CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6135|Reply: 32

IKHLAS

[Copy link]
Post time 11-7-2005 11:56 AM | Show all posts |Read mode
IKHLAS:
Maksud ikhlas ialah membuat suruhan Allah kerana Allah dan meninggalkan larangan Allah kerana Allah.

Ikhlas adalah dalam rahsia didalam rahsia Allah. Malaikat pencatit amal pun tidak tahu apakah seseorang itu ikhlas atau tidak. Amalan yang benar-benar ikhlas walaupun kecil tetapi besar ganjarannya disisi Allah. Menyedekahkan sebiji buah kurma dengan ikhlas semata2 kerana Allah ganjarannya adalah sebesar gunung uhud. Dan Allah swt boleh melipatgandakan lagi balasan sebanyak yang dia kehendaki. Syaitan dapat menggoda dan memperdaya sesiapa sahaja kecuali orang2 yang ikhlas.

Mukhlisin adalah gelaran bagi orang2 yang telah sampai ketahap hakikat ikhlas. Orang2 yang mukhlis syaitan tidak dapap menguasai dan memperdaya mereka kerana Allah swt sentiasa melindungi mereka.
[size=1.5]
Iblis menjawab:  "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka (Shaad:82-83)


Bagi orang2 yang masih dalam perjuangan untuk memiliki hakikat ikhlas perjuangan ini mesti diteruskan. Cara untuk melatih bagi mendapat sifat ikhlas ialah dengan terus-menerus(Istiqomah) dalam amalan, kebiasaannya Allah swt akan memberikan berbagai2 macam dugaan dan cobaan kepada hambanya sebelum ia dikurniakan dengan sifat ikhlas. kedua dengan sentiasa memperbetulkan niat diawal, pertengahan dan akhir amalan disudahi dengan istigfar. Ketiga, kepentingan ikhlas perlu dijadikan topik perbualan dengan sesiapa sahaja supaya apa yang kita ucapkan akan menguatkan hati kita untuk bersifat ikhlas. Dan akhir sekali berdoa semuga Allah swt mengurniakan kita hakikat ikhlas sebagaimana Rasulullah dan sahabat2nya.

Pada suatu pertempuran Saidina Ali kwj mengangkat pedang kerana ingin memancung seorang kafir, tiba2 org kafir tersebut telah meludah muka saidina Ali kwj. kemudian Saidina Ali kwj tidak jadi memancung kepala org tesebut. Lalu org tersebut bertanya (dialog lebih kurang)kenapa kamu tidak jadi memancung aku?. Jawab saidina Ali, tadi aku hendak memancung engkau kerana Allah, setelah engkau meludah aku aku takut aku bertindak memancungmu kerana nafsu marahku. Beginilah berhati2nya sahabat nabi dalam menjaga niat, walaupun dalam keadaan perang sedang berkecamuk.

Orang yang berniat ikhlas tidak akan terkesan dengan kejian dan pujian manusia kepadanya, baginya semuanya sama. Asalkan Allah swt suka kepadanya itu sudah cukup, tidak kisahlah manusia nak kata apapun. Nabi Nuh as telah berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun, siang dan malam, satu jangkamasa yang amat lama, tetapi pengikutnya hanyalah lebih kurang 83 org. 950 tersebut adalah lambang dan bukti kepada keikhlasan nabi Nuh as dalam menjalankan Amanah Alllah swt.

Lawan kepada ikhlas ialah riak, ujub sum'ah dan lain2. Amalan yang banyak tetapi tiada keikhlasan didalamnya tidak ada nilai disisi Alllah, diakhirat nanti Allah swt menyuruh sipelaku meminta pahala kepada siapa yang niatkan selain Allah. Mereka ini amat terhina dihadapan Allah swt. Bagimanapun secara kebiasaan bagi orang2 yang baru2 hendak berjinak2 dengan amalan agama memang berat dan agak sukar untuk mengikhlaskan niat, bagaimanapun dia perlu teruskan amalan tersebut sehingga datang rasa ikhlas sebagaimana solat, mula2 susah-malas2, lama kelamaan datang ikhlas, kalau ada penghalang sekalipun dia tetap akan cari jalan supaya dapat bersolat.

Antara Symtom2 yang menunjukkan belum sampai ke hakikat ikhlas.
1. Dipuji merasa bangga dikeji merasa marah.
2. Merasa sumbangannya tidak dihargai org.
3. Mencari glamour..dan lain-lain.

Sifat ikhlas dan amalan ikhlas adalah dua perkara. Sifat ikhlas ialah orang yang memiliki sifat ikhlas dan amallannya sentiasa ikhlas. Orang yang tidak ada sifat ikhlas amalannya kadang2 ikhlas kadang2 tidak, org yang sebegini kenalah selalu betulkan niat sebelum pertengahan dan sesudah.

Insyaallah azam.. supaya kita semua memiliki sifat ikhlas yang disebut didalam Al-Quran sebagai orang2 yang MUKHLIS.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2005 12:39 PM | Show all posts
salam buat semua
saudaraku
sesungguhnya subject yang saudara bawakan ini
adalah satu perkara yang TERAMAT BERAT
apatah lagi dimasa kehidupan moden sekarang ini
BERUNTUNGLAH pada sesiapa yang BENAR-BENAR KEIKHLASANNYA
untuk meneruskan kehidupan ini

cuma saya nak berkata sedikit bahawa IKHLAS itu adalah
mengerjakan apa yang diperintah dan
meninggalkan apa yang dilarang
tanpa BERSEBAB atau GANJARAN
SAMADA di dunia maupun di akhirat
ikhlas semata-mata kerana TUHAN SEKALIAN ALAM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2005 03:08 PM | Show all posts
ikhlas dalam taat, dengan takut dan mengharap kepada rahmat dan keredhoannya. Allah tidak akan mensia-siakan amalan orang yang ikhlas dalam taat dengan memberi ganjaran pahala yang lebih baik disisinya.

Apa yang perlu kita kejar dan harap ialah rahmat, ampunan dan keredhoannya. Pahala itu adalah rahmat dalam janji Allah. ;)
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2005 01:34 PM | Show all posts
pening
macam mana nak ajar anak
buat benda baik bukan sebab nak pahala
tak buat jahat bukan sebab takut dosa
sebarang perbuatan mesti ikhlas
habis tu raqib atid tu catat apa
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2005 03:35 PM | Show all posts
semua perkara dari yg sekecil-kecilnya smpailah sebesar-besarnya...

kenapa? kalau ikhlas... malaikat jadi tak tau nak catat apa?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2005 10:14 PM | Show all posts
salam buat semua
memang pening, tapi saya lebih pening lagi
tangan kanan mau kearah kebaikan, tangan kiri terbalik terus
macam dia boleh TUNGGANGTERBALIKkan dunia ni
camana gitu?????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2005 10:59 PM | Show all posts
Salam,

Sabda Nabi saw,

Betapa pun kecilnya riak adalah syirik.  Barang siapa memusuhi para wali Allah (org2 yg amat patuh dan taqwa kpd Allah swt) bererti dia tlh menentang perang terhdp Allah.  Allah menyukai org2 yg patuh, taqwa dan tidak menonjol2kan diri.  Iaitu org2 yg bila tidak hadir tidak dianggap hilang, dan bila hadir tidak dikenal org.  Org2 yg hatinya laksana pelita hidayah, org2 yg keluar meninggalkan kegelapan pekat.
(Al-Hakim)
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2005 09:57 AM | Show all posts
"Kemudian datanglah seorang laki2 belari-lari dari ujung kota, katanya : Hai kaumku ikutlah utusan-utusan itu,

"Ikutlah orang yang tidak minta upah kepadamu sedang mereka mendapat petunjuk."    (Yaasin : 20-21)


"Apabila mereka (yakni munafiqin) berdiri bersholat, mereka akan berdiri dengan malas agar dilihat oleh org lain dan tidaklah mereka itu mengingati Allah melainkan sedikit"  (An-Nisaa : 142)

Malik r.a juga mengkhabarkan kepada kita akan peringatan daripada Rasulullah saw, "Dua ekor serigala yg lapar dan terlepas ke perkumpulan domba, tidaklah membahayakan berbanding dengan seorang yg mana ia tamak terhadap harta dan mementingkan kebesaran dirinya dalam agama" (Riwayat Tirmidzi, hadith hassan shahih:rujukan Muntakhab Ahadith)

Antara ciri-ciri yang menunjukkan belum sampai ke hakikat ikhlas.
1. Dipuji merasa bangga, dikeji merasa marah.
2. Merasa sumbangannya tidak dihargai org.
3. Mencari glamour..dan lain-lain.
4. Suka membuat amalan bidaah dan mengendahkan sunnah Rasulullah saw.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
Post time 18-7-2005 11:13 AM | Show all posts
SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS

Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walaudpun sebelum ini ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal. Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:

Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
Post time 18-7-2005 11:19 AM | Show all posts
Sambungan....

ERTI IKHLAS

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:

1. kerana suruhanNya
2. kerana keredhoaanNya
3. kerana arahanNya
4. kerana mentaatiNya
5. kerana patuh padaNya


Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerananya yang satu, tujuan satu , dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya satu.

Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda.

Dengan itu boleh jatuh syirik khafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti: berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
1. awal
2. pertengahan
3. akhir


Bersambung....
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
Post time 18-7-2005 11:23 AM | Show all posts
Sambungan...

Kerosakan awal

Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata,"Inilah masanya nak jadi popular." "Aku akan jadi terkenal
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 18-7-2005 07:09 PM | Show all posts
memang berat IKHLAS ni..kadang2 kita pk kita ikhlas..tapi sebenarnya tidak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2005 08:20 PM | Show all posts
Ini topik yg bagus. Ikhlas ni tuan punya diri saja yang tahu/rasa samada ikhlas atau tidak bila melakukan sesautu perkara. Ianya satu bab mengenai hati yang dinilai oleh Allah.

Ikhlas ni bukan mengenai perbuatan luaran yg orang nampak (orang boleh tahu), tapi mengenai hati dan niat pembuat. Yang penting sentiasa remind diri "Truly my prayer and my service of sacrifice, my life and my death are (all) for Allah, the Lord of the Worlds. (6:162).

Seeloknya kalau kita buat sesautu amalan yg baik spt. solat malam, dakwah etc. jangan menceritakan kpd orang yg kita kenal atau menunjuk-nunjuk untuk kepentingan nama, pangkat, atau popular. cth. pakai jubah solat di masjid, kat rumah solat pakai singlet je. Tapi kalau menceritakan kaedah, etc dgn NIAT sebagai dakwah adalah digalakkan.

Itu bagus berdakwah secara BERFORUM di CARI. Orang tak kenal, tak bimbang tentang ikhlas atau tidak. Boleh bercerita ttg amalan baik supaya memberi satu model yg kalau baik diikut, kalau buruk ditinggalkan, atau diberi komen oleh ahli yg berforum.

Nak jadi budak kecil boleh, nak jadi orang tua boleh, nak jadi orang KOREA pun boleh. Yang penting NIAT kita, apakah MESSAGE yg kita hendak sampaikan itu ada kepentingan agama (Allah) atau tidak. Di sinilah peluang kita untuk exercise minda sebab orang tak kenal. Kita hanya manusia tanpa jasad, tanpa nama, yg ada cuma nickname. Karakter yg ada disini juga tidak perlu sama dgn karekter sebenar. Nak gila-gila boleh, nak panas baran pun boleh. Yg pendiam di luar mungkin kaki bising di FORUM ini.
   
============
How to preserve Ikhlas
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2005 08:59 PM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 18-7-2005 02:20 AM:
"Truly my prayer and my service of sacrifice, my life and my death are (all) for Allah, the Lord of the Worlds. (6:162).  


tiap2 hari kurang2 lima kali sehari semalam baca :setuju: seronok baca ayat2 quran satu baris ayat dah cukup membawa seribu makna, seribu ilmu seribu ketenangan...indahnya ayat quran..SUBHANALLAH.
Reply

Use magic Report

Sufism This user has been deleted
Post time 19-7-2005 09:06 AM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 18-7-2005 08:20 PM:
Ini topik yg bagus. Ikhlas ni tuan punya diri saja yang tahu/rasa samada ikhlas atau tidak bila melakukan sesautu perkara. Ianya satu bab mengenai hati yang dinilai oleh Allah.

Ikhlas ni bukan  ...


Memangla tuan punya diri sj yg tahu tapi pada masa yg sama tuan punya diri juga tak tahu dan tak sedar ikhlas itu boleh rosak samada di awal, di tengah atau diakhir...ingat senang ke nak maintain ikhlas sampai ke pengakhir hidup kita.

cthnya mcmlah suatu hari tu, kita tolong kawan dgn betul2 ikhlas, tup2 pada kemudian harinya kita kecil hati dgn dia, dan terdetik di hati kita yg kita menyesal tolong  dia pada masa dia susah hari tu...haa...kan dah terbatal ikhlas tu di sisi Tuhan.

Segala kebaikan yg kita lakukan selama ini andainya biarpun sepuluh tahun kemudian, tapi secara tak sedar kita ungkit misalnya...jawabnya terbatal la ikhlas tu...sia2 je la segala amalan kebaikan tu...

Tu yg sufi risau tu...hari ni boleh kata ikhlas...esok lusa segala kebaikan yg kita lakukan itu, adakah boleh kita MAINTAIN kan rasa ikhlas tu....isk..isk..isk...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2005 06:48 PM | Show all posts
Originally posted by Sufism at 19-7-2005 09:06 AM:
Memangla tuan punya diri sj yg tahu tapi pada masa yg sama tuan punya diri juga tak tahu dan tak sedar ikhlas itu boleh rosak samada di awal, di tengah atau diakhir...ingat senang ke nak maintain ikhlas sampai ke pengakhir hidup kita.
.....

Tu yg sufi risau tu...hari ni boleh kata ikhlas...esok lusa segala kebaikan yg kita lakukan itu, adakah boleh kita MAINTAIN kan rasa ikhlas tu....isk..isk..isk...


Itu yg PakMalau pastekan TIP untuk maintain/preserve IKHLAS (5 steps).
Memang susah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2005 10:43 PM | Show all posts
salam buat semua
nak tegur Akasya sikit boleh tak
sebab mana dia dapat `Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman'
tak ada dlm KALAMNYA atau HADITH NABI pun
yg ada NABI berpesan: IMAN ITU LEBIH DR 70 TINGKAT, TINGKAT
TERENDAH ADALAH BUANG DURI DIJALANAN SEDANGKAN YANG TERTINGGI
ADALAH TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
cuba bacakan saya, dari mana saudara dapat????

SESUNGGUHNYA TUHANMU AMAT KERAS SIKSANYA
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2005 11:27 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 21-7-2005 10:43 PM:
salam buat semua
nak tegur Akasya sikit boleh tak
sebab mana dia dapat `Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman'
tak ada dlm KALAMNYA atau HADITH NABI pun
yg ada NABI berpesan: IMAN ITU LEBIH  ...


Itu kena tanya Abuya sendiri
Akasya kan cuma cut & paste saja.
Reply

Use magic Report

belut This user has been deleted
Post time 22-7-2005 11:10 PM | Show all posts
Kesian penganut agama yang berlandaskan hadis, mereka terpinga-pinga mencari apa itu ikhlas. Ada yang kata macam semut hitam atas batu hitam lah.. ada yang kata buat kebajikan, kemudian kita boleh melupakannya. Perkataan "ikhlas" hanya diguna di kalangan sami, paderi dan juga di dalam ajaran agama buatan manusia serta buku hadis. Ia sangat kabur dan abstrak.

Orang beriman tidak perlu susah-susah mencari definisi ikhlas. Perkataan tersebut tidak wujud pun dalam Quran. Allah menyatakan dengan jelas, sesiapa yang membuat kebajikan, HANYA kerana ia percaya kepada hari balasan (berhadapan dengan Allah) di Akhirat, ia akan mendapat balasan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2005 11:19 PM | Show all posts
Originally posted by belut at 2005-7-22 11:10 PM:
Kesian penganut agama yang berlandaskan hadis, mereka terpinga-pinga mencari apa itu ikhlas. Ada yang kata macam semut hitam atas batu hitam lah.. ada yang kata buat kebajikan, kemudian kita boleh  ...


yg dlm Qur'an kata: مخلصين له الدين apa dia belut? maaf tak ingat ayat mana.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.090597 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list