persoalan di atas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2005 01:23 PM | Show all posts
ASSALAMUALAIKUM

يأتي الشيطان أحدكم فيقول : من خلق كذا ؟ فيقول : الله ، فيقول : من خلق الله ؟ فإذا وجد أحدكم ذلك فليستعذ بالله ولينته

AKAN DATANG SYAITAN KEPADA SALAH SEORG DARIPADA KAMU LALU DIA BERTANYA: SIAPAKAH YANG MENCIPTAKAN SEKIAN-SEKIAN? LALU DIA JAWAB: ALLAH. KEMUDIAN DIA (SYAITAN) BERTANYA LAGI: SIAPAKAH PULA YG MENCIPTAKAN ALLAH? APABILA BERTEMU SESEORANG DARIPADA KAMU KEADAAN MACAM INI HENDAKLAH DIA MEMINTA PERLINDUNGAN DARIPADA ALLAH DAN BERHATI-HATI

لا يزال الناس يتساءلون حتى يقال : هذا، خلق الله الخلق، فمن خلق الله؟ فمن وجد من ذلك شيئا فليقل : آمنت بالله

MANUSIA AKAN SENTIASA MENIMBULKAN PERTANYAAN SEHINGGA AKAN DITANYA SATU SOALAN: INI, ALLAHLAH YANG MENCIPTAKAN SEGALA MAKHLUK, SIAPA PULA YG MENCIPTAKAN ALLAH? BARANGSIAPA YG MENGHADAPI SITUASI BEGINI HENDAKLAH DIA BERKATA: AKU BERIMAN DENGAN ALLAH.

PANDANGAN SAYA:

1- SOALAN-SOALAN YG SEBEGINI ADALAH KERAGUAN YG DITIMBULKAN OLEH WAS-WAS DARIPADA SYAITAN.

2- SIKAP KITA, ADALAH SEBAGAIMANA YG DIAJAR OLEH RASULLULAH BERDASARKAN HADITH DI ATAS: AKU HANYA BERIMAN DGN APA YG DIBERITAHU OLEH ALLAH.

3- ILMU KITA TERBATAS. TAKUT2 DGN ILMU YG TERBATAS INI KALAU DOK FIKIR2 TAKUT JADI TERBABAS PULA.

SEKIAN DULU, KALAU ADA MASA SAYA TULIS LAGI,
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2005 01:34 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 2005-5-4 11:36 AM:


aku tak de jawapan... aku cuma ada pendapat...


Kyas tak de jawapan sbb kyas masih tak faham erti sebenar qada' dan qadar Allah..tu yg confuse tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2005 02:03 PM | Show all posts
sbb aku bukan ahli dlm ugama... tak berani kata itulah jawapannya... kalau tak betul dan ada org ikut dah tentu aku kena laknat... sebarkan perkara yg salah... aku lebih suka kata bagi pendapat...

sedar tak sedar ada di antara kita sendiri forumner jadi syaitan... jgn marah... aku guna term syaitan... dek kerana bisikan dan hasutan syaitan kita secara tak sedar menyebarkan pemahaman yg melencong dlm forum nih... bila ada yg mengikut maka bertepuk tanganlah iblis... dia berjaya menyesatkan manusia dgn cara bisikan kejahatan melalui jin dan manusia... minal jinnati wannas...
Reply

Use magic Report

Sufism This user has been deleted
Post time 4-5-2005 02:09 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 4-5-2005 02:03 PM:
sbb aku bukan ahli dlm ugama... tak berani kata itulah jawapannya... kalau tak betul dan ada org ikut dah tentu aku kena laknat... sebarkan perkara yg salah... aku lebih suka kata bagi pendapat...
...


tuu...diaa..sapa tu kyas? terkejut sufi bila kyas mcm dah ada list sapa2 yg jadik syetan tu. Silap hari bulan...kata2 kyas ni leh nyinggung hati org lain sbb dituduh menyebarkan fahaman syetan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.109272 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list