CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: dess402

Roh & Alam Barzakh (merged: zulyusoff, holmes, tasha86 )

[Copy link]
Post time 6-2-2007 02:15 PM | Show all posts
asalamualaikum wbt..

saya rasa kalau nak faham berkaitan dengan cerita ini mungkin boleh baca buku berkaitan 'Roh' dari Ibnul Qayyim. InsyaAllah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2007 11:10 PM | Show all posts
mungkin itu adalah qarin si mati iaitu jin pendamping yang mendampingi setiap manusia sejak lahir.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 07:01 AM | Show all posts
ASM.
Macam yang xcentric kata tu elok, aku pun setuju. Kitab/buku pasal roh tu mudah dapat kat kedai buku sekarang, tapi kena baca elok-elok dan perlahan-lahan, bukan apa nak bagi faham dan takut terkonfuse pulak. Tapi kalau baca dengan guru lagi bagus, sebab tak lah yang mencari Ilmu jadi keliru.
macam yang kinky71 tanya tu besar soalnya tu...hal ahwal alam barzakh ni luas betul dan harus berbeza-beza mengikut pengalaman dan latar belakang orang yang mati, dan yang hidup. Jadi harus kalau satu hal tu terjadi pada segolongan orang, tak pula terjadi pada golongan yang lain. Kerana tu dalam Al-Quran kalau tak salah aku lah, ada ayat yang maksud nya "Kalau ada yang bertanya pada kamu (Muhammad) tentang Roh, katakan Roh itu adalah dari urusan Tuhanku dan tidaklah kami diberikan ilmu tentangnya melainkan sedikit". Gitulah kalau aku tidak silap.
Maksudnya urusan alam barzakh, urusan roh ni tak ada batas yang nyata. Boleh jadi begitu, boleh jadi begini. Sebab roh sudah lepas dari jasad, takluknya bukan lagi pada fitrah tetapi sudah kembali kepada fitrah atau kepada asal kejadiannya. Hal ni kadang tak tercapai akal kerana akal martabatnya lebih rendah dari Roh, yang duduk pada hirarki paling tinggi dalam kejadian makhluk, terutama manusia.
Hal berkait hubungan yang mati dengan yang hidup di dunia ni amat luas. Memang takkan ada keadaan yang tetap. Harus dalam keadaan tertentu, roh dapat dilihat dengan mata kasar, apa lagi dilihat dengan mata hati baik secara jaga atau tidur. Hal ini bukan lah satu yang luar biasa. Hal ini bukan lah mainan atau khayalan tetapi suatu kurnia Allah swt bagi yang dikehendakiNya.
Hal makhluk halus menyerupai si mati juga harus berlaku. Dalam masyarakat melayu, ada dikatakan "peliharaan' seseorang itu balik menyerupai si mati. Peliharaan itu seperti yang aku pernah dengar hantu raya misalnya. Namun, hal begini tidak berlaku selalu, hanya sesekali itu pun dalam hal yang tertentu sahaja.
Allah Taala telah menyediakan isyarat yang cukup sebenarnya untuk setiap manusia itu "tahu" tentang kematiannya, atau kematian orang yang dia sayang. Ini bukan satu hal yang pelik, kalau kita tanyakan pada orang-orang tua, orang-orang alim, insyaAllah dia juga akan kata demikian. Cuma masalahnya, kini orang tak berapa peka lagi dan harus pula pengetahuan begini sudah dipinggir. Kerana itu segala isyarat itu berlalu tanpa disedari.
Memang ada sesetengah kejadian, orang yang bakal meninggal berperangai pelik sedikit dari biasa atau menunjukkan kerenah yang agak ganjil. Kata orang melayu "buang tebiat". Cuma hal ni tak lah terjadi sentiasa, hanya jika Allah menghendaki jadi, jadilah ia.
Namun bagi orang-orang yang sudah hampir kedudukannya kepada Allah, memang secara nyata mereka menerima isyarat kematian, baik buat diri sendiri atau orang yang rapat. Hal ini memang benar dan tak perlulah kita nafikan. Aku tak mampu nak sertakan dalil, rujukan kitab dan lain-lain kerana aku tak pandai.
Urusan alam barzakh ni amat luas dan elok juga untuk kita didunia ni memikirkan dan "menjelajah"nya. Malah mengingat mati dan urusan berhubung nya tu adalah wajib bagi kita orang Islam.
wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.043987 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list