CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7829|Reply: 1

Hanya Untukmu Keluarga FD.

 Close [Copy link]
EGOIst This user has been deleted
Post time 28-5-2005 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Sumbangan Ikhlas Dari Ku Untuk Sekelian Warga FD.


Perbezaan pendapat/pandangan dalam apa juga jenis perbincangan adalah LUMRAH.Apa yang tidak lumrah ialah apabila kita cuba/mula 'MENGECAPI' seseorang itu sebagai mempunyai 'PERATURAN HIDUP' yang longlai, rapuh dan sebagainya hanya kerana pandangan serta fahaman hidup mereka yang tidak selari dengan kita atau dengan kebiasaan tabii.

Tahap yang lebih menyedihkan serta membimbangkan pula ialah apabila PERBEZAAN yang timbul dalam forum siber ini melimpah - ruah ke dunia sebenar dengan tercetusnya konfratasi antara forumers, atas dasar KETIDAKPUASAN hati. Walaupun jumlah perlakuan seumpama ini adalah kecil, hakikatnya ialah ia tetap berlaku.

BUDAYA menghormati serta menghayati maksud serta penyampaian sesuatu postings dalam forum siber masih belum dapat diwujudkan secara keseluruhan dikalangan warga FD kita disini. Secara rambang memang tidak dapat dinafikan memang ramai dikalangan kita yang memberikan pandangan/pengalaman atas dasar berkongsi-sama maklumat serta ideologi masing-masing. Tidak juga kurangnya mereka yang berlumba-lumba untuk mengeluarkan kata-kata yang mengandungi unsur2 GURAUAN/TEGURAN/SINDIRAN dan sebagainya. Masing2 ada tujuan dan objective tersendiri.

Dalam keghairahan kita mencoretkan pandangan/teguran, haruslah juga diingat bahawa tidak ada perkara yang lebih MENGAIBKAN seseorang itu selain daripada menggunakan perkataan/kalimah LUCAH/NISTA dan yang terlalu menyentuh peribadi seseorang individu yang lain.

Adalah menjadi hakikat bahawa dalam alam siber ini, kita tidak mengenali dengan siapa yang kita bertukar2 pandangan serta kritikan TETAPI sikap tanggungjawab untuk TIDAK MEMPERLEKEHKAN kewibawaan forumer lain adalah satu ETIKA yang haruslah kita sematkan dalam diri.

Tentunya akhlak serta perwataan generasi kita yang akan datang tidak hanya akan ditentukan oleh jenis golongan watak2 yang ada dalam FD ini,tapi dalam apa jua wawasan yang ingin dicapai kearah insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang haruslah bermula dengan LANGKAH YANG PERTAMA. Dalam erti kata lain jika kita dapat memupuk lebih ramai masyarakat/keluarga FD  yang lebih matang, bertanggungjawab serta berakhlak baik, tidak mustahil benih yang kita semai hari ini akan membuahkan hasil yang baik juga keatas anak2 kita bagi pelapis generasi akan datang, INSYAALAH....

Menyuarakan atau memberi pandangan adalah HAK individu. Walaubagaimanapun kita haruslah juga sertakan ianya dengan sikap TANGGUNGJAWAB untuk memberi Fakta yang benar lagi tepat. Seandainya dapat dibuktikan bahawa fakta yang kita bentangkan itu adalah salah atau tidak bertepatan,maka hendaklah kita sebagai individu yang MATANG mengakaui kesilapan, meminta maaf jika perlu dan teruskanlah dengan titian hidup kita. Jika Budaya seumpama ini dapat diterbitkan dalam hati kita, tentunya kita akan lebih BERKEYAKINAN untuk melangkah lebih jauh dalam arus kehidupan tanpa merasa CANGGUNG, GONCENG, JANGGAL atau yang lebih penting yaitu mengikis hati dari berperasaan bahawa diri kita telah diperkecilkan.....................

Semoga yang baik dijadikan manfaat kita bersama.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


PeNinGLaLaT This user has been deleted
Post time 30-5-2005 07:04 AM | Show all posts
Very apt and appropriate. Thank you.

Saya 'stick'-kan di-atas supaya semua yg berforum di Board ini boleh baca dan bermanfaat dari post ini. Boleh juga dirujuk as a reminder utk semua.

PL
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.056077 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list